Sunday, December 26, 2010

Working At Home Mother wannabe

weekend ini adalah 3 hari sebab cuti krismas
hari kedua di rumah, mula la bosannn duduk rumah je, sambil bagi2 hint beberapa kali kat lan2
lan2 buat2 tidak faham
almaklumlah, dalam apa jua perkara, saya sentiasa berbeza dengan dia
lan2 sangat suka duduk rumahhh..wuhuu

last2, bila kali ke lapan puluh hint 'abang~~ kesian syauraaa..dari tadi dia bising sebab bosan'
padahal syaura cuma tatatatatata
akhirnya 'yela2 jom kita keluar'
yay

mula2 ingat nak bawak syaura mandi manda di taman awam
tapi memandangkan dia tengah selsema 'thanks-to-me', jadi kitorang pergi ke bintang saja
untuk membeli desktop untuk mama wohooo

lecehla buat kerja di laptop, sangat tidak ergonomik berjam2 menghadapnya
baiklah, saya bukanlah seorang yang workaholic gila mahupun dedicated gila buat kerja ye
tetapi bekerja di department saya yang sangat dynamic dan sentiasa deal dengan management, memang selalunya hujung2 minggu pun dikorbankan membuat kerja
balik tengah malam juga adalah biasa
almaklumlah, ada issue sikit, terus 'BPI please form a team to mitigate this problem blablabla', ataupun email pada petang jumaat pukul 7 petang: 'can i have the latest analysis?'

pfffttttttttt sapa suruh ko beli aiponpor, kan dah terpaksa access email office

ok2 ikhlas buat kerja, yang penting hati gembira, ai tadehalll

jadi membeli sebuah desktop
dan gedik2 membuat workstation sendiri di bilik
papa jangan arappp nak main game sini syuhh2 syuhhh hehehe
atas meja ada walkie talkie untuk berborak dengan syaura haha. takdelah, itu kalau in case syaura tidur dan kami berdua di tingkat bawah. brand little bean, tak sampai rm 250 saja compare to brand lain.
eh kenapa tak nampak macam office ni? fine terpaksa beli karpet, rak buku, frame gambar blabla.


dah ada workstation kenalah ada soft board kan untuk letak to-do-list *terpengaruh dengan drama swasta
tapi kenapa penuh gambar


decoration2 itu daripada hasil kerja saya di tadika petronita dulu haha
dan wajib ada gambar syaura
asal ambik gambar je terkujat
cuba duduk diam2 senyum boleh tak


tentang gambar di softboard ini,
masa dekat bintang, ada studio gambar baru di bintang
dari haritu saya dah usya2, nak ambil gambar family
sebab kebanyakan studio di miri ini agak dodgy
macam haritu, lan2 berdiri tegak, saya duduk di kerusi rotan sambil pangku syaura
lalu background ialah tangga menuju ke istana
hahahaha tak boleh blahhh zaman 60-an ok
tapi amik gambar jugak T_T murah..sekeping rm10
saya kan kedekut

ok studio baru ni, moden la jugak, tapi agak mahal, diulangi bagi orang kedekut macam saya heheh
tiba2 di seberang studio, ada kedai mesin ambik gambar
9 keping rm18 saja, jadi terus laju2 pergi situ
ala2 gadis remaja yang ambik gambar dari kamera setinggi yang boleh dengan harapan nampak comel dan kurus sikit kalau ambik gambar dari atas

ok kenapa saya sopan sangat
lain kali mesti ambik gambar2 muah2 lompat2 ala gadis remaja
oh dah tau dah kenapa sopan
sebab ada lan2 T_T

ok2 dah boleh buat kerja dengan bergaya sekarang
OMG tak habis2 tengok gambar sendiri haha jakun gila, tulah masa remaja dulu taknak buat

