Saturday, November 27, 2010

tag mainan

peff ngantuk gila, pukul 3 pagi hapdet blog. baru ingat nak mangun buat kerja, tapi syaura mangun sekali lah pulak. tiba2 selak bumper cot dan panggil 'hehh..hehhh' haha panggil 'mama' la syaura. maaa..maaa.
terus bermain2 dan takde mood kerja =p

jadi tag ini dah berkurun fashya bagi, baru berjaya nak buat
ini syarat2nya, walaupun saya bukannya boleh ikut syarat2 sangat


Syarat-Syaratnya....

1) Terbuka kepada semua bloggers di Malaysia..
Bagi bloggers yang dok overseas, boleh join gak... tapi mesti ada alamat kat Malaysia(tak kira umah mak ker atau sebagainya)

2) WAJIB jadi follower Dilazfamily
dan mesti letak blog dilazfamily kat bloglist anda utk update hadiah

3) Mesti dan wajib buat satu entri pasal Contest ni..
Jangan lupa letak banner (Qistina) tue kat dalam entri & sidebar blog anda..
WAJIB ada link back ke entri nie tau..

4) Upload hanya SEKEPING gambar BABY AND TOYS mereka..
(Terbuka kepada Baby berumur dalam lingkungan 0 hari - 5 Tahun)
Tak kesah samada Baby itu anak anda @ anak sedara @ anak jiran....

5) Sila nyatakan sekali Nama Baby dan Umur Baby...

6) Akhir sekali, tag 2 rakan anda...lebih lagi baik
( kawan anda mesti tahu yang dia ditag tau)

7) Complete semua, tinggalkan komen di entri ini...

Hadiah untuk Pemenang:
Bear dan Pin Kartun (Comel tau)

Pemenang:
2 Orang pemenang (Baby Lelaki dan Baby Perempuan)
(Dipilih secara cabutan bertuah oleh QISTINA)

Tarikh Tutup :
30 November 2010

ini anak dila..sudah besar..

ini baru anak ai..
Nama: Syaura Azlan
Umur: 8 bulan++
sedang berlakon main Dibo the Gift Dragon [akhirnya ada stok dibo di klcc haritu yeahhhh]


hakikatnya ialah bila dapat mainan terus cari label dulu T_T

label di montot Bunny

eh dah lari syarat, patutnya upload sekeping je. tapi takpe, gambar dua tu back up, lagipun itu hakikat sebenar syaura bermain

seronoknya tengok gambar baby2 bersama mainan. jadi saya bercadang nak tag:

1) Mama Suna [nak tengok mainan2 baby alyaa humaira hehe. ah betul ke eja nama.]
2) Kak HidaNaza [haritu terserempak kak hidayah shopping mainan secara besar-besaran. macam best je. hehe. kak hidayah jarang upload gambar najah. upload 10 plis.]

*matila dah dekat dateline baru nak tag orang

Sunday, November 21, 2010

selamat umur 26 tahun papa

mengangnya terlupa nak update pasal birthday lan2 27 oktober lepas
almaklumlah hari birthday lan2 adalah hari pertama dia ke offshore haritu
jadi takde surprise2 party semua, walaupun adik2 ipar ai yang comel ada cadangkan celebration2 mengarut contohnya pasang papan tanda happy birthday depan rumah.
sebab saya merungut, malas dahh nak buat surprise pada abang sekarang..abang dapat detect dahh

kenapa kena update? supaya boleh jadi rujukan tahun2 depan, jangan beli hadiah sama
serius tak tau nak bagi apa dah, haritu pun puas ai mintak pendapat orang2 sekeliling, tapi last2 beli benda lain jugakkk last minute
jadi ini ialah hadiah dari syaura. testing2 sambil tengok kartun dibo. budget boleh dengar la tu. haha. habis penyek pipi bambam.

headphone sony untuk papa pakai masa main game di laptop.
headphone sekarang cap ayam dan sudah rosak. haritu syaura dengar papa merungut headphone mahal sangat lalu kedekut nak beli.

early birthday party papa di pizza hut saja..mama belanja pizza yang ada 10 jenis cheese itu.
syaura baru mangun tidur.


takmau duduk dalam car seat dan baby seat sebab konon2 nak tengok pemandangan luar.


padahallll baru lapan bulan, berangan duduk sendiri okay. bagus2, you're confident syaura! lepastu tepuk2 meja, nasib baik tak tepuk pizza T_T kelamkabut alihkan semua makanan sebelum rasakse kecik terbalikkan meja T_T


mama bagi set comforter ini hahaha. papa kan die hard fan chelsea. nasib baik tema bilik adalah biru. kalau merah, i terpaksaaa beli MU tau papa.
comforter yang sangat2 comfortable padahal ai gamble je beli online. macam taknak bangun bila tidur.


dan spek baru untuk papa, spek lama dah tak berapa ok. nampak matured sikit tak papa. kalau tak, karang macam haritu orang tanya "lan, itu anak ke adik". cis.

happy 26th birthday papa, we love u. the end.

