Sunday, October 31, 2010

PALING SUKAAA TERBANGGGG

tu lah bising2 lagi i hate flying, i hate flying, kan dah kena sumpah

bekerja di syarikat carigali minyak, kalau taknak pergi offshore, memang sajaaa je la kan
[ehem kunaz, bukan ke haritu bos ko suruh pergi offshore hihihihi]

jadi di miri ini, ada berpuluh2 platform minyak mahupan gas
berpuluh2 platform itu, naik bot saja dah boleh sampai, almaklumlah, dekat saja, sejam dua naik bot sampai dah
cuma ada beberapa platform saja yang kena pergi naik chopper sebab jauhh ya hamat, kalau naik bot mau 7-8 jam
*chopper itu bukan blender ye, tapi helikopter T_T

selama ini saya tak pernah kena cabutan bertuah
tapi kali ini saya bertuahh sangat IAITU,dalam banyak2 platform, saya di assign pada platform2 yang kena naik chopper ittew
tak cukup lagi ke naik flight ulang alik miri-semenanjung
lagi kena tambah naik helikopter pergi platform

bos, tak baca ke belog ai? i kan tak suka naik kapal terbang?
fine2, lain kali cakap i hate flying with anything

nak tambah tergolek lagi,
dulu kan saya beriya2 nak pindah dari bintulu ke miri
jadi, platform2 ini terletak di perairan bintulu hohoho
nampaknya lepas ni memang muka saya di bintulu saja la

next 2 week kena pergi D35 -_-

Saturday, October 30, 2010

fine. zsa zsa gabor.

di company baru ini, saya kenalkan nama sebagai faezah (maksudnya kejayaan)
kawan2 rapat panggil saya zaza (mungkin maksud dah menjadi yaya atau jaya2)
jadi bila bos2 dan orang lain dapat tahu nickname saya, mereka pun panggil saya zaza

banyak kali, bila nak kenalkan saya kepada orang, akan jadi macam ni
"this is nurul faezah, but you can call her zaza"
"Zsa-Zsa Gabor?"

motipp???
glamer sangat ke zsa zsa gabor tu sampai GM ai pun respon macam tu bila bos ai introduce ai

fine. ingatkan jelitawan sebaya ai ke. baru nak ferasan artis.
ini ke zsa zsa gabor. dah paham dah kenapa orang2 senior je yang respon begitu

Wednesday, October 27, 2010

my very first time without her

7 bulan ini, saya tak pernah bermalam di mana-mana, tinggalkan syaura
tiba2 last week saya kena pergi kl sebab ada meeting

of course sebelum pergi, buat brainstorming dengan lan2, adakah possible saya bawak syaura?
nak ajak mak saya pergi kl, mak saya sekolah
nak ajak mak metua saya, hoh, malu ai, dah lapan ploh kali menyusahkan dia time pantang dulu
lepas tu berangan, kalau ada nenek macam cik aisya nafisa kan beshhh, boleh angkut sekali
tapi..yayi (atuk saya) adalah bedridden dan nyaie (nenek ai) mestilah jaga dia, kok jowo

ok option lain ialah dekat hotel kan mesti ada babysitter
tapi seram sejuk pulak nak tinggalkan kat orang tak kenal

dua hari sebelum bertolak, macam2 saya remind lan2
paling penting ialah cara2 masak bubur
mula2 masak bubur segenggam beras ok abang
lepastu masukkan ayam
sejam kemudian masukkan carrot
5 minit kemudian, asingkan carrot dan blend sampai hancur
bubur jangan blend ye papa, sebab dah lembut masak lama
eh tiba2 resepi bubur

meeting adalah selama 4 jam je hari isnin tu
tapi hari ahad saya dah kena bertolak dari miri
flight pukul 4, tapi pukul 2.15 petang saya tak siap packing lagi
lepastu mengamuk sorang2 dalam bilik sebab tak jumpa microsoft word dalam laptop
lan2 masuk bilik, pandang saya dan cakap slow2 "mama sedih tinggalkan syaura ye.."

ok, he always knew me
bila kena slow talk macam tu, terus jadi lemah longlai sopan santun

ok2, fine, satu hari saja, SATU HARI

di airport miri: 3.15 petang. ciumciumcium

budak yang sangat susah nak ambik gambar. asyik bergerakk je

pelukpelukpeluk
syaura, nanti kalau apa2, sms mama ok

lan2 tanya: syaura je? papa macam mana?

