Monday, May 31, 2010

akhirnya weols balik ipoh

hoho akhirnya berjaya sampai ipoh setelah mengharungi perjalanan yang penat selama 2 hari
kali ni turn balik ipoh pulak
dah setahun tepat tak balik
last time balik adalah masa kawin =p

so memandangkan dalam masa seminggu ni je ada cuti wesak, cuti gawai, and cuti in lieu sempena besday agong, weols ambik cuti 2 hari je dah dapat seminggu lebih ok wehuuu bestnya keje kat sarawak

sangat tak sabar nak balik ipoh, i lap ipoh so much
banyak kenangan bercinta kat sini hihi

tapi tiket mahal gilaaa ok
harga dia dah boleh pegi ostrolia dah tau siap boleh bermalam 5 hari lagi tiket kitorang - 2 adult, satu infant
so sangatlah tak mampu, tapi nak balik jugak punya pasal, beli jugak
masa ni la ambik kesempatan guna ticket free yang company bagi, yay

out of 28 kg barang kitorang, 20 kg adalah barang cik syaura

sampai LCCT adalah sabtu malam, tidur satu malam kat rumah mak su dekat bandar sunway
kebetulan family saya semua ada kat sana, so semua sibuk nak jumpa syaura
then ahad pulak parents in law ai ambik kitorang untuk terus balik ke ipoh

sampai je rumah kat ipoh, mak metua saya kata 'you all tidur kat bilik master lah'
so bila bukak je master bedroom, tadaaa
sebijik tau, sebijik macam bilik pengantin kitorang dulu
waaa sangat2 la nostalgik

bunga orkid yang sama
cadar yang sama
bau yang sama

cuma ada tambahan budak kecit ini cisss =p
cik syaura dah konker katil. tengoklah cara dia mendepangkan tangan. akhirnya weols sorang tidur kat hujung timur, sorang kat hujung barat. dapat tidur atas tilam dah cukup nasib baik T_T

masa kitorang kawin dulu, tak decorate pun bilik pengantin sebab buat kat dewan kan
tapi mak metua saya dengan baik hatinya tolong hiaskan, letak bunga and beli cadar baru

saya tanya lan2 'abang, nape munge orkid ni tak layu2 dari tahun lepas?'

selepas setahun, saya lihat benda yang sama
rasa macam masa tu tak berlalu pun
rasa macam semalam

macam boleh terbayang2 lagi kitorang sangat3 gembira time tu
gembira2 bukak hadiah
gembira2 packing nak pergi honeymoon
gembira2 mekap kat bilik tu sebelum pergi ke dewan
gembira2 turun bawah lambat sampai kena usik dengan sedara mara hoho

saye sangat2 terharu T_T sob3
ini adalah hadiah anniversary yang sangat2 best

cuma
diulangi, tahun ini ada tambahan budak kecit ini =p

olololo muka mintak kena cubit

Monday, May 24, 2010

syaura memakai cloth diaper

to you auntie aniem hihi
tentang cloth diaper

masa pregnant saya memang dah berangan2 nak pakaikan syaura cloth diaper, takmau pakai pampers okey
so saya pun beli lah 5 buah cloth diaper, sebagai percubaan ok ke tak, boleh ke tak
sebab saya takmau la hangat2 tahi ayam je, beli banyak2 lepastu tak pakai
ataupun dalam bahasa inggeris nya, firework effect
mula2 je gempak boom kebabum, lepastu kapufff mati firework tu

brand yang saya beli - coolababy & babyland
umur syaura 5 hari, dah start pakai
disebabkan masa baru lahir terlalu kecit [sekarang pula baru 2 bulan dah terlalu bam2]
cloth diaper tu nampak aneh pada dia, and syaura pun nampak kasihan
yelah dah macam kengkang pulak jadinya
so saya start pakaikan betul2 time syaura umur 41 hari iaitu masa saya balik miyi dah

ni masa umur 5 hari. beginilah kekdahnya baby seberat 2.85 pakai cloth diaper. nampak kesian kan.
sekarang baju biru ni dah sangat fit. sheksi tauuu syaura.


orang kata kalau takmau bocor, pakaikan 2 insert
tapi syaura pakai satu insert aje dah ok, tak bocor..
lagipun syaura fully breastfeed, jadi dia cing2 tak banyak sangat, begitu juga yak2
[ini ialah fakta ye, kalau fully breastfeed, baby punya frequency cing2 & yak2 adalah kurang. mungkin susu banyak diserap lalu badan pun menjadi gomok hohoho syaura mok2. hipotesis oleh emak, seorang bekas engineer]

