huhu
lan2 kena pergi sunway lagi untuk FAT selama 3 hari..
ada nada sayu kat situ =p
ni kali pertama kena tinggal setelah 5 bulan..
berhari2 saspen, ok ke saya tinggal dengan syaura 2 orang je..
masa hantar lan2 kat airport pun saya dah bagitau siap2 "abang, kalau za tak jumpa kunci rumah dalam handbag, za amik next flight tiket tau, za pegi kl tau ikut abang. tau. tau. cakap tau"
dengan harapan ai tak jumpa kunci rumah. tiba2 masa sampai rumah malam tu, betul2 saya tak jumpa kunci rumah dalam handbag.
terus nervous2 excited, adekah ai terpaksa pegi kl hihihihi
takpun terpaksa tidur hotel ke, yayy
kalau duduk rumah, sure rinduuuuu
sekali... terjumpa la pulakkkk kunci rumah terselit celah handbag
=(
anyway, dahla penakut tahap ayam punya pompuan
habis satu kawasan perjiranan ai tau yang ai tinggal 2 orang dengan syaura je
semua terpaksa alert dan menjaga keselamatan ai
tapi best betul la jiran2 ai, sangat concern, hari2 ada je yang hantar2 kuih la bubur kacang la
jadi pada hari pertama lan2 pegi kl, ai berasa sunyi dan bosan
lalu mengangkut cik syaura berjalan2 di bintang mall
oo motipnya nak membeli alas meja kaler purple untuk meja kopi kitorang yang baru dibeli haha banyak betul cari alasan nak soping
terjumpa beberapa kawan lan2, semua tanya 'mana lan?'
ceh terasa sedih di situ, jalan2 dengan anak, tapi hubby tarak
jalan2 3-4 jam, tengok2 dah pukul 6 petang
so terus tapau untuk berbuka dan drive balik rumah
sampai rumah dah pukul 6.45 malam, dah masuk waktu berbuka pun lepastu dah gelap pulak tu
dahh mula lah menyesal balik lewat2
kelamkabut angkut semua barang2, angkut budak kecik yang dah ngantuk tu, tutup pintu pagar, bukak pintu rumah
dalam hati kata 'cepat..cepat.. kang perompak nampak ai, kena rompak karang habisla ai'
sambil penakut gelap jugak
masuk je rumah, fuhh terus rasa selamat forever. bukak semua lampu dalam dunia. fuhh memang rasa selamat la, berlagak kat situ. ehh kalau camni la, abang pegi la training 3-4 hari lagi haha berlagak lagi
tapi still penakut nak turun bawah ambik air, jadi paksa syaura turun bawah sekali temankan saya
haha motippp?? macam la syaura boleh selamatkan ai kalau ada apa2
malam itu tidur dengan nyenyak
esok paginya, bangun, bersiap2 pergi kerja, siapkan syaura
bukak pintu
lalu ai rasa macam nak tergolek kat situ
kunci rumah ai satu set tertinggal kat tombol luar masa ai kelamkabut penakut nak masuk rumah semalam T_T
budussss..rasa nak lempang diri sendiri
kalau encik perompak datang, bukan setakat rumah ai kena rompak, dengan kereta 2 bijik tu pun boleh bawak lari, beserta tv, mesin basuh, katil, dapo..
semua secara senyap, tak perlu nak pecah masuk pun
mengang betul, ni la akibat penakut tahap ayam
abang cepatlaa balik..how do ai~ get through one night without yu~~~
11 comments:
Salam..sy pembaca baru blog akak..
hati2 lain kali kak..bahaya tu..
lagi satu, kalau balik rumah sorg2, akak perhati dulu kawasan rumah akak selamat ke tak..
macam sy dulu, balik2 ada sorg lelaki mencurigakan tengah lepak dpn rumah...terus sy tak jadi berhenti..
pusing2 dulu baru balik rumah balik..
take care zaza....
jgn lupa ayatul kursiy 7 kali n bismillah 21 kali...
pesanan org yg selalu ditinggalkan semenjak dolu2...
:)
malam ni sila beringat akan kunci umah itu... kang ade perompak baca blog ni kang.. haha
haha!len kali kan kak, kene buat kunci yg ade alarm tauuu.if kunci tu xde org ambik n lekat kt pintu die akn bnyi kringgggg yg sgt nyaring! hahaha!sure xtinggal ;p
takim care~~
eh sweetnya sumerang bagi advise berguna.
farae: thanks for visiting =) haha tu la kelamkabut nak tutup pintu cepat2 sambil dukung baby, sampai terlupa benda paling penting =p
kak laila:thanks..akan saye amalkan..
aniem: ohh bf akak balik dah malam ni yayyy. hey betul tu, entah2 ada encik perompak baca blog ni kan? haha. i'm being too transparent!
Boleh tak I gelak? No offence ya.
HAHAHAHAHA! Gila kelakar la Zaza. Serious. Kalau I pagi tu nampak kunci kat tombol luar tu, I pun akan pengsan!
Take care ya. Lepas ni set kat otak. Kunci. Kunci. Kunci. Pergi mana pun jangan lepas kunci tu. :P
P/S: Tak habis gelak lagi.
hahaha..klako jek...fashya pun penah tertinggal kunci kereta dalam kereta.sehari semalam kunci kereta dalam kereta, dahla pagar tak mangga. nasib baik kereta tak ilang..hadoi, jangan ulang lagi tau zaza..:)
xsangke tol ko nih kalut gak ek zaza...nt syaura dh beso sket dia asek kena temankn mak dia jer gi memane..hihi
faeeza: eh mesti ada kunci macam tu kan. macam alarm kereta. alaaaa yela2 lain kali tak tinggal kunci macam tu lagi. wekk
hannah: haha masa i nampak kunci tu, i rasa masa macam berhenti sekejap. lepastu ada bunyi cengkerik. sangat mongok ok!
i pun rasa kelakar sangat. maybe sebab selama ni i tak pernah kunci rumah kot. asyik depend kat hubby je, sekali kena tinggal, hambikk..terpaksa jadi independent ok~
fashya: baiklah, lain kali saye tak kelamkabut ok. hihi. bertenang bertenang.
oo..nasib baik kereta awak tak hilang =p
jedah: huish aku kalau dah ketakutan, memang kalut kelamkabut semua =p
tuhla aku nak train syaura supaya jadi berani. tapi selama ni aku memang sangat respek la, dia berani tidur kat baby cot sorang2 woooo
hahaha! aku x expect ketakutan level ko sampai tahap camtu. lenkali angkut jek syaura tdo umah aku. xpn aku angkut irfan tdo umah ko. haha
naz! first time ok~ opkos la takut hohoho..eh macam best je bagi diorang buat slumber party haha.
nanti kalau lan2 bepergian lagi, standby la aku bawak selimut bantal tengah2 malam =p
Post a Comment