Friday, September 24, 2010

i hate flying

macam yang saya cakap haritu, i hate flying
saya memang tak suka pun naik apa2 benda yang bergerak, tak kisahla kapal terbang ke, bas ke, kereta ke
satu, sebab fobia accident, sebab pernah accident dulu
dua, sebab saya tak boleh tidur kalau duduk
sangat tak best okay, ngantuk sangat2 tapi tak boleh tidur

tapi ada 2 benda bergerak yang saya suka naik dan ingat sampai sekarang

satu, keretapi express rakyat dari kl ke ipoh
saya ambik katil, bertolak pukul 8 malam, sampai ipoh pukul 11.30 malam
baring je kat katil tu, saya terus tidur, sangat selesa katil keretapi ktm rupanya
rasanya macam tak sampai 5 minit tidur tiba2 terjaga sebab pakcik keretapi jerit 'IPOH, IPOHHH'
huhh rasa macam nak sambung tidur balik, tapi karang tiba-tiba sampai langkawi pulak
langsung tak penat travel naik keretapi berkatil

kedua, mobile scaffolder, masa saya kecik dulu
saya dan cousin2 saya naik ramai2 lepas tu kayuh scaffolder tu laju2 haha sangat besss rasa macam terer dah ni, boleh bawak kereta dah
almaklumlah saya kan duduk kuarters majlis daerah dulu
jadi mainan saya dan adik beradik masa itu ialah scaffolder, lori sampah, lori bagak dan habuk kayu

baiklah snanya nak cerita pasal kenapa saya sangat tak suka naik kapal terbang
tapi nak buat macam mana kan, dah ai duduk kat oversea, itu je la transport yang ada
tapi kalau ada terowong bawah tanah dari miri ke semenanjung, saya rela lagi naik kapal terbang la, kalau tak, mau 2 hari drive baru sampai

bos, bila nak tukarkan ai ke kl, melaka ke, tapi saya takmau terengganu tau, jauh sangat dari johor, karang kena naik kapal terbang lagi T_T

ada beberapa insiden yang menyebabkan kawan2 saya kat bintulu kata "asal aku naik kapal terbang dengan za aje, mesti ada something wrong jadi tau! semua kejadian2 malang naik flight mesti za ada"

cis

insiden pertama
tempat kejadian: kuala terengganu
tarikh kejadian: 12 jun 2008 [seminggu lepas saya bertunang]

saya kena pergi training kat INSTEP kat batu rakit, jadi lepas kenduri bertunang saya je, saya terus fly ke terengganu
training itu baru confirm 3 hari sebelum saya bertunang, jadi kelam kabut saya beli tiket segala
tiket MAS dah habis, jadi naiklah airasia

habis je training, saya dengan kawan2 training terus pergi airport, nak ambik flight malam tu balik ke KL
diorang semua naik MAS, saya sorang naik airasia
flight time, lebih kurang, saya pukul 8 malam, diorang pukul 9 malam
tiba2, masa check in, kakak kaunter kata, flight saya delay, pukul 11 malam karang baru bertolak
hohh sangat down, tapi kiki ajak pergi rehat2 kat rumah dia, rumah dia sebelah airport aje

pukul 11, bila saya pergi airport semula, flight delay lagi! pukul 12 malam baru boleh bertolak
fine, saya pun duduk la kat departure hall tu, sorang2, nih tak kenal sapa pun
huh anak dara sapa la tengah2 malam tak balik2 nih

pukul 12 malam, kapal terbang pun sampai
jadi dengan mengantuk segala, terus naik kapal
rasa hangin jugaklah, sebab esok paginya saya kena attend meeting petronita kat klcc, karang penat pulakk

jadi kapal pun berlepas
cuaca agak tak elok actually, petir berdentum kat awan nun, dan saya dah tak sedap hati ambik red eye flight ini

elokk je berlepas, saya bau macam roti bakar
lepas tu macam 'ehh diorang jual roti bakar jugak ke'
tapi makin lama makin hangit bau, macam bau benda terbakar
masa ni saya dah rasa macam ada something wrong
tapi saya masa tu berharap sangat2 supaya snanye takde bau apa2, mungkin khayalan saya je sebab penat sangat, or mungkin memang diorang buat roti bakar hangit sebab terlebih timing kat oven
tapi hapakejadahnya bakar roti time kapal tengah berlepas kan
makin lama makin kuat, makin hangit, makin saya berharap2 semoga itu perasaan saya je, sambil jantung dah berdegup kencang gila