Saturday, November 20, 2010

littlewhiz.com saleee

littlewhiz.com sedang sale.
nanges T_T baru je beli botol tommee tippee baru yang berharga rm 50
eh ada botol brand Momma yang macam besttt

Sunday, November 14, 2010

when papa's not around

tapi lan2 sudahpun balik ke pangkal jalan
16 hari duduk tengah laut, sampai rumah terus jetlag 2 hari
jadi ini koleksi gambar2 semasa ketiadaan papa

orang nak ambik gambar candid, tapi nampak je camera terus sibuk nak posing.
ini adalah dia stop main, senyum, lentokkan kepala dan tunggu sampai saya habis snap gambar.
ai rasa sebab time peknen ai asyik nengok America's Next Top Model.

lecehnya susahla nak ambik gambar candid macam ni

kemudian, hujung minggu yang pertama lan2 tiada, saya berasa bosan lalu ajak syaura berjalan2 di bintang mall.
naik kereta je tido, dah turun pun tido lagi.
dan time nak tido mesti ada pacifier untuk menenangkan diri. kalau tak, rasa tak selamat mungkin.

sebelum tido ada di rumah, bila mangun, tadaa di McD. nasibla dapat omak yang suka berjalan gini.


Parkson Mother's Room untuk berehat2. syaura paling suka handbag


weekend yang kedua, saya terpaksa pergi ke office buat kerja sebab pada minggu depannya, seminggu saya tak masuk ofis sebab ada training dan meeting di kl
kena angkut lagi, pagi2 dah pergi ofis. saya amik gambar kat trafik light ok, terasa comel tengok muka berkerut sebab silau cahaya matahari pagi

takde maknanya nak buat kerja kat ofis kalau macam ni gayanya
terus save semua file dan bercadang buat kerja di rumah sahaja. cis.

veri bizi

mainan mama kat ofis



syaura dah start bosan ai asyik ambik gambar je

dia tengok muka ai lama2.
ai rasa dia tanya dalam hati "tadi pagi bukan ke membebel kat papa, ada banyak kerja bla2 bla. tapi kenapa datang ofis ambik gambar je"

ahh fedap

sebelum mengamuk, baik bawak balik rumah

jadi saya terpakasa buat kerja bila dia dah tido saja iaitu waktu malam sampai subuh T_T hohoho
esoknya hari ahad, saya tinggalkan kejap syaura kat babysitter masa saya pergi office. tobat dah tak bawak.

satu pagi, saya suapkan bubur pada syaura
kemudian pergi ke dapur selama beberapa saat untuk ambik air
tiba2 terdengar bunyi macam orang siram air
saya terus berlari ke depan dan sempat nampak syaura sedang menjirus bubur ke karpet T_T
lagi buat muka tak bersalah
mama saja je ambik gambar2 bukti ni semua tau syaura, nanti senang buat montage kawin

ko tau lah kan, bubur punya stain memang susah gila nak tanggal
kena pulak karpet yang berbulu2 miau
betul lah, bila dah jadi emak ni, kesabaran memang tahap dewa
sabar2..sambil mengemop


Tuesday, November 9, 2010

the scariest training ever

harini hari kedua saya pergi kursus helikopter terbalik, ok2 nama sebenar ialah BOSET
yela before pergi offshore naik chopper, haruslah pergi training dulu kan
in case ada emergency kan senang
so pagi tadi trainer itu tunjukkan video2 helikopter terhempas
terus rasa down satu pagi

tengahari ini long break, jadi sempat balik rumah
lagipun tempat training itu di dalam taman perumahan saya je

so petang ini ialah acara kemuncak iaitu praktikal
ianya akan berlaku di sebuah kolam renang sedalam 4 meter
mula2, kena masuk dalam helikopter wannabe [haha kesian helikopter. snanye helikopter tiruan ok]
lepastu helikopter akan ditenggelamkan sepenuhnya dalam air, dengan kitorang2 sekali hidup2..cis..
kemudian helikopter akan diterbalikkan
so after helikopter terbalik, kitorang kena melepaskan diri keluar lalu tingkap dan pergi ke permukaan air

pengsan
wish me luck today T_T

yeahh..esok papa balik

Monday, November 8, 2010

hari2 yang gelap (disertai lagu kekasihku di menara)

hari ini hari ke-12 dah, lan2 pergi offshore tak balik2 lagi..
rasa macam dah berminggu2 je
sob2
kata pergi seminggu je, tapi dah nak 2 minggu dah ni papa
janji manis tau, tak baik tau, macam budak sekolah bercinta janji manis

maybe hari rabu ni baru balik
itu pun sebab saya kena pergi KL hari khamis ni, so syaura takde sapa jaga, kalau tak, mungkin lan2 balik lambat lagi sikit

