Showing posts with label Baby items. Show all posts
Showing posts with label Baby items. Show all posts

Saturday, November 27, 2010

tag mainan

peff ngantuk gila, pukul 3 pagi hapdet blog. baru ingat nak mangun buat kerja, tapi syaura mangun sekali lah pulak. tiba2 selak bumper cot dan panggil 'hehh..hehhh' haha panggil 'mama' la syaura. maaa..maaa.
terus bermain2 dan takde mood kerja =p

jadi tag ini dah berkurun fashya bagi, baru berjaya nak buat
ini syarat2nya, walaupun saya bukannya boleh ikut syarat2 sangat


Syarat-Syaratnya....

1) Terbuka kepada semua bloggers di Malaysia..
Bagi bloggers yang dok overseas, boleh join gak... tapi mesti ada alamat kat Malaysia(tak kira umah mak ker atau sebagainya)

2) WAJIB jadi follower Dilazfamily
dan mesti letak blog dilazfamily kat bloglist anda utk update hadiah

3) Mesti dan wajib buat satu entri pasal Contest ni..
Jangan lupa letak banner (Qistina) tue kat dalam entri & sidebar blog anda..
WAJIB ada link back ke entri nie tau..

4) Upload hanya SEKEPING gambar BABY AND TOYS mereka..
(Terbuka kepada Baby berumur dalam lingkungan 0 hari - 5 Tahun)
Tak kesah samada Baby itu anak anda @ anak sedara @ anak jiran....

5) Sila nyatakan sekali Nama Baby dan Umur Baby...

6) Akhir sekali, tag 2 rakan anda...lebih lagi baik
( kawan anda mesti tahu yang dia ditag tau)

7) Complete semua, tinggalkan komen di entri ini...

Hadiah untuk Pemenang:
Bear dan Pin Kartun (Comel tau)

Pemenang:
2 Orang pemenang (Baby Lelaki dan Baby Perempuan)
(Dipilih secara cabutan bertuah oleh QISTINA)

Tarikh Tutup :
30 November 2010

ini anak dila..sudah besar..

ini baru anak ai..
Nama: Syaura Azlan
Umur: 8 bulan++
sedang berlakon main Dibo the Gift Dragon [akhirnya ada stok dibo di klcc haritu yeahhhh]


hakikatnya ialah bila dapat mainan terus cari label dulu T_T

label di montot Bunny

eh dah lari syarat, patutnya upload sekeping je. tapi takpe, gambar dua tu back up, lagipun itu hakikat sebenar syaura bermain

seronoknya tengok gambar baby2 bersama mainan. jadi saya bercadang nak tag:

1) Mama Suna [nak tengok mainan2 baby alyaa humaira hehe. ah betul ke eja nama.]
2) Kak HidaNaza [haritu terserempak kak hidayah shopping mainan secara besar-besaran. macam best je. hehe. kak hidayah jarang upload gambar najah. upload 10 plis.]

*matila dah dekat dateline baru nak tag orang

Saturday, November 20, 2010

littlewhiz.com saleee

littlewhiz.com sedang sale.
nanges T_T baru je beli botol tommee tippee baru yang berharga rm 50
eh ada botol brand Momma yang macam besttt

Monday, May 24, 2010

syaura memakai cloth diaper

to you auntie aniem hihi
tentang cloth diaper

masa pregnant saya memang dah berangan2 nak pakaikan syaura cloth diaper, takmau pakai pampers okey
so saya pun beli lah 5 buah cloth diaper, sebagai percubaan ok ke tak, boleh ke tak
sebab saya takmau la hangat2 tahi ayam je, beli banyak2 lepastu tak pakai
ataupun dalam bahasa inggeris nya, firework effect
mula2 je gempak boom kebabum, lepastu kapufff mati firework tu

brand yang saya beli - coolababy & babyland
umur syaura 5 hari, dah start pakai
disebabkan masa baru lahir terlalu kecit [sekarang pula baru 2 bulan dah terlalu bam2]
cloth diaper tu nampak aneh pada dia, and syaura pun nampak kasihan
yelah dah macam kengkang pulak jadinya
so saya start pakaikan betul2 time syaura umur 41 hari iaitu masa saya balik miyi dah

ni masa umur 5 hari. beginilah kekdahnya baby seberat 2.85 pakai cloth diaper. nampak kesian kan.
sekarang baju biru ni dah sangat fit. sheksi tauuu syaura.