tiba2, dari depan, semua steward stewardess bangun dari seat diorang, berlari2, sangat kecoh berlari2 sambil bukak tutup semua compartment beg dari depan sampai belakang, then check2 bawah tempat duduk jugak
rupanya semua orang pun dah bau hangit tu, so steward stewardess itu semua nak cari punca2 hangit tu
saya rasa macam tak percaya
diorang sangat kelamkabut, memang hempas je compartment tu time nak tutup, sambil diorang kecoh2 cakap kat walkie talkie "tak dapat jumpa apa yang terbakar"
maybe diorang tengah report pada cockpit
saya assume cockpit tak dapat detect apa2 technical problem pada plane, sebab tu steward stewardess tu try check punca hangit tu dekat kabin penumpang

masa ini, saya nak menangis dah, tapi saya tahan je, memang ingat kapal terbang akan terhempas, saya memang dah mengucap banyak kali dalam hati

semua orang senyap yang senyap sangat2
takde sapa bercakap, mungkin sebab semua orang pun rasa apa yang saya rasa
cuba untuk menenangkan diri

tiba2 pilot buat announcement yang diorang akan buat emergency landing
saya sangat panik, bila tengok luar, semua laut semata2, adakah emergency landing kat laut??
matila kali ni

tapi snanye dia patah balik ke airport KT, alhamdulillah..memanglah airport KT betul2 tepi laut, sebab tu walaupun baru je berlepas, tapi tiba2 dah ada kat tengah laut..

mendarat je, ai terus keluar laju2, masa tu ai tengok jam, dah pukul 12.32 pagi
turun je tangga kapal, terus nangis yang nangis sangat2 nangis sebab sangat ketakutan
dahla sorang2
terus saya telefon kawan saya yang tadi dah berjaya sampai KL naik MAS
nangis2 ketakutan..takmau telefon mak abah, karang diorang risau melampau pulak
rasa sangat sebatang kara tengah2 malam sorang2 gitu kat negeri yang sangat jauh dari rumah

jadi, kemudian setelah berjaya menenangkan diri, pegi semula ke balai berlepas
tengok2 semua tengah kerumun crew Airasia, macam rusuhan pun ada
ai pun apa lagi, marah ni marah gilaaa..dahla delay 4 jam, lagi kapal terbang ada technical problem pulak, takut okayyy takuttt, dahla esok ai ada meeting pagi
tapi crew2 airasia explain yang diorang tengah buat inspection, ada benda terbakar, tapi diorang tengah investigate, nak cari apa yang terbakar
haha boleh tak buat announcement gitu, nak cari apa benda yang terbakar dekat kapal terbang
nasib baik dah landing, kalau buat announcement gitu atas kapal, memang histeria semua orang

setengah jam berlalu, diorang still tak dapat resolve problem tu
and tak ada kapal terbang spare, jadi kitorang semua boleh bertolak ke KL esok pagi pukul 8.20 pagi sahaja, so orang2 yang sepatutnya naik flight esok pukul 8.20 pagi, akan didelaykan ke 10 pagi..
sebagai hadiah mintak maaf, kitorang dapat voucher breakfast, dapat penginapan hotel untuk malam itu dan transport nak ke hotel
tapi ai dah tak sanggup tunggu dah, dah pukul 1 pagi, kang pungpangpungpang sampai hotel pukul 3 pagi
so terus contact kiki, mintak tumpang tidur kat rumah dia
huhu kiki sangat baik hati selamatkan ai..

esok paginya, pergi airport semula, nasib baik flight tak delay dah..
ai tak tau dah apa jadi kes semalamnya, tapi ada member saya bagitau yang cerita pasal emergency landing ini masuk paper.."due to technical problem katanya"
sampai sekarang saya tak tau apa puncanya..wallahua'lam..
sangatlah bersyukur tak ada apa-apa jadi..

tapi masa tu saya sangat marah kat airasia la kan, sampai menyumpah "TAKNAK NAIK AIRASIA FOREVER! I HATE AIRASIA"
haha macam budak2 merajuk..haha ko kaya sangat ke nak naik MAS aje karang?