5 cloth diaper memang tak cukup
sehari cing2/yak 5 kali
nak tunggu basuh dan kering, sehari lepas tu baru boleh pakai balik.
sebab tu kalau nak fully pakai cloth diaper,kena ada at least 10-15 cloth diaper

masa pantang, saya still tak beli tambahan lagi
sebab tak sure whether kitorang boleh ke manage kehidupan - jadi parents sambil bekerja sambil jadi surirumah waktu malam2

so bila masuk kerja last 2 weeks, trylah kan
rupanya tak berapa boleh lagi nak manage kehidupan lagi hihihi
balik2 rumah je lepas masak, memang saye penat nak mati dah
lagi cik syaura suka ajak main2 sebelum tidur pukul 8 malam
haritu saya buat medical check up, sugar level saya sangat rendah dari normal
sebab tu sekarang asyik rasa menat sangat2 kalah time pregnant
setiap malam akan tidur before 9 kecuali malam ni sebab dari pagi saya asyik minum air manis, makan coklat and bla2 supaya sugar level naik hihiihi alasan. cakap je lah asyik lapar lalu makan

lan2 tolong jaga syaura, kemas dapur, basuh baju kitorang, sidai kain, basuh botol susu, sterilise pam susu, main game [eh?]
nak basuh cloth diaper tak sempat sebab penat dah nak bilas2 cloth diaper di bawah air
lagi kena basuh asing2 dari baju lain and tunggu lagi sejam untuk siap mesin

so kesimpulannya syaura pakai cloth diaper di hujung minggu saja
saya tengah beli tambahan 5 lagi cloth diaper pun, sebab 5 cloth diaper yang ada pun tak cukup untuk weekend [2 hari consume 10 cloth diaper, provided kalau basuh hari2]

jadi, sekarang ni, untuk pemakaian 5 cloth diaper waktu weekend
saya pakaikan syaura cloth diaper start jumaat malam sabtu
petang sabtu dah siap pakai 5-5, jadi basuh semua
malam sabtu pakai pampers
pagi ahad kering semua, then pakai lagi cloth diaper
malam ahad basuh semua, then sidai
next weekend pulak pakai =p

actually memang senang je nak uruskan cloth diaper ni

diulangi, langkah2 memakainya adalah seperti berikut:
1. masukkan insert ke dalam cloth diaper
2. letak nappy liner kat atas cloth diaper [supaya baby's poo tak melekat sangat kat cloth diaper, senang sikit nak basuh]

3. pakaikan ke baby

4. bila tiba masa nak tukar diaper, bukak cloth diaper

5. buang nappy liner

6. bilas cloth diaper bawah paip

7. masukkan dalam baldi yang campur sikit sabun

8. bila dah cukup korum nak basuh, basuhla guna washing machine..


kalau syaura ada tanda2 rash, saya memang pakaikan dia cloth diaper
lepastu memang hilangla rash dia..

comparing coolababy and babyland, saya lagi suka babyland
sebab bila syaura pakai, nampak kemas je..and kaler dia lagi comel
and bahagian dalam cloth diaper tu, ada penahan insert
so insert tu takdelah terkeluar..

cuma now, saya je yang belum berjaya manage masa dengan berkesan..
nantilah one day saya akan try jugak untuk pakaikan fully cloth diaper for syaura

mestilah, saya paling pantang orang buang sampah merata2
saya suka environment yang sihat and bersih
so kalau boleh saya takmau la contribute untuk menambah lagi sampah sarap kat bumi ni

Sunday, May 16, 2010

hari pertama bekerja

aboh bersama anoknye. ini hari pertama syaura belajar pakai pacifier.
si mata cantik =)







wehh dah salah hari masuk kerja!!
patutnya kalau ikut cuti bersalin 60 hari, hari rabu lepas saya patut masuk
tapi saye termasuk kerja hari isnin, cis marah sungguh
pulangkan 2 hari saye~~

anyway, pengalaman hari pertama bekerja haruslah tulis kan
almaklumlah, bukan je kerja lepas 60 hari cuti, hari pertama kerja kat tempat baru okay

pagi2 isnin lepas sangatlah kelam kabut bangun pukul 5 pagi okey siapkan barang2 & susu2 syaura, beg pump ai, beg kerja ai
bukan siapkan beg aje, kena sterilize pump n botol, pump2 susu, susukan syaura, tukar diapers, sterilize balik pump n botol, mandi2, tengok2 jam dah pukul 7 pagi T_T
hoh memang superwoman la semua wanita bekerjaya yang menyusukan anak secara eksclusip ni..