hehe

teapot pun pergi kl sebab ada course, jadi saya satu flight dengan dia
husband dia, jagung dan baby adri hantar ke airport
hari ini, mama2 saja yang fly

baby adri bagi arahan pada syaura supaya duduk di riba dia T_T

kawan2 lan usik, ooo adri dah bertunang yeaaa


syaura memang suka berkawan dengan baby2

berbakul2 pesanan saya pada lan2

nanti kalau syaura bangun malam, abang jangan tidur mati pulak bla3 bla bla

lan2: iye..iye..

za dah siapkan beg syaura, esok abang jangan lupa bawak tau

lan2: okay..

nanti malam 3G call tau

lan2: okay..

mms gambar syaura nanti tau papa

lan2: okay..

nanti jangan lupa tulis surat tau papa

lan2: hahhh? mama..satu hari je kan mama pergi..

fine

pukul 4 petang, saya kena masuk boarding area sudah
roy, officemate lan pun kena pergi kl jugak, jadi wife dia, dani, hantar ke boarding area jugak

jagung hantar teapot
dani hantar roy
lan2 hantar saya

saya sangat tak suka boarding area sebab kat situ semua orang akan berpisah

peluk2 syaura cium2, tiba2 syaura merengek
ah sudah, entah2 dia dapat detect saya nak tinggalkan dia
saya terus masuk boarding area
kalau boleh, memang saya taknak langsung tunjuk emosi negatif depan syaura
tapi masa ini air mata dah bergenang
terus maki diri sendiri weyweywey sehari je nak pergi, bongoknya kalau menangis
toleh syaura dan lan2, lambai2, terus saya nangis meleleh air mata
masa kat imigresen, sepatutnya ada masalah sebab saya takde pasport, dan cuma ada resit masuk sarawak bersama syaura
tapi syaura tak keluar sarawak bersama saya
pakcik imigresen tengok saya nangis kot, terus tak jadi tanya banyak dan lepaskan ai haha

then terus beratur nak naik flight bersama teapot dan roy
roy cuba berborak2 dengan saya "za2, nanti lan kena pergi kl jugak rabu ni kan"
saya pun menjawab dengan mata merah2 suara serak "a'ah..balik hari je.."
roy diam

ai lap2 mata dengan tisu. maluuuu tauu maluuuuuuu. diam boleh tak. jangan nangis lagi.
roy ketawa2 kata "rilek zaza..berapa lama pergi ni?"
saya sangat tersipu2 jawab "sehari"
ai rasa, mesti dia nak gelak berguling2, sehari je pergi pun nangis macam ni???
teapot mencelah "zaza first time ni berpisah dengan baby dia.."

ok2, then bila naik flight, ok dah, gembira2 lalala

sampai je kl, touch down, terus call lan2
masa tu dah pukul 6 setengah
lan2 kata syaura cranky sikit tadi
lepas makan, minum susu, merengek dan terus tidur
maybe dia merajuk kot, sebab biasanya syaura tidur pukul 8 malam
ini pukul 6 petang dah tidur
ah sedih saye dengar

malam itu tidur di Mandarin Oriental KLCC
disebabkan klcc tengah sale, jadi walaupun dah pukul 9 malam, terpaksaaa shopping sekejap
hotel betul2 sebelah klcc kok

esok paginya, checkout pukul 7 pagi, pergi meeting di klcc, then jalan kaki dari klcc ke schlumberger untuk meeting tengahari. sangat panas terik. sapaaaa yang kata dekat je jalan kaki ni.

meeting habis pukul 2 petang.
pagi tadi saya sempat pam susu, tumpang pam dekat filing room diorang. haha. mother's room kat tingkat lain, malas nak pergi. tumpang peti ais jugak. sebab saya dah check out.
pukul 3 petang pam lagi dan terus ready2 nak pergi klia
tiba2 mendapati botol susu dah habis. macam mana ai nak pam susu malam nanti before naik flight kok.
terus turun bawah ke isetan dan terpaksa membeli sedozen botol bumblebee berharga rm34.90
itu aje paling murah
sapaa la kaya sangat ni shopping botol banyak2. mengang betul bawak botol susu tak cukup, bangkrap la ai macam ni.
dahla mengangkut je beg baju trolley tu ke sana sini.