yang penting, saya terlepas meeting pukul 10 pagi itu, then terus bertolak ke Port Dickson pulak untuk teambuilding
fuhh memang hectic perjalanan time itu

ah penatnya nak type pasal insiden2 kapal terbang yang lain, lain kali lah

ah, ini masa syaura umur 3 bulan. flight ke kl masa nak balik ipoh. ini zaman2 duduk diam dalam flight. sekarang takmau tidur sudah..melompat2 je forever. dahla sempit tempat duduk. muscle tangan ai dan lan2.
takpe, lompat2 je takpe, jangan meraung je sudah.


eh, ai dah terlupa time2 takde baby dulu, naik flight secara aman damai hahaha. sekarang, takde maknanya. nak baca buku pun tak boleh dah. sure kena rampas dan kunyah.
kok 2 jam flight tu, berapa minit je boleh tidur sebab kena alert dengan baby kan, itu pun dah take turn dengan lan2 =) especially masa take-off dan landing, kena ensure baby hisap something supaya tak sakit telinga.

Friday, September 17, 2010

Raya 2010 di Johor

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua..
mohon maaf atas semua kesalahan, ikhlas dari hati
walaupun saya sangat2 jarang update blog, tapi mungkin ada entry2 yang menyinggung hati sesiapa =)

anyway, dah hampir 2 minggu saya kat semenanjung, esok petang nak balik dah sob3
bestnya melepak2 sakan tak perlu pergi kerja tapi gaji jalannnn hahaha

tak update blog sebab tak reti nak resize photo dekat laptop apple husband saya

jadi membaca2 saja blog orang lain dengan harapan semua orang update blog, tapi hampehhh..semua orang bizi sangat beraya ke?
harini baru berjaya resize gambar setelah kodek2 laptop pagi tadi

jadi tahun ini saya beraya kat johor pada raya pertama..
yay =)

tahun lepas isi sampul raya 2 orang saja. tahun ini ada orang ketiga yang sungguh bizi dan serius nampaknya menyusun sampul raya

sempena raya, bos ai sangat bermurah hati bagi hadiah tat nenas kat staf department ai. so sweet~
snanya nak tunjuk gambar syaura yang tak pedulikan mainan dia dah, bila nampak kotak tat nenas. bypass okay.


sampai2 di pontian pula, syaura terus disambut dengan meriah oleh family ai. anak sendiri dianaktirikan wuhuhuu sob2
ini gambar sedang landing di katil tok mama.
okay, jadi mana gambar rayanya, dari tadi gambar syaura???


ini pagi raya. along yang sedang bizi mencari makanan setiap 5 minit haha


baiklah jadi inilah gambar rayaa yayyy tema oren.
tekanan tau ambik gambar dengan budak kecit. daripada senyum ikhlas dah jadi senyum plastik dah. punyala lama kena tahan senyum semata2 nak tunggu dia pandang kamera haha.


gagagaga bibir terketar2 tahan senyum hahaha
syaura tengok sini oii


ini depan rumah mak saya kat pontian. dalam masa 3 tahun dah 2 kali pindah rumah ok
rumah ini, baru pindah bulan febuari tahun ni
snanya, dalam masa 26 tahun saya di dunia ini, 23 tahun kitorang duduk kat kuarters majlis daerah pontian
kecikkk rumah, tapi halaman sangat luas dan sebab dah biasa dari kecik duduk rumah tu, walaupun rumah kecik je, tapi rasa sangat biasa dan homey
pintu rumah pun tak pernah tutup except time nak tidur, sebab kawasan itu ada pak guard
abah nak pindah shah alam masa kitorang sekolah rendah, tapi tak jadi sebab kitorang semua sayangg rumah tu dan best duduk pontian juga
then sebab abah ala2 nak pencen dah lagi 5 tahun, jadi baik kita semua pindah rumah siap2
so tahun 2007, kitorang berpindah ke rumah semi-d satu tingkat kat taman merdeka
rumah itu panjangg ke belakang..
tiba2 ada jualan murah rumah 2 tingkat di taman saujana
jadi mari kita membeli rumah ini dan jual rumah setingkat itu sebab rumah ini 2 tingkat, lagi sorang dapat satu bilik
sekian
motipp cerita pasal rumah time cerita raya?