sampai2 opis, report duty ke HR dulu
then diorang terus hantar saye ke department saye -BPI
sampai je opis saye, krek krek krek bunyi cengkerik
semua orang takde sebab pergi ACE workshop kat Imperial Hotel
time2 tu jugak the department manager contact handphone saya, suruh saya join Workshop tu jugak
so saye terus off to Imperial for the 5 days workshop

and hujung minggu tu saye terus migrain + gastrik yang teruk sangat sangat sangat
workshop itu sangat hardcore okey
belajar pasal OPI tools - ada business simulation, presentations, role play, sketch etc2 non stop
ada satu hari, our group balik rumah pukul 12.30 pagi sebab nak siapkan presentation pack untuk presentation esoknya
balik tengah2 malam dahla rumah jauh setengah jam dari hotel,on the way balik tu, ada motor accident depan mata saya, cuaknyaaa
tekanan ai, dahla ai ingatkan hari pertama kerja bolehla settle down hal2 HR ke, bukak2 email ke
ai culture shock tau tak
dah 2 bulan tak cakap benda2 intelligent ni hehe tetiba

oh habis dah meluahkan perasaan

anyway isnin [17/5] adalah hari pertama masuk ofis dan bekerja kat ofis
legaaaa..barulah rasa ketenangan sikit, settlekan hal2 HR, IT, body pass bla3
saye dah tak rasa sedih dah tinggalkan cik syaura ke babysitter, sebab saya tau dia jaga syaura baik2
and saya tampal gambar syaura banyak2 kat workstation supaya boleh tengok banyak2 kali and bagitahu kat setiap orang yang singgah workstation saye bahawa 'this is my daughter' dengan proudnya hahaha

lagipun dia bahasakan diri dia 'auntie' pada syaura, jadi saya taklah jeles
sebelum ni saspen jugak sebab ada kan babysitter yang bahasakan diri dia 'mak'

last week buat gambar pasport syaura
bila siap je, kitorang terus gelak2 gelak sangat2 sebab muka dia sangat tembammmmmmmm pipi labuhh sangat sampai penuh satu mukasurat tu hahahaha lawak gila
dah la susah gila nak ambik gambar dia pandang kamera sebab dia berasa pelik and asyik tengok uncle tokei kedai yang pegang dia masa ambik gambar

oh melalut dah

anyway, minggu pertama kerja ini sangat gembira
bos bagi masa untuk saye settle down
untuk carik balik kat mana bahagian otak yang digunakan untuk bekerja
itu pun dah asyik melalut terberangan pasal syaura =)
sesi memperkenalkan diri jugak
masa kat workshop haritu, time saya introduce diri, dengarlah orang bisik2 'wife azlan, wife azlan'
ciss saya malaslah nak kenalkan diri sebagai wife azlan kan, ini kan tempat kerja kok
tapi bila orang asyik tanya2 'kenapa dari bintulu nak pindah miri? kenapa tak mintak semenanjung, you kan orang semenanjung?'
terpaksa la ai menjawab: i wife azlan..
mereka: ooo..patutlah....
T_T

my colleagues semua sangat bongok2 belaka so saye sangat suke
tentulah, saye suke orang yang suka buat lawak. time kerja baru la serius kan
tapi saye tak boleh hover sangat kecoh2 sebabbbb kebetulan department lan2 adelah sebelah je dengan department saye. bukan sebelah je, meja kitorang jarak 10 meter je kot
nasib baik ada partition yang sangat2 tinggi so tak perlu la ai tersipu2 malu everytime nampak dia
ngohohohoh
tapi, serius macam tak best kot dekat2 macam ni, adaaa je orang usik2, malu tau malu
tapi takpe, lepas kawin dulu kan terus tak duduk sama, so memang takde chance orang nak usik pengantin baru
so inilaa masanya malu2 kena usik2 walopon dah anak satu hihi

lan2 sikit2 datang meja saya tau, mengada tauu hihi macam dia pulak hari pertama masuk
saye pun syuhhh2 dia secara berbisik2