sampai klia, baru perasan bahawa kenapalah tak beli milk container yang plastik tu je. jimat space lagi. jadi botol susu ni nak sterilize kat mana ye kat klia???

hoh ai tak pernah jumpa orang yang begitu clumsy seperti diri sendiri ni.
jadi terpaksa mintak air panas mendidih di kedai minuman untuk sterilize botol

sambil makan makanan ini yang sangat sedappp
























pukul 8.40 malam, bertolak balik miri
sebelum tu sempat mengepam di surau klia
memang sangatlah penat gila seharian meeting, malam fly, oh i hate flying

hmm disebabkan syaura sangat suka kartun Dibo The Gift Dragon
saya cari la patung Dibo di KLCC masa saya sampai malam sebelumnya
Jme kata ada jual kat sana
tapi malangnya Dibo dah habis, jadi beli Bunny aje, lan2 suka Bunny
jadi, sampai je rumah dah pukul 12 tengah malam, tengok2 syaura dah tidur
lan2 terus selongkar beg sebab nak carik Bunny. tengokkk sapa yang lebih2, syaura rilek je tak cari mainan pun
tapi tak jumpa Bunny dalam beg
rupanyaaaa tertinggal satu beg kat airporttttt
inilah akibatnya
pergi KL satu beg, tiba2 balik jadi 2 beg, akibatnya terlupa ambik lagi satu beg dekat conveyor
nasib baik orang MAS tolong simpan
esoknya lepas balik kerja terus ambik beg di airport dan tadaaa Bunny for you, syaura
for being so good when mama's not around, heheh


















































yang penting, susu saya selamat je duduk dalam cooler bag Mum's Little One, dari pukul 4 petang sampai 12 tengah malam. 8 jam jugak tu
ok with the help of Techni Ice..

Friday, October 22, 2010

angry man is a hungry man

ah, sangat suka dengan gambar candid, do I need to elaborate more =p

PETRONAS Miri Openhouse 2010

si tembam ini memang sangat suka makan
sampai sekarang kalau lambat suap, akan mengamuk nganga2 mulut
haih..tak dapat nak tolong, rupanya ikut pangai ai, kalau lapar akan bising hihi malunya
angry man is a hungry man
kalaula contohnya bos2 tengah marah, hidangkan je makanan depan dia, sure akan ok

Sunday, October 17, 2010

Raya 2010 di Rembau [jetlag sungguh]

setelah sebulan beraya, jadi ini ialah gambar raya rembau hohohoho
lagi sepuluh tahun tentu jeles dengan diri sendiri tengok gambar dalam blog sebab dijangka sudah tua dan gemok

raya kedua balik ke rembau, raya ketiga dah berjalan2 di jusco seremban.

on the way ke JJ seremban. syaura sedang saspen mak ina menyakat dia. muka adalah sama. nanti besar dah tau dah muka syaura macam mana

veri sama

syaura melompat2 dengan tok mummy and tok daddy

ok2 tahun depan mesti set tema betul2. selalunya orang baru kawin kan mesti kain sedondon sepapan. kenapa weols tak macam tu. cis mesti ikut trend tu.

syaura adalah sangat ngantuk nak tidur jadi malas nak nengok kamera

ini abah yang ambik gambar. snanye kitorang tukar baju semata2 nak ambik gambar family, sebab raya pertama kitorang takde kat rembau kan.

3 beradik comel

2 beradik comel

syaura comel (sebagai emak, tentulah menganggap anak sendiri paling comel dalam dunia)

menyamar kumbang

syaura yang kadang2 bermuka papa, kadang2 bermuka mama

2 saat kemudian duit raya ini pun masuk mulut

abah yang bizi online


setelah 5 hari di rembau, kami bertolak ke pontian semula..

bai2 ciki

ai sangat berhati2 supaya syaura tak menangkap ciki.
he's not a toy syaura!

bai2 tok andak

bai2 tok induk dengan tok andak

bersedia balik. barang syaura separuh bonet

ok snanya pak andak buat apa tu?