tema raya family kitorang tahun ini ialah: 3 orang oren, 3 orang purple, 3 orang kuning T_T
snanye terlupa nak set tema


baiklah kemudian, setelah balik dari sembahyang raya, makan-makan raya dulu, ambik2 gambar..
tiba2 dah pukul 11 pagi
kemudian terus bertolak ke kampung sambil semua orang terlupa nak salam raya mintak maap zahir batin haha raya apakahh ini
then semua orang downnn..tak salam raya pagi tadiii..

cucu kesayangan forever
carrot, meh sini nengok kamera~~~
paaaandaiiiiii~
kasut dah hilang entah mana. tokin2 pun asyik cabut je lalu gigit. jadi silalah berkaki ayam dipagi raya. nanti besar kan malu bila nengokkkk..haaa mak dah cakap dah dulu pakai kasut, degil


gambar family kat depan rumah nyai [kok jowo?]
dari kiri: lan2, za2, syaura, along, abang zainol, boboy, mak, dakcik, abah


lagi gambar 3 orang kat kampung pulak
menggunakan syaura untuk mengcover badan ai yang tiba2 menjadi kembang bila pakai baju oren ni. menci tau menci


baju raya baru beli 2 hari sebelum raya di pontian, fuhh nasib baik jumpa jugak
snanye saya ada banyak kain pasang yang tak buat baju lagi
tapi masa lepas deliver syaura, adalah gemok, jadi takmau la menempah baju, budget lagi 2-3 bulan kurus la kan
jadi bila dah rasa2 kurus, time tu dah nak dekat puasa
tak ada orang nak ambik tempahan dah okayy
bila cari kat miyi, takde yang berkenan pulak

so pada satu hari, 2 hari sebelum raya, saya dan lan2 keluar mencari baju raya saya di pontian
nasib baik terjumpa kaler oren yang berkenan di hati
tapi size M la pulak, size S habis sudahh..takpe, balik miyi nanti alter balik

raya ini agak senang lenang la, sebab syaura sebagai seorang budak kecik telah menjadi perhatian semua orang
di sana sini orang panggil2 "syauraaa..syaura.."
syaura ni pulak hover sikit peramah dia
semua orang dia nak tegur "hehh, hehh"
kalau kena usik lagi la dia ketawa2
dia pun mengikut saja sapa2 yang mendukung dia

jadi, setell..ai dengan lan2 pergi shopping 2 orang saja dengan aman damai sekali
makan pun boleh bertambah banyak kali, lalu berat dah naik 2 kilo T_T
tapi ai check la jugak kan, kat mana pulakkk la anak ai ni, sonyapp jo, oo nengok cerita korea rupanya

ini time menghantar family cousin ai, kak jue ke kereta diorang. balik dahhh kak jue?
syaura sedang tidur setelah penat bermain


kemudian, petang itu pergi beraya di rumah wak sinah - kakak sulung abah
ini lah satu-satunya rumah yang kitorang pergi beraya okay selama raya ini
macam mana nak beraya, orang asyik datang rumah je, ecehh salahkan orang =p

malam itu pula, kitorang terus balik ke pontian..tak tidur kat kampung pun, takde tempat dah
kang ada yang tidur kat reban kambing

ini pula pagi raya kedua di pontian, takde baju2 raya dah, rimasss je, kang kejap lagi kain tertanggal macam semalam haha lasak punya budak kecit.
sedang bizi nengok kartun sampai mulut ternganga, baik jangan kacau
.

Happy Birthday Syauraaaaa~~~
raya kedua ialah birthday syaura ke-6 bulan

pantangg ada benda depan atau tepi mulut MESTI MAKAN

kemudian, pada petang raya kedua, weols bertolak balik ke rembau..

cerita raya rembau nantilah =)

Tuesday, September 7, 2010

oh, ai beraya di johor tahun ini

ini masa raya tahun lepas yang sungguh gembira sebab kali pertama raya sama-sama dan asyik kena usik pengantin baru hohohoho sangat sweet kenangan itu tahun ni ada syaura azlan pulak, sure lagi beshhhh

ini lagu cinta za2 n lan2
A moment like this...
Some people wait a lifetime.. for a moment like this..
Some people search forever... for that one special kiss..
Oh, I can't believe it's happening to me...
Some people wait a lifetime, for a moment like this..

