Sunday, July 1, 2012

7 weeks~

eh hai lamanya i tak update blog, bukan ape cuma malass je uolss haha keji
lagipun asal bukak laptop je mesti syaura akan datang merampas kuasa
walapun dah belikan laptop mainan sebijik, tapi dia fedulik hapa kan, nak yang real jugak
jadi masa birthday saya yang ke 28 hari itu lan2 telah membelikan ai sebijik macbook air~
so syaura boleh la guna yang lagi satu itu

takpun asal bukak belog je, mesti lan2 usik, haaa update beloggg, cerita apa tuu~~
untuk pengetahuan, lan2 adalah harammmm membaca blog ai sebab dia suka usikkk ai sangat dasyat

huh

oh harini adelah genap 7 weeks i pregnant
memang tengah plan nak pregnant pun bulan jun ni, tiba2 terpregnant bulan may haha
tu lah kan, tengok sangat kalendar purba cina tu, tapi Allah jugakk plan yang terbaik
(tiap kali cakap kalendar purba cina mesti nervous kena belasah dengan cheq lan sebab predict anak dia baby girl haha)

sangat excited la masa mula2 tahu, pergi klinik harmoni pun senyum2 je sampai doktor dah dapat agak mesti pregnant ni
syaura pun dah umur 2 tahun lebih, memang kena ada adik dah
asal nampak baby je nak mintak dukung
bagus, nanti tugas syaura tukar pampers adik ok
sekarang kitorang dah start panggil dia kakak syaura

saya pregnant kali ni, sama je macam masa syaura dulu
mual2 saje, tak muntah2..nasib baik kan..dahla baru tukar department, memang tak boleh buat hal lah..
dah la bos besar saya tu asyik2 sms kerja
saya rasa dia ingat saya ni secretary or personal assistant dia la..
sebab asal dia sms secretary dia je, mesti cc kat saya
sms 'dear paula, blablabla..' asal cc kat ai pulakk 

jadi walaupun baru pregnant 7 minggu, sudah naik 3 kilo. down gila. padahal tak lalu makan kan..
berat i dah jadi 63 kilo ok!
takde sapa kata i kurus dahhhh
tu la time kurus dulu beriya2 kata gemok, sekarang betul2 dah gemok..nanges..

bukannya i mengidam pelik2 pun, cuma mengidam online shopping je =p
sekarang pun dah sediakan list barang2 baby yang nak dibeli online or bila pergi kl nanti
tapi lan2 kata 'nantiiiiii...bulan 11 baru boleh start beli baranggg'
okay T_T
ai nak beli chest drawer, nak beli rocker, nak beli stroller baru, nak beli nursing pillow, nak beli semuaaa baruuu aaaa meroyan

oklah bai

ah sebenarnya mengidam garret jugak. but that is sooo last 2 weeks. sekarang mahu muntah tengok garret