oh.. T_T

hoh penat dah taip caption. temanya adalah upacara bye2 selama setengah jam, syaura nak balik pontian dah

nampaknya sangat gembira dilayan semua orang

si tembam 2 orang

syaura berasa saspen dengan suara garau tak acu

lalu cuba menjauhkan diri sambil buat drama air mata

akhirnya diselamatkan papa. hoho mata merah

bai tok mummy. nanti jumpa kat kedah bulan 12 ok.

bai mak ina

bai tok daddy

ni rambut syaura ye. ai ambik gambar sebelah tangan je hihi.
bai tok mummy lagi. kereta dah jalan pun bye2 lagi. ah semua sedih berpisah dengan syaura. eh syaura je? =p

fuhh 3 jam perjalanan rembau-pontian, nasib baik syaura tidur je. ai berdating-datingan kat seat depan dengan lan2. hoho.
ini gambar lagi 5 minit nak sampai rumah. baru mangun jadi sangat blur.

sampai je pontian, satu family ai berkejaran pergi keluar nak menyambut syaura. fine.

Saturday, October 16, 2010

tips supaya anak tak tantrum nak mainan

supplier gown2 syaura adalah mak mertua ai. kalau nak harapkan omak syaura, memang beli romper dengan jumper je la heheh

kena tiup angin terus bad hair day.
ini gambar minggu lepas


eh kenapa macam free sangat harini
oh maybe sebab lan2 takde, harini dan esok dia pergi offshore
balik malam ni balik, tapi pergi offshore hujung minggu, kesian tau ai kena tinggal, cis2, balik nanti bawak hadiah tau papa

ok jadi kenapa kalau lan2 takde je terus jadi free, serius rasa saspices kat situ
pagi2 pukul 6 ai dah bangun, lepas solat tak tidur dah
pukul 8.30 pagi, syaura dah mandi, ai dah mandi, ai dah breakfast
sebelum tengahari, syaura dah makan, rumah dah siap kemas, bahan2 masak dah siap, tinggal masak aje
semua di atas amat jarang berlaku on time kalau ada lan2
nampak sangat saya ni dependant orangnya, bila kena tinggal macam ni, tau pulak nak buat semua sendiri, huh

ok berbalik kepada tajuk
haritu masa saya lalu depan office bos saya masa balik dari meeting room, tiba2 saya kena tangkap
"za-za, where are you going? come in for a while"
rupanya bos nak tanya apa yang saya buat hari ini
sebab bos dah lama tak masuk office, jadi dia mahu update

ok then lepas setengah jam borak2 pasal kerja, tiba2 masuk topik pasal anak2
bos suka cerita tips pasal menjaga anak dekat saya
satu, maybe sebab dia ada anak kembar yang sudah tentunya menyebabkan dia banyak experience. bukan senang ye ada anak kembar.
dua, sebab bos saya ni suka balance-kan work and personal
kalau time meeting tu, 3 suku waktu akan jadi meeting, suku lagi ialah dia akan cuba menyelami isi hati kami, kalau ada problem ke apa ke

tapi bos tetap bos, ko takkan berani nak borak sangat pasal benda2 personal kan, still ada limitation

hari itu bos bagi tips bagaimana nak elakkan anak supaya jangan tantrum
dia kata, anak2 kembar dia, tak penah tantrum, as in mengamuk kat supermarket bila nak mainan etc2
sebab, dari anak dia baby lagi, dia tak pernah beli mainan depan anak2 dia
tak pernah sekali pun

tapi biasalah, budak2, kalau pergi supermarket mesti nak pergi tempat mainan kan
"mummy2, can I go to the toys' area?"
bos: ok, can, but see only ok?
"ok~"

sebagai seorang emak, hati dia selalu sangat tersentuh bila tengok anak dia pegang mainan yang dia nak tu lama2, tengok lama2
tapi dia selalu keraskan hati tidak membeli mainan depan anak

ok, bukan dia tak belikan mainan langsung untuk anak dia
dia cuma tak ambik dan bayar depan anak

jadi pada satu hari, bos sekeluarga pergi ke brunei
mereka pergi shopping di sebuah pasaraya [hoh sapa yang kaya sangat ni pergi shopping kat brunei T_T]
ada satu mainan terbaru ni, anak dia nak sangat
siap merayu2, "mummy can i have this? please.."
bos punyalah kesian, tapi tetap jugak keraskan hati sambil cuba alihkan perhatian dia ke arah lain
jadi bos pun berkomplot dengan husband supaya bawak anak2 ke tempat lain, sementara dia menyorok2 nak beli mainan itu

bila sampai rumah, baru dia bagi mainan itu
masa bagi tu dia akan cakap "this is a reward for you for being so helpful to mummy this week.."