orang kata kalau takmau bocor, pakaikan 2 insert
tapi syaura pakai satu insert aje dah ok, tak bocor..
lagipun syaura fully breastfeed, jadi dia cing2 tak banyak sangat, begitu juga yak2
[ini ialah fakta ye, kalau fully breastfeed, baby punya frequency cing2 & yak2 adalah kurang. mungkin susu banyak diserap lalu badan pun menjadi gomok hohoho syaura mok2. hipotesis oleh emak, seorang bekas engineer]

5 cloth diaper memang tak cukup
sehari cing2/yak 5 kali
nak tunggu basuh dan kering, sehari lepas tu baru boleh pakai balik.
sebab tu kalau nak fully pakai cloth diaper,kena ada at least 10-15 cloth diaper

masa pantang, saya still tak beli tambahan lagi
sebab tak sure whether kitorang boleh ke manage kehidupan - jadi parents sambil bekerja sambil jadi surirumah waktu malam2

so bila masuk kerja last 2 weeks, trylah kan
rupanya tak berapa boleh lagi nak manage kehidupan lagi hihihi
balik2 rumah je lepas masak, memang saye penat nak mati dah
lagi cik syaura suka ajak main2 sebelum tidur pukul 8 malam
haritu saya buat medical check up, sugar level saya sangat rendah dari normal
sebab tu sekarang asyik rasa menat sangat2 kalah time pregnant
setiap malam akan tidur before 9 kecuali malam ni sebab dari pagi saya asyik minum air manis, makan coklat and bla2 supaya sugar level naik hihiihi alasan. cakap je lah asyik lapar lalu makan

lan2 tolong jaga syaura, kemas dapur, basuh baju kitorang, sidai kain, basuh botol susu, sterilise pam susu, main game [eh?]
nak basuh cloth diaper tak sempat sebab penat dah nak bilas2 cloth diaper di bawah air
lagi kena basuh asing2 dari baju lain and tunggu lagi sejam untuk siap mesin

so kesimpulannya syaura pakai cloth diaper di hujung minggu saja
saya tengah beli tambahan 5 lagi cloth diaper pun, sebab 5 cloth diaper yang ada pun tak cukup untuk weekend [2 hari consume 10 cloth diaper, provided kalau basuh hari2]

jadi, sekarang ni, untuk pemakaian 5 cloth diaper waktu weekend
saya pakaikan syaura cloth diaper start jumaat malam sabtu
petang sabtu dah siap pakai 5-5, jadi basuh semua
malam sabtu pakai pampers
pagi ahad kering semua, then pakai lagi cloth diaper
malam ahad basuh semua, then sidai
next weekend pulak pakai =p

actually memang senang je nak uruskan cloth diaper ni

diulangi, langkah2 memakainya adalah seperti berikut:
1. masukkan insert ke dalam cloth diaper
2. letak nappy liner kat atas cloth diaper [supaya baby's poo tak melekat sangat kat cloth diaper, senang sikit nak basuh]

3. pakaikan ke baby

4. bila tiba masa nak tukar diaper, bukak cloth diaper

5. buang nappy liner

6. bilas cloth diaper bawah paip

7. masukkan dalam baldi yang campur sikit sabun

8. bila dah cukup korum nak basuh, basuhla guna washing machine..


kalau syaura ada tanda2 rash, saya memang pakaikan dia cloth diaper
lepastu memang hilangla rash dia..

comparing coolababy and babyland, saya lagi suka babyland
sebab bila syaura pakai, nampak kemas je..and kaler dia lagi comel
and bahagian dalam cloth diaper tu, ada penahan insert
so insert tu takdelah terkeluar..

cuma now, saya je yang belum berjaya manage masa dengan berkesan..
nantilah one day saya akan try jugak untuk pakaikan fully cloth diaper for syaura

mestilah, saya paling pantang orang buang sampah merata2
saya suka environment yang sihat and bersih
so kalau boleh saya takmau la contribute untuk menambah lagi sampah sarap kat bumi ni