Monday, December 13, 2010

biskut yang pertama

saya dan lan2 ada sedikit obsession
nak bagi syaura makanan yang fresh sahaja
taknak bagi nestum, heinz, rusk, dan segala sedara mara makanan baby di pasaran
ataupun makanan yang disejukbekukan dalam peti ais

jadi, cuba memberi apa yang terbaik untukmu syaura
beras mesti jenis bario, supaya kurang kolestrol
*pengsan..beras ini sekilo rm 7
masa lan2 pergi offshore haritu, saya cuma kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
tapi syaura punya menu punyala macam2, bubur ayam la, bubur ikan la, puri brokoli la, pisang la..gitu..
bangun awal2 pagi setiap hari, sebab nak masak bubur baby ok, mesti lengkap ada karbohidrat, protein, zat besi segala, waima weekend sekali pun..
diri sendiri makan pukul 10 pagi

ok sekarang pun masih begitu, taktau lah apa yang traumatik sangat taknak kasik anak makan nestum kan, hihi

tapi akhirnya minggu lepas telah terpengaruh dengan biskut bayi jenama milna
**terpengaruh dengan himawari makan biskut ayam T_T
takpe2, syaura dah besar..dah umur 9 bulan..dah ok kot perut dia nak terima makanan kedai..hoho.. omak yang risau terlebih, takut sangat anak makan preservative2 itu
biskut ini perasa pisang dan ada khasiat macam AA, DHA, Iron segala, dan sesuai lah untuk bagi semasa morning break atau tea break, amboi kau syaura macam mat saleh ada tea break
omak kau kalau sempat breakfast pun dah cukup baik ok

sebenarnya, saya nak syaura mencuba semua makanan, sebab saya taknaklah dia memilih..
contohnya kalau tiba2 satu hari saya tak sempat masak bubur, lalu terpaksa bagi makan nestum, tidaklah dia mengamuk kan
mangun tidur mata sembab tak gosok gigi lagi terus kena angkut makan biskut
syaura..mana belajar buat signature L itu.. sibuk sungguh nak posing tangan begitu tiap kali saya snap

first time seumur hidup 9 bulan makan biskut.
nampaknya macam pelik rasa biskut ye syaura, tapi bizinya nengok tv


muka sangat obvious menggambarkan tidak sedap, tapi tetapp kunyah juga, memang dasar telan je apa ada depan mata macam omak eh

walaupun gigi cuma sebatang T_T
tapi bagi dia hisap2 dulu supaya biskut lembut sedikit sebelum dikunyah

menanam biskut di tepi mulut

ok tamat biskut sekeping
. syabas inspektor sahab

Saturday, December 4, 2010

kucing saspen

pada suatu pagi, seperti biasa bangun awal nak bersiap pergi kerja
syaura pun sudah bangun tersengih2 dalam babycot
jadi bawak dia turun bawah, lalu dia terus berguling2 di comforter sambil memandang luar rumah, pintu tidak tutup
sementara itu saya ke dapur ambil icepack, sambil setiap 5 saat jengah ke depan

5 saat kemudian, bila saya jengah ke depan, saya nampak syaura sedang meniarap memandang luar
langsung tak bergerak
rupanya ada kucing di depan pintu rumah
dan kucing itu sedang bercadang nak curi stokin kerja papa dalam kasut
tapi kucing telah nampak syaura memandang dia
lalu kucing berasa saspen

jadi selama beberapa minit, saya cuma perhati dari pintu dapur, apa yang akan berlaku
akhirnya cuma kucing dan syaura berpandangan sesama sendiri tanpa bergerak
kucing saspen dengan syaura
syaura pula mungkin gembira ada kucing melawat

selepas beberapa minit, kucing cuba menggigit stokin
tiba2 syaura bertanya kucing, 'aaaaa?'

lalu kucing lintang pukang lari

T_T tak sangka kucing kalah kepada budak kecit umur 8 bulan lebih

sebenarnya syaura cuma cuba untuk memecahkan kesunyian dan menjadi peramah kepada kucing
terima kasih syaura sebab menyelamatkan stokin papa daripada dicuri lagi oleh kucing sebelah

birthday party anak jiran depan rumah.
ini mak felix.

ada mak tomi, mak prakash..dan saya ialah mak syaura hehehe. begitulah panggilan dikalangan jiran.


rupa-rupanya syaura lebih mengenali kesemua jiran tetangga berbanding ai

kerana dia sibuk menghulurkan tangan mintak didukung oleh anak2 jiran, contohnya kakak ini.

kak nisa kata, petang2 dia bawak syaura jalan2 main2 dengan anak2 jiran

melompat2 di peha kakak.

