Sunday, December 26, 2010

Working At Home Mother wannabe

weekend ini adalah 3 hari sebab cuti krismas
hari kedua di rumah, mula la bosannn duduk rumah je, sambil bagi2 hint beberapa kali kat lan2
lan2 buat2 tidak faham
almaklumlah, dalam apa jua perkara, saya sentiasa berbeza dengan dia
lan2 sangat suka duduk rumahhh..wuhuu

last2, bila kali ke lapan puluh hint 'abang~~ kesian syauraaa..dari tadi dia bising sebab bosan'
padahal syaura cuma tatatatatata
akhirnya 'yela2 jom kita keluar'
yay

mula2 ingat nak bawak syaura mandi manda di taman awam
tapi memandangkan dia tengah selsema 'thanks-to-me', jadi kitorang pergi ke bintang saja
untuk membeli desktop untuk mama wohooo

lecehla buat kerja di laptop, sangat tidak ergonomik berjam2 menghadapnya
baiklah, saya bukanlah seorang yang workaholic gila mahupun dedicated gila buat kerja ye
tetapi bekerja di department saya yang sangat dynamic dan sentiasa deal dengan management, memang selalunya hujung2 minggu pun dikorbankan membuat kerja
balik tengah malam juga adalah biasa
almaklumlah, ada issue sikit, terus 'BPI please form a team to mitigate this problem blablabla', ataupun email pada petang jumaat pukul 7 petang: 'can i have the latest analysis?'

pfffttttttttt sapa suruh ko beli aiponpor, kan dah terpaksa access email office

ok2 ikhlas buat kerja, yang penting hati gembira, ai tadehalll

jadi membeli sebuah desktop
dan gedik2 membuat workstation sendiri di bilik
papa jangan arappp nak main game sini syuhh2 syuhhh hehehe
atas meja ada walkie talkie untuk berborak dengan syaura haha. takdelah, itu kalau in case syaura tidur dan kami berdua di tingkat bawah. brand little bean, tak sampai rm 250 saja compare to brand lain.
eh kenapa tak nampak macam office ni? fine terpaksa beli karpet, rak buku, frame gambar blabla.


dah ada workstation kenalah ada soft board kan untuk letak to-do-list *terpengaruh dengan drama swasta
tapi kenapa penuh gambar


decoration2 itu daripada hasil kerja saya di tadika petronita dulu haha
dan wajib ada gambar syaura
asal ambik gambar je terkujat
cuba duduk diam2 senyum boleh tak


tentang gambar di softboard ini,
masa dekat bintang, ada studio gambar baru di bintang
dari haritu saya dah usya2, nak ambil gambar family
sebab kebanyakan studio di miri ini agak dodgy
macam haritu, lan2 berdiri tegak, saya duduk di kerusi rotan sambil pangku syaura
lalu background ialah tangga menuju ke istana
hahahaha tak boleh blahhh zaman 60-an ok
tapi amik gambar jugak T_T murah..sekeping rm10
saya kan kedekut

ok studio baru ni, moden la jugak, tapi agak mahal, diulangi bagi orang kedekut macam saya heheh
tiba2 di seberang studio, ada kedai mesin ambik gambar
9 keping rm18 saja, jadi terus laju2 pergi situ
ala2 gadis remaja yang ambik gambar dari kamera setinggi yang boleh dengan harapan nampak comel dan kurus sikit kalau ambik gambar dari atas

ok kenapa saya sopan sangat
lain kali mesti ambik gambar2 muah2 lompat2 ala gadis remaja
oh dah tau dah kenapa sopan
sebab ada lan2 T_T

ok2 dah boleh buat kerja dengan bergaya sekarang
OMG tak habis2 tengok gambar sendiri haha jakun gila, tulah masa remaja dulu taknak buat

9 comments:

Cery said...

wahh.cantik gambar2...nak buat mcm tu gak la...hehe..la ni ada dahsoftboard..deco je tak siap2 lagi..hehe

incik said...

comel!
akak rindu meja time study dulu2 tak?
haha..
;)

f a i z a h 's said...

wah2....siap workstation sndirik! pnh gak berangan nk wat satu tp memandangkan lom ada umah sndiri so nti2 la... nk prepare printer n desktop jgk sng skit keje kn? eh zaza nape x wat family fotoshoot jerk? kt tmpt sy ni, ktaorg pnya photografer offer outdoor fotoshoot for 50pcs softcopy gmba dlm rm250 jerk... tp xde album la :)

~lalala~ said...

zaza, kalo ko nk tau, kazen2 aku adelah peminat besaaau syaura weh. kalo ko ckp nk gamba hari tu, kazen yg photographer aku tu mesti bbesar hati nk buat photoshoot ko la weh. hahaha. len kali dtg sini ckp oi... aku drag kazen aku buat photoshoot utk syaura (je). keke. kite blanje la die nasi kandaq, setarbak, sate kajang, dan berbagai lagi.

Mrs Li - Faeeza Yusoff said...

akak, xpyh p studio.posim jee kt umah sdr haa pkai tripod.kami sume posim kt umah,cr dinding puteh jeee,kamera pun pkai yg seploh thn lalu~.ohh,sy laaagii kedekut dr akak tauuu :P rugi ehh bg kt org pitis free ni.ngeee.

Hida Naza said...

ooo..ini lah 'decoration' status kat communicator

kunaz said...

hahaha! stuju dgn dayah. haha! weh ko remind aku zaman utp. dulu suke gedik2 wat gambo sticker gitu ngan capap n ifa. ade 1 tu konon2 jd kaver page magazine, pastu kasi zak (ms tu lom br fresh2 kapel) pastu till now dia simpan. hahaha! weh di manakah lokasi studio tue? sile kasi coordinate gps. haha

[Zaza Azlan] said...

kak cery: aik akak pun buat workstation ke? ala kat kl sure lagi banyak choice benda2 macam ni kan

incik: rinduu!!! dulu lagi gila decorate softboard dgn meja study. setiap tahun tema mesti lain..

faizah: sbb saya takde budget lagi untuk itu. haha. kena planning dulu la kot..sedang berjimat nak pergi somewhere. oopsss haha

intan: kazen2 ko sangat2 happening dengan peramah ok!!!! jumpa2 je haritu terus 'ehh ni syaura kan?' boleh takkk, syaura lagi popular. ok2 nanti aku datang sp lagi yeh =)

faeeza: awak ambik sendiri ke gambar2 tu? biar betul guna kamera biasa je? cantekkk

kak hidayah: salah2..itu sebab saya tengah dengar album yuna =p

kunaz: aku pernah tengok gambar korang tu!! covergirl la ape la kan wahahaha. ala kat tingkat ataas bintang..area2 sony tu ha..luar parkson..

Anonymous said...

http://technologiesuae.com/#pill xanax side effects suicidal thoughts - long pass drug test xanax