bos saya cakap, anak dia bila dapat hadiah dan pujian "for being so helpful" tu,
muka dia akan sangat gembira, berseri2 yang sangat happy
"thank you mummy, thank you i love you"

wahh so sweet, bila syaura nak cakap "i love you" pada saya
ni tak, balik2 saya je cakap i love you pada syaura, setiap pagi sebelum pergi rumah babysitter
sambil setiap kali pun ada suara garau jawab "i love you too~~~".
mama cakap dengan syaura laaa papaaaaaa..aaaa

ehem, jadi kesimpulannya, walaupun suka membelikan anak mainan, saya nak try untuk tak beli depan dia
setakat ni pernah sekali aje kot beli mainan depan2 syaura

tapi adakah nampak macam rasuah?
oh tidak, praktis ini akan membuatkan anak sedar bahawa untuk dapatkan sesuatu, kita mesti bekerja keras
sebab akan ada satu point dalam hidup anak kita, bila dah start jadi remaja, masa tu la jiwa dia memberontak kan, ikuttt je kawan, nak itu nak ini, nak handphone mahal, nak ipad
ko ingat omak abah ko kaya raya sangat ye nak apa2, mintak aje
kalau dah biasa dari kecik, nak apa je dapat, dah besar baru nak ubah perangai anak, memang tak dapatlah
sebab itu kena praktis dari baby lagi

sekian, mahu masak ketam lemak cili api

busy forever

terjumpa gajah pink goyang2 punggung di boulevard masa membeli ayam semalam.
nampaknya sangat berminat, tak boleh bawak balik ok syaura


baiklah2 lamanya tak update blog hihi tersipu2
snanye ai sangat bizi kerja ok
matila kena lempang kalau cakap depan bos macam ni

haritu saya ada satu meeting la kan
tiba2 ada satu isu berbangkit
"bos..we're on limited resources now..zizie ezette and ali (bukan nama sebenar) inform they are not able to commit and they also seldom come to meeting.."
bos: why?
"busy"
bos: what? busy? they think i'm not busy hah?
sambil bos beliakkan mata
bos: they think managers are not busy? we are not busy??

erk. ok. baik bos. paham.

jadi alasan busy memang tak logik langsung untuk di bagi pada bos ye.

sama macam masa saya pergi satu "leadership talk" daripada CEO PPM
dia cerita masa dia baru masuk kerja dulu, dalam 2-3 tahun lepas graduate kot, dia involve dalam beberapa projek
tiba2 dia jatuh sakit
bila pergi doktor, doktor nasihat rehat 2 minggu sebab dia kuat sangat kerja dan stress dan perlu rehat
jadi lepas 2 minggu, dia masuk kerja semula
jumpa bos
bos tanya, "kamu sakit apa?"
dia menjawab "stress bos"
bos jawab, "STRESS?? KAMU INGAT SAYA TAK STRESS? SUDAH!"
haha tergolek
dia ingatkan bos nak simpati ke apa ke

rupanya adalah alasan bongok
semua orang stress
it's just how do we manage stress

macam ada satu wisdom word ini

everyone has problem, big or small, it may be similar to yours.
but the difference is how you take it

jadi, bergembiralah walaupun sedang busy atau stress
kalau sedih pun, stress takkan hilang
hehe

ok2 snanye tak update blog sebab busy bermain2 dengan syaura yang busy merangkak laju2 sana sini
weols tidur di ruang tamu sebab air-cond bilik rosak
bangun2 tidur je tengok2 syaura dah hilang pergi ke kabinet tv main2 keyboard laptop yang disimpan dalam laci T_T
main kejar2 dengan dia, tengok2 satu hari habis macam tu aje

SELAMAT UMUR 7 BULAN SYAURAAAA!
Umur 7 bulan dapat hadiah Bunny dari Dibo The Gift Dragon, yay