Friday, December 3, 2010

tidak seronok di waktu rehat jumaat

ok, purata saya update blog ialah sehari seminggu
dan saya baru perasan, majoriti entry saya ialah tentang perkara2 kelakar yang berlaku sekeliling saya, especially syaura

mungkin kerana most of the time, saya cuba untuk lari dari memikirkan perkara2 yang tidak seronok
kerana nature kerja saya sekarang ialah deal dengan orang setiap hari
perangai orang yang lain2, kadang2 memang menyakitkan hati
banyak kali jugaklah, saya sedang marah dan saya type dalam entry
tapi bila habis type saja, marah saya akan reda, mungkin sebab saya dah meluahkan secara tulisan
jadi saya rasa buat apa saya mahu post, buat menyakitkan hati saya je kalau baca semula nanti kan

bagus juga menjadi seseorang yang short term memory ini, contohnya pukul 2 petang bertekak pasal kerja, sampai rasa nak lempang orang itu sebab pendapat yang berlainan, atau suka perli2, atau suka mengarah macam diktator atau menjadi talam dua muka
tapi pukul 4 petang dah berbaik2 dan bergurau senda semula seperti tiada apa2 berlaku
oh adakah itu yang bernama professional atau kerana sudah puas hati melepaskan apa yang terbuku di hati secara shouting at each other?
yang penting, lepas office hour, kalau boleh aku takmau tengok muka ko di mana2 lagi ofismate, sebab nanti aku teringat pasal kerja, boleh?

matila kalau kawan ofis baca belog

*sigh

inilah dia kehidupan, kita takkan dapat semua yang kita nak
my previous company is my safe harbour, but my family was not there
but now that my family is here, i'm sailing away from my safe harbour

ok entry ini langsung tidak seronok, sila jangan baca -_-

Saturday, November 27, 2010

tag mainan

peff ngantuk gila, pukul 3 pagi hapdet blog. baru ingat nak mangun buat kerja, tapi syaura mangun sekali lah pulak. tiba2 selak bumper cot dan panggil 'hehh..hehhh' haha panggil 'mama' la syaura. maaa..maaa.
terus bermain2 dan takde mood kerja =p

jadi tag ini dah berkurun fashya bagi, baru berjaya nak buat
ini syarat2nya, walaupun saya bukannya boleh ikut syarat2 sangat


Syarat-Syaratnya....

1) Terbuka kepada semua bloggers di Malaysia..
Bagi bloggers yang dok overseas, boleh join gak... tapi mesti ada alamat kat Malaysia(tak kira umah mak ker atau sebagainya)

2) WAJIB jadi follower Dilazfamily
dan mesti letak blog dilazfamily kat bloglist anda utk update hadiah

3) Mesti dan wajib buat satu entri pasal Contest ni..
Jangan lupa letak banner (Qistina) tue kat dalam entri & sidebar blog anda..
WAJIB ada link back ke entri nie tau..

4) Upload hanya SEKEPING gambar BABY AND TOYS mereka..
(Terbuka kepada Baby berumur dalam lingkungan 0 hari - 5 Tahun)
Tak kesah samada Baby itu anak anda @ anak sedara @ anak jiran....

5) Sila nyatakan sekali Nama Baby dan Umur Baby...

6) Akhir sekali, tag 2 rakan anda...lebih lagi baik
( kawan anda mesti tahu yang dia ditag tau)

7) Complete semua, tinggalkan komen di entri ini...

Hadiah untuk Pemenang:
Bear dan Pin Kartun (Comel tau)

Pemenang:
2 Orang pemenang (Baby Lelaki dan Baby Perempuan)
(Dipilih secara cabutan bertuah oleh QISTINA)

Tarikh Tutup :
30 November 2010

ini anak dila..sudah besar..

ini baru anak ai..
Nama: Syaura Azlan
Umur: 8 bulan++
sedang berlakon main Dibo the Gift Dragon [akhirnya ada stok dibo di klcc haritu yeahhhh]


hakikatnya ialah bila dapat mainan terus cari label dulu T_T

label di montot Bunny

eh dah lari syarat, patutnya upload sekeping je. tapi takpe, gambar dua tu back up, lagipun itu hakikat sebenar syaura bermain

seronoknya tengok gambar baby2 bersama mainan. jadi saya bercadang nak tag:

1) Mama Suna [nak tengok mainan2 baby alyaa humaira hehe. ah betul ke eja nama.]
2) Kak HidaNaza [haritu terserempak kak hidayah shopping mainan secara besar-besaran. macam best je. hehe. kak hidayah jarang upload gambar najah. upload 10 plis.]