Monday, March 8, 2010

of cloth diaper

ni zaman bila punya entry ntah
lupa nak publish

anyway,
saye dah beli 5 cloth diapers from this website
brand coolababy and babyland
ada banyak lagi brand, but these 2 are the cheapest but still meets the function
after few research and based on other people's testimonial, babyland is better than coolababy
sebab ada few people claims that coolababy ni, kalau tak betul2 pakaikan kat baby, boleh bocor la
others claims tak pernah experiance leakage with coolababy
tapi i bought both brand, sebab coolababy ni paling banyak orang guna
acara menyelongkar almari baby utk bacuh sume baju2 kecit and cloth diaper dia

saye memang nak guna cloth diapers (CD) instead of disposable diapers@pampers
ala kite dulu2 pun pakai cloth diaper what..yang pin guna pin itik, lepastu pakai cawat plastik tuh
tapi sekarang punya lagi moden la

after calculate2, guna CD lagi murahhh daripada guna pampers [haha kedekut di situ]
okla
for easy comparison, CD is a once-off purchase while pampers of course tiap2 bulan kena beli
CD boleh guna banyak kali, macam baju la, sampai anak ko dah lima pun boleh asalkan benda tu tak koyak/rosak

usually babies pakai until 3 years [kan baby xpakai diaper lagi after 3 years]
sehari tukar diaper 5 kali
nak basuh tunggu kering bla3, kena la ada at most 15 CD

15 cloth diapers for 3 years, worth RM 430 gitu
bayangkan 3 tahun pakai pampers
sebulan rm90
setahun rm1080
3 tahun rm3240
haha lu pikirla sendiri

2nd reason for CD usage adalah baby will insyaAllah tak kena rashes sebab material CD adelah cloth saja
3rd reason - it's environmental friendly
tak perlu buang2 macam pampers
masuk je dalam washing machine
ok tu tipu haha

camni la cara guna cloth diaper:
1) masukkan insert ke dalam cloth diaper [analogy: insert ni macam lampin kain kite dulu. cloth diaper adalah macam cawat plastik yang kite pakai lepas pakai lampin sebab nak elak bocor]
2) letak nappy liner as lapisan atas sekali - supaya kalau yak2, boleh terus buang/flush to toilet je nappy liner ni. takdela mengotorkan cloth diaper sangat.
3) pakai kan la kat baby..

cara basuh:
1) selepas baby uh2/yak2, bukakla cloth diaper dia, cebok2, lepas tu ganti dengan cloth diaper baru..
2) buang nappy liner ke tong sampah/flush dalam toilet [kalau guna flushable nappy liner]
3) bilas2 cloth diaper yang dah digunakan tu kat bawah paip
4) rendam dalam baldi dengan sabun sikit
5) basuh la dalam washing machine [sila jangan campur baju2 lain]
6) sidai
7) tamat

senangggg [haha teori senang la. saspen ni bila bab betul2. tu yang saya beli 5 je dulu. try test.]
tapi bab yang leceh sikit ialah kalau nak guna cloth diaper time travel
kena simpan cloth diaper tu dalam wet bag/plastik
dah sampai rumah baru buleh basuh
and..kalau hantar baby ke baby sitter..kena train babysitter, macam mana nak guna
takpelah, try dulu la kan

so masa mula2 beli
to ensure cloth diaper ni betul2 buleh menyerap and tak bocor
kite kenalah basuh dia 3-4 kali
macam towel jugakla kan, makin banyak basuh, makin menyerap

saye dah berjaya basuh 3 kali setakat ni

bila tengok2 baju2 kecit tersidai kat ampaian
saye fikir, haihh bila la budak kecik ni nak sampai ni ^_^