3 hari pertama, takut, risau, rasa sebatang kara semua ada, macamla tak pernah kena tinggal kan
tak berani tulis dalam belog, takut encik perompak baca yang saya tinggal sorang2 hahaha

so when lan2's not around
everything messed up
the first day lan2 ke offshore, i experienced the worst day in my whole career life
and the next2 day, macam bertimpa2 malang tidak berbau telah menimpa saya
and the problem is, i'd prefer not to share it with anyone except to my husband, because only he knows ways to calm me

before this, kalau sedang sangat2 tensen kerja ke, kena tembak time presentation ke
terus on the spot saya boleh luahkan kat lan2
makan lunch sama, terus ok lepastu, eh padahall tadi before lunch,sikit punya down la

hari2 lan2 call dari laut, hari2 email2 jugak..
hari2 saya hantar gambar syaura, update pasal syaura dah pandai itu dah pandai ini,
until one day lan2 kata "nanti mama email gambar mama pada papa boleh.."
oo rindu za jugak eh =p

jadi saya dah pandai jaga diri sendiri ok
first time buang sampah
first time basuh pinggan pagi2
dah lama saya tak sidai baju
dan vakum lantai juga, jadi semua pun saya terpaksa buat lah
gila keji, baru perasan semua first time, sebab lan2 tak kacik saye buat =p

hari jumaat last week, saya kena pengerusikan satu meeting
dan saya sangat serius masa tu sebab stress kerja multitasking sangat gitu..
tiba2 salah seorang ahli meeting kata "zaza..zaza janganlah stress, rasa lain tengok zaza stress macam ni.."
terus dalam hati saya macam "oh, this is sooo me in previous company"

di abf, saya = stress, sebab masa tu sedang single, jadi kononnya sangat dedicated la kerja sampai termimpi2 buat design projek ok
bila datang miri, adalah sangat tidak stress
asyik bergembira
saya tak perasan pun yang saya gembira
not until kawan saya bagitau
"macam mana ye, tak nak stress. tengok zaza happy je tak pernah stress"
dan lagi sorang: "ko macam tak pernah stress je, because you always smile"

thank you thank you, pandai ai berlakon
tapi sekarang tidak lagi
stress sudah terlukis di mukaku

it is not good, i know, being too dependant to him like this
but it's partly his fault, for pampering me too much =p
so for this period of time, i'm practising myself, slowly, hopefully, to be less dependant

dan hari ini hari ke 12, saya dah biasa dan tak takut sangat
walaupun rindu dalam hati taktau nak cakap macammana
and every single night, i never missed dreaming of him..

nasib baik ada budak kelakar ini pengubat lara hati
yeahhh dah boleh tocang rambut~

pagi sabtu lepas, lepas solat subuh dalam pukul 6 pagi gitu, saya tak tidur dah.
jenguk syaura kat babycot, dia tengah nyenyak tidur, pagi pun gelap lagi.
saya terus browse2 internet
tiba2 terdengar suara budak kecik ketawa
KUSSS SEMANGATTT KOOOO
terperanjat gilaaa saya, berderau darah.
bila toleh, rasa nak gugur jantung bila nampak:

sedang tersengih tunjuk muka celah2 tiang.
syaura..bila masa mangun T_T tadi bukan tidur ke..
rupa-rupanya excited sebab bila berjaya selak bumper cot, terus nampak mama. itu yang ketawa tu.
lain kali jangan buat mama terperanjat gini okay. bangun pagi sila bagi salam dulu

Friday, November 5, 2010

gambar atas meja lan2

satu hari, saya datang melepak2 workstation lan2
lalu ternampak gambar ini dalam frame atas meja dia

syaura sedang berusaha nak lepaskan diri, kecoh betul, weols baru nak pose sweet2 satu family gitu

ini ialah masa umur syaura 5o hari rasanya, pergi kedai gambar nak ambik gambar passport syaura
alang2 tu kitorang ambik gambar studio, rm10 sekeping
saya bam2 lagi masa ni

rindunya saat2 itu
cepat sangat baby membesar kan
tengok2 dah 8 bulan dah
tiba2 minggu ni belajar merangkak dah
tapi rasa macam baru semalam je saya habis pantang?

setiap hari syaura tidur pukul 7 lebih pulak sekarang
saya balik rumah dah dekat 6.30 petang
jadi tak sampai sejam dapat main dengan dia

ini yang buatkan saya rasa macam nak berhenti kerja setiap hari
dah faham dah kenapa ada wife kawan2 saya yang lulusan oversea, tapi sanggup tak kerja sebab nak jaga anak2

but i need the paycheck -_-