*matila dah dekat dateline baru nak tag orang

Sunday, November 21, 2010

selamat umur 26 tahun papa

mengangnya terlupa nak update pasal birthday lan2 27 oktober lepas
almaklumlah hari birthday lan2 adalah hari pertama dia ke offshore haritu
jadi takde surprise2 party semua, walaupun adik2 ipar ai yang comel ada cadangkan celebration2 mengarut contohnya pasang papan tanda happy birthday depan rumah.
sebab saya merungut, malas dahh nak buat surprise pada abang sekarang..abang dapat detect dahh

kenapa kena update? supaya boleh jadi rujukan tahun2 depan, jangan beli hadiah sama
serius tak tau nak bagi apa dah, haritu pun puas ai mintak pendapat orang2 sekeliling, tapi last2 beli benda lain jugakkk last minute
jadi ini ialah hadiah dari syaura. testing2 sambil tengok kartun dibo. budget boleh dengar la tu. haha. habis penyek pipi bambam.

headphone sony untuk papa pakai masa main game di laptop.
headphone sekarang cap ayam dan sudah rosak. haritu syaura dengar papa merungut headphone mahal sangat lalu kedekut nak beli.

early birthday party papa di pizza hut saja..mama belanja pizza yang ada 10 jenis cheese itu.
syaura baru mangun tidur.


takmau duduk dalam car seat dan baby seat sebab konon2 nak tengok pemandangan luar.


padahallll baru lapan bulan, berangan duduk sendiri okay. bagus2, you're confident syaura! lepastu tepuk2 meja, nasib baik tak tepuk pizza T_T kelamkabut alihkan semua makanan sebelum rasakse kecik terbalikkan meja T_T


mama bagi set comforter ini hahaha. papa kan die hard fan chelsea. nasib baik tema bilik adalah biru. kalau merah, i terpaksaaa beli MU tau papa.
comforter yang sangat2 comfortable padahal ai gamble je beli online. macam taknak bangun bila tidur.


dan spek baru untuk papa, spek lama dah tak berapa ok. nampak matured sikit tak papa. kalau tak, karang macam haritu orang tanya "lan, itu anak ke adik". cis.

happy 26th birthday papa, we love u. the end.

Saturday, November 20, 2010

littlewhiz.com saleee

littlewhiz.com sedang sale.
nanges T_T baru je beli botol tommee tippee baru yang berharga rm 50
eh ada botol brand Momma yang macam besttt

Sunday, November 14, 2010

when papa's not around

tapi lan2 sudahpun balik ke pangkal jalan
16 hari duduk tengah laut, sampai rumah terus jetlag 2 hari
jadi ini koleksi gambar2 semasa ketiadaan papa

orang nak ambik gambar candid, tapi nampak je camera terus sibuk nak posing.
ini adalah dia stop main, senyum, lentokkan kepala dan tunggu sampai saya habis snap gambar.
ai rasa sebab time peknen ai asyik nengok America's Next Top Model.

lecehnya susahla nak ambik gambar candid macam ni

kemudian, hujung minggu yang pertama lan2 tiada, saya berasa bosan lalu ajak syaura berjalan2 di bintang mall.
naik kereta je tido, dah turun pun tido lagi.
dan time nak tido mesti ada pacifier untuk menenangkan diri. kalau tak, rasa tak selamat mungkin.

sebelum tido ada di rumah, bila mangun, tadaa di McD. nasibla dapat omak yang suka berjalan gini.