oh anyway, i'm looking forward for this year's raya as well
malam ini dah nak fly balik semenanjung, yay
flight miri-JB pukul 7.30 malam, 2 jam selepas tu baru sampai jb
mintak tolong anak babysitter weols hantar ke airport petang nanti..huhu
i hate flying, jadi tak excited sangat menunggu petang ini
malam tadi bertungkus lumus pack barang-barang

tahun ni turn beraya kat rumah saya pulak
tapi karang raya kedua saya balik ke kampung lan2 di rembau

tahun lepas, sebelum raya, saya adalah sangat saspen nak beraya di kampung lan2 untuk first time
siap cakap kat lan2 lagi "nanti abang jangan tinggal za tau. nanti abang dengan za je tau. tau. cakap tau"
haha gila penakut nak beraya kampung mertua =p
tengok2, sampai rembau, saya yang terover excited sampai cakap kat lan "abang ni asyik ikut zaaaa je..ala abang gi la tempat lain pulak" ceh belagak di situ

best2..sangat meriah..pagi2 potong2 kerbau, buat sup kerbau, masak lemak kerbau, rendang kerbau
down..asal sume kerbau kat sini?
nak pergi pekan rembau pun ada kerbau lintas jalan

adik beradik abah mertua ai ade berapa orang eh..rasanya lebih sepuluh ke
lepastu semua dah beranak bercucu dah
jadi sangat2 meriah dan happening
raya pertama, saya kira semua kereta ada 10 bijik kat halaman, dah macam kenduri pulak
sekali masak nasik satu kawah

malam nak tidur, kira macam first come first serve la
kitorang sangat bernasib baik dapat tidur kat ruang tamu bawah
bilik2 telah direserve untuk adik beradik abah yang tak sihat la, sakit belakang la etc2
jadi yang muda2 sila tidur luar ye
tengah2 malam saya bangun nak pergi toilet, saya nampak ada satu family tidur bawah meja makan
kemudian bila lalu di dapur, ada satu family lagi tengah tidur depan peti ais T_T
padahalll rumah tu sikit punya besar la kan, almaklumla rumah kampung kan sangat panjang ke belakang
still tak muat jugak hahaha

makcik lan2 yang sulung, sangat motherly dan baik hati
ada satu hari tu borak2 dengan saya kat dapur
"faezah, dah jadi orang besar2 ni nanti jangan meninggi diri ye..macam adik beradik induk ni, semua kerja besar2, tapi bila balik kampung, takde dah pangkat2 ni, semua sama je.." sambil dia explain apekah pekerjaan kesemua adik beradik abah mertua ai

oh, ai agak ternganga mendengar explanation tu
most of them adalah somebody ok, and banyak yang lulusan oversea

tapi pagi2 saya nengok, semua dah bangun, ada yang tengah potong ayam, ada yang tengah potong kayu api, ada yang tengah basuh kawah, pendek kata semuanya fully occupied gotong royong
sangatlah humble mereka semua tu
bila balik kampung je, memang title semua hilang entah ke mana, semua jadi adik beradik macam biasa
macam 'ada aku kisah title ko Datuk? pergi tangkap ayam sana'
gitu..

yang saya ingat lagi, ada sorang pakcik lan2 ni adalah seorang doktor pakar senior kat hospital kat terengganu, ke dia pengarah hospital sana entah, lupa mana satu
tapi pagi tadi selamba je dia bersila kat simen luar mengapak kaki kerbau nak buat sup
dan pagi2 nak sahur dia yang mengetuk pintu bilik kitorang "bangun pengantin baru oii bangun sahurrrrr" jerit satu rumah =p

