Saturday, October 16, 2010

tips supaya anak tak tantrum nak mainan

supplier gown2 syaura adalah mak mertua ai. kalau nak harapkan omak syaura, memang beli romper dengan jumper je la heheh

kena tiup angin terus bad hair day.
ini gambar minggu lepas


eh kenapa macam free sangat harini
oh maybe sebab lan2 takde, harini dan esok dia pergi offshore
balik malam ni balik, tapi pergi offshore hujung minggu, kesian tau ai kena tinggal, cis2, balik nanti bawak hadiah tau papa

ok jadi kenapa kalau lan2 takde je terus jadi free, serius rasa saspices kat situ
pagi2 pukul 6 ai dah bangun, lepas solat tak tidur dah
pukul 8.30 pagi, syaura dah mandi, ai dah mandi, ai dah breakfast
sebelum tengahari, syaura dah makan, rumah dah siap kemas, bahan2 masak dah siap, tinggal masak aje
semua di atas amat jarang berlaku on time kalau ada lan2
nampak sangat saya ni dependant orangnya, bila kena tinggal macam ni, tau pulak nak buat semua sendiri, huh

ok berbalik kepada tajuk
haritu masa saya lalu depan office bos saya masa balik dari meeting room, tiba2 saya kena tangkap
"za-za, where are you going? come in for a while"
rupanya bos nak tanya apa yang saya buat hari ini
sebab bos dah lama tak masuk office, jadi dia mahu update

ok then lepas setengah jam borak2 pasal kerja, tiba2 masuk topik pasal anak2
bos suka cerita tips pasal menjaga anak dekat saya
satu, maybe sebab dia ada anak kembar yang sudah tentunya menyebabkan dia banyak experience. bukan senang ye ada anak kembar.
dua, sebab bos saya ni suka balance-kan work and personal
kalau time meeting tu, 3 suku waktu akan jadi meeting, suku lagi ialah dia akan cuba menyelami isi hati kami, kalau ada problem ke apa ke

tapi bos tetap bos, ko takkan berani nak borak sangat pasal benda2 personal kan, still ada limitation

hari itu bos bagi tips bagaimana nak elakkan anak supaya jangan tantrum
dia kata, anak2 kembar dia, tak penah tantrum, as in mengamuk kat supermarket bila nak mainan etc2
sebab, dari anak dia baby lagi, dia tak pernah beli mainan depan anak2 dia
tak pernah sekali pun

tapi biasalah, budak2, kalau pergi supermarket mesti nak pergi tempat mainan kan
"mummy2, can I go to the toys' area?"
bos: ok, can, but see only ok?
"ok~"

sebagai seorang emak, hati dia selalu sangat tersentuh bila tengok anak dia pegang mainan yang dia nak tu lama2, tengok lama2
tapi dia selalu keraskan hati tidak membeli mainan depan anak

ok, bukan dia tak belikan mainan langsung untuk anak dia
dia cuma tak ambik dan bayar depan anak

jadi pada satu hari, bos sekeluarga pergi ke brunei
mereka pergi shopping di sebuah pasaraya [hoh sapa yang kaya sangat ni pergi shopping kat brunei T_T]
ada satu mainan terbaru ni, anak dia nak sangat
siap merayu2, "mummy can i have this? please.."
bos punyalah kesian, tapi tetap jugak keraskan hati sambil cuba alihkan perhatian dia ke arah lain
jadi bos pun berkomplot dengan husband supaya bawak anak2 ke tempat lain, sementara dia menyorok2 nak beli mainan itu

bila sampai rumah, baru dia bagi mainan itu
masa bagi tu dia akan cakap "this is a reward for you for being so helpful to mummy this week.."

bos saya cakap, anak dia bila dapat hadiah dan pujian "for being so helpful" tu,
muka dia akan sangat gembira, berseri2 yang sangat happy
"thank you mummy, thank you i love you"

wahh so sweet, bila syaura nak cakap "i love you" pada saya
ni tak, balik2 saya je cakap i love you pada syaura, setiap pagi sebelum pergi rumah babysitter
sambil setiap kali pun ada suara garau jawab "i love you too~~~".
mama cakap dengan syaura laaa papaaaaaa..aaaa

ehem, jadi kesimpulannya, walaupun suka membelikan anak mainan, saya nak try untuk tak beli depan dia
setakat ni pernah sekali aje kot beli mainan depan2 syaura

tapi adakah nampak macam rasuah?
oh tidak, praktis ini akan membuatkan anak sedar bahawa untuk dapatkan sesuatu, kita mesti bekerja keras
sebab akan ada satu point dalam hidup anak kita, bila dah start jadi remaja, masa tu la jiwa dia memberontak kan, ikuttt je kawan, nak itu nak ini, nak handphone mahal, nak ipad
ko ingat omak abah ko kaya raya sangat ye nak apa2, mintak aje
kalau dah biasa dari kecik, nak apa je dapat, dah besar baru nak ubah perangai anak, memang tak dapatlah
sebab itu kena praktis dari baby lagi

sekian, mahu masak ketam lemak cili api

3 comments:

~lalala~ said...

weh, tips ni sgt berguna dan sgt bagos weh. nnt aku nak amalkan. bile tu tak tau. kekeke

Hannah Johary said...

Ohh I tak pernah terfikir tips ini. Setiap kali pergi shopping center mesti bawa Myiesh pergi tempat toys & tanya,

Myiesh want this?
Myiesh want that?
Myiesh, isnt this cuuuuuutee? Mummy likeeeeee!!

Haha tunggu je time Myiesh dah boleh cakap, memang I lari avoid toys dept sebelum dia guling mintak itu ini. Hahaha!

[Zaza Azlan] said...

intan: eceyhhhh kite tengok eh bila =p

hannah: haha nampak sangat mummy yang lebih2 suka. i rasa myiesh tak kisah pun ada toys baru ke apa ke =p
not now la kan haha