Sunday, March 20, 2011

lutong beach adalah sangat cool bagi syaura

love you two~

semalam saya pergi ke bintang mall
untuk membeli seterika
seumur hidup, ini adalah pertama kali beli seterika
eh, kenapa tak ada orang bagi hadiah seterika masa kahwin =p

selama ini guna seterika hasil belas ihsan yiyin
itupun dia bagi sempena hadiah birthday yang ke 23 tahun
sebenarnye itu adalah taktik
masa kemas2 barang nak tinggalkan utp lepas graduate, dia malas nak bawak balik seterika
jadi pura2 bagi ai sebagai hadiah besday pffttt
seterika tu dia bawak sejak first year di utp lagi kot, tahun 2002
sekarang dah tahun 2011, jadi seterika dah berumur 9 tahun, dah darjah tiga pun

yiyin, besday ai bulan depan nak hadiah henbeg Charles & Keith

eh perlu ke exaggerate pasal seterika
snanye nak justify kepada diri sendiri KENAPAA PERLU BELI SETERIKAAA MAHAL WOH
arwah seterika. sebelum rumah terbako, baik beli baru.
[eh, memang orang johor, cakap terbako]


masa di parkson, 14 kali saya hint2 lan2, nak beli seterika wap yang tak payah gosok2 tu, berharga rm299.
perlu ke T_T


jadi beli ini. rm 115.

balik dari bintang, sudah pukul 5 petang
cuaca sangat elok, mendung2 ayam
ai teringat masa kecik2 dulu, abah selalu bawak jalan2 tengok kampung orang, pergi tepi laut jalan2 time2 macam ni
best sangat bila ingat balik, kitorang satu family jalan2 satu pontian hahah
jadi saya terus buat suara kucing ngiau2 manje, ajak lan2 singgah tepi laut
sebab lan2 bukannya jenis outdoor punya orang, sangatlah contradict dengan saya
abang, ape benda yang kita pernah sama????

so, ini pertama kali syaura pergi tepi pantai okay
selama ni plan je lebih
kononnya hujung minggu nak berkelah la, plan nak masak itu ini, tapi ohhhh syaura tak ada swimming suit la pulak, terpaksa beli
lepastu plan2 nak pergi awal pagi, tapi bangun pukul 8.
takpun, okayyy jom pergi berkelah, kemudian dalam perjalanan kata 'baik kita pergi breakfast mi jawa dekat hole no 9 kan" lalu terlepas pantai
pantai ini cuma belakang office kitorang je. dan 15 minit je dari rumah

**syauraa kenapa bangun dah. mama baru je nak tulis belog. dah la abah ko pergi offshore harini

baiklah sambung balik.
jadi kami pun berhentikan kereta di tepi Lutong Beach
balik dari bintang terus pergi beach, sangat bergaya untuk ke pantai T_T
nasib baik syaura bawak baju spare
terus tukar baju zara baby kepada baju reject shop =p

tak perlu membebel panjang2, tengok je gambar
ini ialah lutong beach. ramainya oyang

kenapa muram je pergi pantai, adakah nantuk?

ok kalau buat macam ni adakah akan gembira

yeah, mama terer. akhirnya gembira

jadi, mari pergi ke air

gambar lebih kurang macam masa di phuket, and i missed those moments. okay itulah gunanya honeymoon. walaupun dah pergi ke seratus tempat lepas tu, tempat honeymoon jugak yang paling memorable.

sebelum terjun ke laut, bukak dulu legging. orang pergi pantai tak pakai legging okay.


first time seumur hidup syaura pijak pasir. syaura berasa cemas masa ni.


testing2 pijak


tu diaa..terus berasa bongkak. pencapaian terbesar selama seumur hidup satu tahun.

terus berkeyakinan diri ajak berjalan2 dekat pantai. tadi bukan main saspen.

priceless happiness.
kemudian ternampak ombak. terus saspen dan berhenti.

testing2 pijak air pulak

ye2, mama faham. pencapaian kedua terbesar seumur hidup satu tahun.
priceless lagi. heheh.

satu, dua..

ombakkkk..yayyy
[habis kasut hush anjeng ai T_T]

ok, sudah2 balik, nak hujan. time ni syaura beratkan badan dia, ngeliat2 takmau balik, nak main air lagi. pffftt.

oklah next time beli swimming suit okay. nak beli jugak kolam besar macam baby irfan dengan baby qushairy, tapi rumah they ols besarr..rumah syaura tak muat..

Friday, March 11, 2011

Syaura's 1st Birthday TODAYYYYYY!!

hello semua..
ah, lamanya tak update blog [pura2 baru perasan] dushhh baling kasut

jadi, HARINI IALAH BIRTHDAY SYAURAAAAAAAAAAAAA
OH MY GUCCI~~~~Dah setahun ok umur!!!

Mulai semalam, setiap jam saya akan update lan2:

"abang, last year time ni za admit kat hospital kan"
"abang, sekarang dah masuk labour room kan"
"abang, bla3"

"iye2, sayang..a'ah.."
gitu..

pagi2 tadi pulak kejut syaura nak pergi rumah babysitter
susah ok nak kejut sekarang

"syaura..bangun..dah pagi.." *syaura ngeliat2 dan tidur balik
"syaura..mangun..sekolah...." *syaura ngeliat lagi, buat bunyi mmmmm
"syauraaaaa..bangun...pergi sekolahhhh~~" *baru bangun, duduk dan gosok2 mata dan sengih2

hohh dah tau dah lagi 6 tahun macam mana nak kejut pergi sekolah

jadi bangun2 je terus wish "hepiii besdayyy cauraraaaaaaaa"
lalu menari2 dengan mama lagu hepi besday
tengok, omak yang excited lebih

esok adalah birthday party syaura, jemputlah datang
tema ialah mickey mouse, dan semua adalah D.I.Y hihi excited
sebulan kot planning untuk ini
ok2, planning je lebih, implementation sejak seminggu lepas

abah mertua ai cakap "haa..karang tiap2 tahun dia mintak birthday party karang.."
ai cakap kat lan2 "takpe bang, syaura's next birthday party is when she's eight"
lan2 terus jerit "itu macam anak KIMORA LEE SIMMONS!

**ai tergolek
kantoi tengok Kimora sekali dengan ai
ingat cerita pulak tu T_T

ok2 jadi jemputlah datang birthday party syaura
kecil-kecilan je, heheh