it's a fresh start for me, and my aim is simple
i'd like to enjoy doing my work, as in, wake up in the morning smiling and looking forward for the day
why?
because if you love doing something, you will excel in it

and sekarang saya adalah buat kerja non-technical..yayyyyy

sangat penat menjadi ibu dan isteri sambil bekerja
but eventually, i get used to it
setiap hari akan bangun pukul 5.30 pagi paling lambat
sampai office pukul 7.30 pagi [thanks to miri - no traffic jam!]
kerja kerja kerja
balik pukul 6 petang, ambik syaura depan rumah
masak, makan, kemas
pukul 9 malam tidooo
hehe macam takde life

part paling besh ialah cik syaura pun tido sama time macam ai & lan2
bangun pagi esoknya time subuh, senyum2 and mulut bising ajak orang borak, veri sweet..

dah, habis cerita, bai
hujung2 minggu pula berjalan2 membeli belah

ni dalam breastfeeding room kat dalam parkson. sangat convenient!

nappy changing room pun ada ok!! i lap yu parkson!!

Wednesday, May 5, 2010

sms pendek tengahari

i texted lan2
"abang..nanti tolong singgah pasar lutong beli nyunyit yeh'

lan2: ok.. kunyit je?'

erk..tak sangka boleh paham.

Tuesday, May 4, 2010

Syaura berlatih ke rumah pengasuh

bersama cik nyanyau. veri bespren

ah ngantuk pulak nengok budak kecit ini menguap. selepas gambar ini, syaura mengamuk bosan sebab dah sejam ai asyik amik gambar & video dia

si gemok sedang tido.
syaura, macam mana eja tidur? T.I.D.O.Q kata auntie ririeyn


hari ini pagi2 lagi dah gundah gulana..
macam mana la rezeki nak masuk entah, huh

puncanya sebab harini ialah saye menghantar baby syaura ke rumah babysitter
saye belum start kerja pun tapi saja mahu train baby supaya takde masalah berbangkit bila masuk kerja karang [snanye adelah train diri sendiri kot]

pagi2 pukul 5 sudah mangun siapkan segala tok nenek barang budak kecit itu
barang dia je dah separuh kereta, dengan besen mandi, dengan playgym, beg lagi

pukul 6 pagi cik syaura dah mangun
macam biasa uh ah eh sorang2 dengan harapan ada orang layan dia borak2
oh, mama bizi okay nak packing barang yu, nak besolek lagi
so lan2 tukang layan dia borak2 senyum2
siap je packing, ai terus gomolgomolgomol ciumciumcium banyakbanyaaaakkkk sambil pesan banyak2 'syaura nanti jangan nanges rindu mama tau, nanti petang mama ambik syaura yeh'

sambil lan2 gelakkan saya 'nanti mama yang nanges, bukan syaura'
cisssss

pukul 7.16 pagi, weols pun bertolak ke rumah kak nisa a.k.a babysitter..
rumah sekangkang kera je depan rumah pun nak drive, hoh


ini lah bukti sekangkang kera. agak2 rindu, boleh guna teropong dari balkoni.
rumah kejadian adalah yang diempatsegikan meyah..

walaupun sekangkang kera juga, safety mesti first. pakai carseat!

sampai rumah kak nisa, kak nisa terus dukung2 syaura and syaura pun tido..
huh lega ai, snanye dah bertekad, kalo dia nanges, memang ai bawak balik la takpun ai melepak je rumah kak nisa

harini saya brief kak nisa pasal EBM
saya bawak 4 botol frozen EBM
kak nisa terkejut sebab saya nak fully breastfeed syaura
sebab dia kata badan saya kecit, tapi susu banyak, how kam?
dia kata dulu dia takde susu pun

snanye, last week saya ada visit kak nisa
saja nak tengok2 ok ke tak, sesuai ke tak
dia pesan, kena train syaura minum susu formula awal2, karang lambat2, dia tamau, susahla saye
saye pun, okayy, tengahari tu terus ke giant nak cari susu formula
sampai giant, terus rambang mata, tatau nak brand apa

balik rumah, research kat internet, brand ape yang paling elok dalam dunia
dengan bongoknya pegi bukak susuibu.com untuk tengok2 forum kat sana
of course la susu formula ditentang habis-habisan
tapi kebongokan saye tu ada kebaikan
bila saya baca pengalaman mak2 orang tu, terus macam 'eh samala macam aku. mula2 susu sikit je. sekali pam dapatla 2 oz. sehari paling banyak 8 oz. tapi dia cukup je untuk fully breastfeed'
and then ' eh mak dia pun suruh guna susu formula, ramai orang kata kat dia, boleh ke fully breastfeed, cukup ke susu, eh macam aku je'
gitu..