kesimpulannya, jika anda merendah diri, lagilah orang respek ye

ah bestnya beraya beramai2..tahun ini rumah saya pula hehe

oh ye, tengahari ni saya balik rumah, melepak2 time lunch hour
rumah 10 minit je dari office so tadehalll hehe
bosan sangat2 office dah tak ada orang sangat
tinggal 4 orang je, daripada 15 orang
biasala kalau dah kat sarawak ni, time raya sure semua orang balik awal2
cuti lama2 kat semenanjung hehe almaklumla tiket mahal, jadi baik guna selama mungkin cuti itu
sepatutnya saya balik johor khamis ni, malam raya
tapi last week kitorang tukar tiket kepada hari ini, selasa
sebab dah agak dah, sure downnn gila keje kat office takde orang
balik kampung la weyyyy
sebelah kiri adalah beg saya yang tak dapat ditutup setakat ini, beg pink adalah beg syaura.
ada lagi beg papa seketul, stroller syaura, carseat syaura.
semuanya 30 kilo sahaja T_T
nasib baik kek lapis sarawak dah pun di pos ke johor minggu lepas
.

Thursday, September 2, 2010

cerita tentang seorang penakut yang ditinggalkan suami selama 3 hari

huhu
lan2 kena pergi sunway lagi untuk FAT selama 3 hari..
ada nada sayu kat situ =p

ni kali pertama kena tinggal setelah 5 bulan..

berhari2 saspen, ok ke saya tinggal dengan syaura 2 orang je..

masa hantar lan2 kat airport pun saya dah bagitau siap2 "abang, kalau za tak jumpa kunci rumah dalam handbag, za amik next flight tiket tau, za pegi kl tau ikut abang. tau. tau. cakap tau"

dengan harapan ai tak jumpa kunci rumah. tiba2 masa sampai rumah malam tu, betul2 saya tak jumpa kunci rumah dalam handbag.
terus nervous2 excited, adekah ai terpaksa pegi kl hihihihi
takpun terpaksa tidur hotel ke, yayy

kalau duduk rumah, sure rinduuuuu

sekali... terjumpa la pulakkkk kunci rumah terselit celah handbag

=(

anyway, dahla penakut tahap ayam punya pompuan
habis satu kawasan perjiranan ai tau yang ai tinggal 2 orang dengan syaura je
semua terpaksa alert dan menjaga keselamatan ai
tapi best betul la jiran2 ai, sangat concern, hari2 ada je yang hantar2 kuih la bubur kacang la

jadi pada hari pertama lan2 pegi kl, ai berasa sunyi dan bosan
lalu mengangkut cik syaura berjalan2 di bintang mall

oo motipnya nak membeli alas meja kaler purple untuk meja kopi kitorang yang baru dibeli haha banyak betul cari alasan nak soping

terjumpa beberapa kawan lan2, semua tanya 'mana lan?'
ceh terasa sedih di situ, jalan2 dengan anak, tapi hubby tarak

jalan2 3-4 jam, tengok2 dah pukul 6 petang
so terus tapau untuk berbuka dan drive balik rumah

sampai rumah dah pukul 6.45 malam, dah masuk waktu berbuka pun lepastu dah gelap pulak tu
dahh mula lah menyesal balik lewat2
kelamkabut angkut semua barang2, angkut budak kecik yang dah ngantuk tu, tutup pintu pagar, bukak pintu rumah
dalam hati kata 'cepat..cepat.. kang perompak nampak ai, kena rompak karang habisla ai'
sambil penakut gelap jugak

masuk je rumah, fuhh terus rasa selamat forever. bukak semua lampu dalam dunia. fuhh memang rasa selamat la, berlagak kat situ. ehh kalau camni la, abang pegi la training 3-4 hari lagi haha berlagak lagi

tapi still penakut nak turun bawah ambik air, jadi paksa syaura turun bawah sekali temankan saya
haha motippp?? macam la syaura boleh selamatkan ai kalau ada apa2

malam itu tidur dengan nyenyak

esok paginya, bangun, bersiap2 pergi kerja, siapkan syaura

bukak pintu

lalu ai rasa macam nak tergolek kat situ

kunci rumah ai satu set tertinggal kat tombol luar masa ai kelamkabut penakut nak masuk rumah semalam T_T

budussss..rasa nak lempang diri sendiri
kalau encik perompak datang, bukan setakat rumah ai kena rompak, dengan kereta 2 bijik tu pun boleh bawak lari, beserta tv, mesin basuh, katil, dapo..
semua secara senyap, tak perlu nak pecah masuk pun

mengang betul, ni la akibat penakut tahap ayam

abang cepatlaa balik..how do ai~ get through one night without yu~~~