Tuesday, September 7, 2010

oh, ai beraya di johor tahun ini

ini masa raya tahun lepas yang sungguh gembira sebab kali pertama raya sama-sama dan asyik kena usik pengantin baru hohohoho sangat sweet kenangan itu tahun ni ada syaura azlan pulak, sure lagi beshhhh

ini lagu cinta za2 n lan2
A moment like this...
Some people wait a lifetime.. for a moment like this..
Some people search forever... for that one special kiss..
Oh, I can't believe it's happening to me...
Some people wait a lifetime, for a moment like this..

oh anyway, i'm looking forward for this year's raya as well
malam ini dah nak fly balik semenanjung, yay
flight miri-JB pukul 7.30 malam, 2 jam selepas tu baru sampai jb
mintak tolong anak babysitter weols hantar ke airport petang nanti..huhu
i hate flying, jadi tak excited sangat menunggu petang ini
malam tadi bertungkus lumus pack barang-barang

tahun ni turn beraya kat rumah saya pulak
tapi karang raya kedua saya balik ke kampung lan2 di rembau

tahun lepas, sebelum raya, saya adalah sangat saspen nak beraya di kampung lan2 untuk first time
siap cakap kat lan2 lagi "nanti abang jangan tinggal za tau. nanti abang dengan za je tau. tau. cakap tau"
haha gila penakut nak beraya kampung mertua =p
tengok2, sampai rembau, saya yang terover excited sampai cakap kat lan "abang ni asyik ikut zaaaa je..ala abang gi la tempat lain pulak" ceh belagak di situ

best2..sangat meriah..pagi2 potong2 kerbau, buat sup kerbau, masak lemak kerbau, rendang kerbau
down..asal sume kerbau kat sini?
nak pergi pekan rembau pun ada kerbau lintas jalan

adik beradik abah mertua ai ade berapa orang eh..rasanya lebih sepuluh ke
lepastu semua dah beranak bercucu dah
jadi sangat2 meriah dan happening
raya pertama, saya kira semua kereta ada 10 bijik kat halaman, dah macam kenduri pulak
sekali masak nasik satu kawah

malam nak tidur, kira macam first come first serve la
kitorang sangat bernasib baik dapat tidur kat ruang tamu bawah
bilik2 telah direserve untuk adik beradik abah yang tak sihat la, sakit belakang la etc2
jadi yang muda2 sila tidur luar ye
tengah2 malam saya bangun nak pergi toilet, saya nampak ada satu family tidur bawah meja makan
kemudian bila lalu di dapur, ada satu family lagi tengah tidur depan peti ais T_T
padahalll rumah tu sikit punya besar la kan, almaklumla rumah kampung kan sangat panjang ke belakang
still tak muat jugak hahaha

makcik lan2 yang sulung, sangat motherly dan baik hati
ada satu hari tu borak2 dengan saya kat dapur
"faezah, dah jadi orang besar2 ni nanti jangan meninggi diri ye..macam adik beradik induk ni, semua kerja besar2, tapi bila balik kampung, takde dah pangkat2 ni, semua sama je.." sambil dia explain apekah pekerjaan kesemua adik beradik abah mertua ai

oh, ai agak ternganga mendengar explanation tu
most of them adalah somebody ok, and banyak yang lulusan oversea

tapi pagi2 saya nengok, semua dah bangun, ada yang tengah potong ayam, ada yang tengah potong kayu api, ada yang tengah basuh kawah, pendek kata semuanya fully occupied gotong royong
sangatlah humble mereka semua tu
bila balik kampung je, memang title semua hilang entah ke mana, semua jadi adik beradik macam biasa
macam 'ada aku kisah title ko Datuk? pergi tangkap ayam sana'
gitu..

yang saya ingat lagi, ada sorang pakcik lan2 ni adalah seorang doktor pakar senior kat hospital kat terengganu, ke dia pengarah hospital sana entah, lupa mana satu
tapi pagi tadi selamba je dia bersila kat simen luar mengapak kaki kerbau nak buat sup
dan pagi2 nak sahur dia yang mengetuk pintu bilik kitorang "bangun pengantin baru oii bangun sahurrrrr" jerit satu rumah =p

kesimpulannya, jika anda merendah diri, lagilah orang respek ye

ah bestnya beraya beramai2..tahun ini rumah saya pula hehe

oh ye, tengahari ni saya balik rumah, melepak2 time lunch hour
rumah 10 minit je dari office so tadehalll hehe
bosan sangat2 office dah tak ada orang sangat
tinggal 4 orang je, daripada 15 orang
biasala kalau dah kat sarawak ni, time raya sure semua orang balik awal2
cuti lama2 kat semenanjung hehe almaklumla tiket mahal, jadi baik guna selama mungkin cuti itu
sepatutnya saya balik johor khamis ni, malam raya
tapi last week kitorang tukar tiket kepada hari ini, selasa
sebab dah agak dah, sure downnn gila keje kat office takde orang
balik kampung la weyyyy
sebelah kiri adalah beg saya yang tak dapat ditutup setakat ini, beg pink adalah beg syaura.
ada lagi beg papa seketul, stroller syaura, carseat syaura.
semuanya 30 kilo sahaja T_T
nasib baik kek lapis sarawak dah pun di pos ke johor minggu lepas
.

2 comments:

ღnFashyaღ said...

family belah suami pun macam tu jugak...adik beradik mak mertua 10 org, semua "sumbody " jugaklah...tapi bila balik kg, sume cam biasa jek....meriah tak terkata...bl dah ramai2 ni blehla ngelat masuk dapur..hihi..sebab ramai dah tolong...hihi

[Zaza Azlan] said...

fashya..best kan macam tu? tak rugi merendah diri =)

haha samala, ramai2 boleh la ngelat sikit kan =p eh lamanya tak guna perkataan ngelat. awak orang johor ke?