yela masa pregnant memang saya beriya2 nak fully breastfeed
dah beli pam, bekas susu bagai
rupanya realiti adalah sangat berbeza ye
masa first 5 days, susu memang almost takde
lepas tu orang sibuk2 breast bengkak sakit2, saye tak pernah pun breast bengkak masa dalam pantang
lepas tu abah saya dah suruh train syaura minum susu formula, babysitter pun, mak pun suruh..
saye pam pun sikittt je keluar
tapi saya still breastfeed dia masa tu

after baca2 di forum tu, terus semangat gila kooo nak fully breastfeed
betullah bila kita rasa positif and yakin susu tu cukup, memang susu akan keluar lagi banyak
after semangat2 tu, macam air paip okey susu ai keluar
ok2 exaggerate
macam air paip yang bukak sikit tu
setakat nih dah berjaya kumpul 23 botol punyela gigih ai mengepam siang malam =)
wahahaha seronoknya rasa
dah tu tengok2 baby syaura tak pernah meragam or demam
malam2 pun tidur ikut time ai dengan lan2
maybe sebab minum susu ai kot [entahla tuduhan je tu]
lagi lah ai takmau bagi formula
begitulah kekdahnya

disebabkan saye guna pam cap medela mini elektrik yang sesuai digunakan secara jarang2 je
ai pun terus beli pam lagi satu - spectra 3 yang sesuai dipakai hari2 and senyap pulak tu tak macam medela yang bunyi motobot

baiklah berbalik kepada kisah babysitter tadi
masa saye melawat dia last week, husband dia pun melepak sama, borak2 sekali dengan husband ai, ok peramah orangnya
anak dia ada 4 orang kot, semua dah besar2
ada sorang tengah buat master
ada sorang kat sekolah sains kuching
ada lagi 2 orang duduk dengan dia, sorang cikgu kat lutong, sorang lagi sekolah menengah form 3

and then, anak2 dia keluar salam2, and main2 dengan baby syaura
wahh penyayang sungguh keluarga, terus saya rasa lega
takot tau..takot anak ai tak disayangi hehhe
kak nisa kata nanti syaura tidur di bilik bawah aje..ada aircond
wahh saya lega lagi
almaklumlah, syaura kan anak orag kaya, nak airconddddddddd je dia biasa ni hepppp
panas je mula la berpeluh2 badan merah2 nak naik ruam

banyak lagi yang kitorang discuss
saye rumuskan macam ni
bila saye masuk je kereta, saya bagitau lan2 'za rasa macam za pulak yang tak reti jaga baby bila borak dengan kak nisa'
sebab at the end, kak nisa yang banyak bagitau saya cara2 nak jaga baby dengan berhemahnya [eh betul ke ayat ni]
dia macam tak berkenan, saya bagi syaura pacifier, takut syaura addicted, takpun gigi tak elok nanti [macam rieyn kata, karang gigi jongang -sambil tunjuk saye-, or gigi jarang -sambil tunjuk kat diri sendiri- cisss]
tapi saye explain la, syaura ni suka mengunyah
disebabkan dia suka mengunyah, dia akan minum jugak susu walaupun dah kenyang, lalu muntah
takpun dia akan kunyah apa2 yang ada depan mata
contohnya tangan sendiri [sampai mitten bau mascamm]
ataupun ketika didukung orang, pikirlah sendiri, ape benda dia nganga2 nak kunyah hahaha

jadi saye pun bagi pacifier cap philips avent yang orthodontic [thanks to faeeza sebab recommend]
disebabkan orthodontic, ianya tidak akan menyebabkan masalah gigi
disebabkan terlalu canggih itu juga, hargaya pun sudah sama dengan satu tin susu formula ye tuan2 puan2
oo ye saye tak pakai susu formula kan

ok berbalik kepada cerita hantar syaura ke babysitter hari ini
macam yang lan2 predict, syaura ok je
ai sampai2 rumah je terus nanges T_T

sepi......
memang besh ada anak pompuan, boleh decorate macam2