Saturday, December 4, 2010

kucing saspen

pada suatu pagi, seperti biasa bangun awal nak bersiap pergi kerja
syaura pun sudah bangun tersengih2 dalam babycot
jadi bawak dia turun bawah, lalu dia terus berguling2 di comforter sambil memandang luar rumah, pintu tidak tutup
sementara itu saya ke dapur ambil icepack, sambil setiap 5 saat jengah ke depan

5 saat kemudian, bila saya jengah ke depan, saya nampak syaura sedang meniarap memandang luar
langsung tak bergerak
rupanya ada kucing di depan pintu rumah
dan kucing itu sedang bercadang nak curi stokin kerja papa dalam kasut
tapi kucing telah nampak syaura memandang dia
lalu kucing berasa saspen

jadi selama beberapa minit, saya cuma perhati dari pintu dapur, apa yang akan berlaku
akhirnya cuma kucing dan syaura berpandangan sesama sendiri tanpa bergerak
kucing saspen dengan syaura
syaura pula mungkin gembira ada kucing melawat

selepas beberapa minit, kucing cuba menggigit stokin
tiba2 syaura bertanya kucing, 'aaaaa?'

lalu kucing lintang pukang lari

T_T tak sangka kucing kalah kepada budak kecit umur 8 bulan lebih

sebenarnya syaura cuma cuba untuk memecahkan kesunyian dan menjadi peramah kepada kucing
terima kasih syaura sebab menyelamatkan stokin papa daripada dicuri lagi oleh kucing sebelah

birthday party anak jiran depan rumah.
ini mak felix.

ada mak tomi, mak prakash..dan saya ialah mak syaura hehehe. begitulah panggilan dikalangan jiran.


rupa-rupanya syaura lebih mengenali kesemua jiran tetangga berbanding ai

kerana dia sibuk menghulurkan tangan mintak didukung oleh anak2 jiran, contohnya kakak ini.

kak nisa kata, petang2 dia bawak syaura jalan2 main2 dengan anak2 jiran

melompat2 di peha kakak.

4 comments:

Anonymous said...

i menikmati persis bagaimana Anda menerima tingkat Anda sepanjang

~lalala~ said...

weh, kucing ape tu gile curi stokin? ni first time aku dgr. hahaha. fetish stokin busuk!

Juraidah Hashim said...

syaura da kurus ke za?ko soh dia diet ek

[Zaza Azlan] said...

intan: keji punya kuceng kan? habis stokin kena curi banyak ok. lepastu tiba2 muncul selipar crocs sapa tah dia angkut depan rumah

jedah..aa syaura sangat lasakk tak boleh duduk diam. hihi. sebab tu mengurus kot..