Tuesday, February 23, 2010

of stroller and carseat

finally saye berjaya beli carseat

itu pun after few months deliberation with lan2 on this carseat and stroller thingy
[of course, sorang ke kiri sorang ke kanan, so kena dapatkan mutual agreement]
criteria - senang je:
1) harga - less than 1K
2) 3-wheeled
3) multi-function - buleh jadi rocker, carrier
4) carseat can be adapted into the stroller
5) ringan
6) chic [perlu ke? haha]

mula2 dah tentulah saye nak yang ini - Quinny Zapp stroller & Maxi Cosi Cabrio carseat

smart kan
got bonus there - red colour ^_^
and boleh lipat2 sampai jadi kecik macam ini

sangat convenient untuk travel
ringan gila - 6 kg

tapi harga dia mak aihh macam boleh beli lappy satu lah kan
paling murah after discount time CNY haritu pun dah RM1600
kalau tak diskaun, almost RM2K
so, reject
sebab kitorang at the same time sekarang beli barang2 rumah perabot segala
so it's considered not affordable
tettt REJECT

then masa jalan2 kat Bintang last November, kitorang terjumpa satu kedai baby ni jual stroller ini: Sweetcherry SCR 7 carseat and SCR 5 stroller
harga - RM 950 for both stroller and carseat
we were like, 'okey..ini sangat best!'
walaupun dia 4 wheeled, tapi design dia ala2 3 wheeled
susah okey untuk kami berdua sama2 berkenan kat satu benda tu

when i googled, rupanya this is Malaysian company and they all have this online shop as well
and..the price: RM239 for SCR 7 carseat & RM 439 for the SCR 5 car stroller
total: RM 678
Postage fee: rm 70, so grand total: RM 748
way cheaper kalau beli online daripada beli kat Bintang!

bila balik johor, i make survey jugaklah
time CNY tu ada sale so jadi sangat2 murah [grand total RM 600 saja]
tapi malas la pulak nak mengangkut berat2 naik plane
kalau ada baby takpe jugak, boleh bawak the stroller set with the baby direct to the plane and jadi special carriage
ni nak mengangkut kosong, kena letak kat luggage, have to pay extra pulak nanti
and kitorang kalau balik dari johor, 40 kilo luggage itu adalah tak cukup okey!
ada banyak lagi hadiah2 kawin yang tak terbawak..plus lauk pauk yang ditapau dari rumah
haha berapa gram je lauk2 tu kan

anyway last week time melawat rumah kunaz
she showed me the stroller and carseat yang dia baru beli
brand halford: cosmo DX travel system - RM799 je
lagi ringan dari sweetcherry - 6 kg saje
and..it's red colour!! cantikk
oh yang ini ada diskaun la pulak online..

so kitorang pun survey2 kat Toys World shop, tempat dia beli tu
test2 drive
tapi hati dah berat to sweetcherry
lagipun yang halford ini ada kaki 4 =p
[motip kitorang nak roda tiga?? aerodynamic? nak racing dengan sapa??]

finally last week, we place the order for the SCR 7 carseat at the website
hmm stroller, rasanya beli lambat sikit pun takpe
nanti nak beli time baby dah ada - masa balik johor bulan 4
for newborns, jarang kot guna stroller
especially kat miri ni, bukan saye nak pegi jalan2 shopping pun time pantang =p

the spec for the carseat:Net weight: 3.4 kg
Features:
  • Suitable from birth to 10kg
  • Light weight and portable infant car seat/ carrier/ rocker
  • 3-point, 1-pull padded safety harness
  • Traveling system: Compatible wit S300A and S301 strollers with additional adapter
boleh fit into any of these 2 strollers:

SCR 5 [ohh lan2 sangat berkenan yang ini]
Price: RM439












spec:

Net weight: 8kg
Features:

1) Suitable from birth till 3 years (less than 17kg)
2) Innovative design and portable lifestyle stroller
3) Lightweight aluminum frame
4) Adjustable backrest and footrest
5) Can be in forward or rearward facing
6) Traveling system: Compatible with C100 with additional adapter

while saye pulak sangat suka dengan SCR 6 sbb this is the real 3 wheeled =p
Price: rm429
spec:
Net weight: 8kg
Features: same as SCR 5 above
macam quinny kan



takpe, ada masa few months lagi untuk berperang
ape2 pun, beli carseat dulu!
nanti senang nak bawak baby travel balik dari hospital and also this thing boleh jadi rocker kat rumah
and boleh jadi carrier basket kalau jalan pegi mana2

hmm maybe agak berat - 8kg tapi since kalau naik plane, it will be special carriage [means that ianya tak jadi luggage lah - that's our main concern], so ini bukannya problem to us
kalau nak masuk dalam carboot, i got my superhero to do it haha
bila lipat2 pun jadi not that bulky as per photo above
settle barang2 baby!!! yeahhhhh