Parkson Mother's Room untuk berehat2. syaura paling suka handbag


weekend yang kedua, saya terpaksa pergi ke office buat kerja sebab pada minggu depannya, seminggu saya tak masuk ofis sebab ada training dan meeting di kl
kena angkut lagi, pagi2 dah pergi ofis. saya amik gambar kat trafik light ok, terasa comel tengok muka berkerut sebab silau cahaya matahari pagi

takde maknanya nak buat kerja kat ofis kalau macam ni gayanya
terus save semua file dan bercadang buat kerja di rumah sahaja. cis.

veri bizi

mainan mama kat ofis



syaura dah start bosan ai asyik ambik gambar je

dia tengok muka ai lama2.
ai rasa dia tanya dalam hati "tadi pagi bukan ke membebel kat papa, ada banyak kerja bla2 bla. tapi kenapa datang ofis ambik gambar je"

ahh fedap

sebelum mengamuk, baik bawak balik rumah

jadi saya terpakasa buat kerja bila dia dah tido saja iaitu waktu malam sampai subuh T_T hohoho
esoknya hari ahad, saya tinggalkan kejap syaura kat babysitter masa saya pergi office. tobat dah tak bawak.

satu pagi, saya suapkan bubur pada syaura
kemudian pergi ke dapur selama beberapa saat untuk ambik air
tiba2 terdengar bunyi macam orang siram air
saya terus berlari ke depan dan sempat nampak syaura sedang menjirus bubur ke karpet T_T
lagi buat muka tak bersalah
mama saja je ambik gambar2 bukti ni semua tau syaura, nanti senang buat montage kawin

ko tau lah kan, bubur punya stain memang susah gila nak tanggal
kena pulak karpet yang berbulu2 miau
betul lah, bila dah jadi emak ni, kesabaran memang tahap dewa
sabar2..sambil mengemop


Tuesday, November 9, 2010

the scariest training ever

harini hari kedua saya pergi kursus helikopter terbalik, ok2 nama sebenar ialah BOSET
yela before pergi offshore naik chopper, haruslah pergi training dulu kan
in case ada emergency kan senang
so pagi tadi trainer itu tunjukkan video2 helikopter terhempas
terus rasa down satu pagi

tengahari ini long break, jadi sempat balik rumah
lagipun tempat training itu di dalam taman perumahan saya je

so petang ini ialah acara kemuncak iaitu praktikal
ianya akan berlaku di sebuah kolam renang sedalam 4 meter
mula2, kena masuk dalam helikopter wannabe [haha kesian helikopter. snanye helikopter tiruan ok]
lepastu helikopter akan ditenggelamkan sepenuhnya dalam air, dengan kitorang2 sekali hidup2..cis..
kemudian helikopter akan diterbalikkan
so after helikopter terbalik, kitorang kena melepaskan diri keluar lalu tingkap dan pergi ke permukaan air

pengsan
wish me luck today T_T

yeahh..esok papa balik

Monday, November 8, 2010

hari2 yang gelap (disertai lagu kekasihku di menara)

hari ini hari ke-12 dah, lan2 pergi offshore tak balik2 lagi..
rasa macam dah berminggu2 je
sob2
kata pergi seminggu je, tapi dah nak 2 minggu dah ni papa
janji manis tau, tak baik tau, macam budak sekolah bercinta janji manis

maybe hari rabu ni baru balik
itu pun sebab saya kena pergi KL hari khamis ni, so syaura takde sapa jaga, kalau tak, mungkin lan2 balik lambat lagi sikit

3 hari pertama, takut, risau, rasa sebatang kara semua ada, macamla tak pernah kena tinggal kan
tak berani tulis dalam belog, takut encik perompak baca yang saya tinggal sorang2 hahaha

so when lan2's not around
everything messed up
the first day lan2 ke offshore, i experienced the worst day in my whole career life
and the next2 day, macam bertimpa2 malang tidak berbau telah menimpa saya
and the problem is, i'd prefer not to share it with anyone except to my husband, because only he knows ways to calm me

before this, kalau sedang sangat2 tensen kerja ke, kena tembak time presentation ke
terus on the spot saya boleh luahkan kat lan2
makan lunch sama, terus ok lepastu, eh padahall tadi before lunch,sikit punya down la

hari2 lan2 call dari laut, hari2 email2 jugak..
hari2 saya hantar gambar syaura, update pasal syaura dah pandai itu dah pandai ini,
until one day lan2 kata "nanti mama email gambar mama pada papa boleh.."
oo rindu za jugak eh =p

jadi saya dah pandai jaga diri sendiri ok
first time buang sampah
first time basuh pinggan pagi2
dah lama saya tak sidai baju
dan vakum lantai juga, jadi semua pun saya terpaksa buat lah
gila keji, baru perasan semua first time, sebab lan2 tak kacik saye buat =p

hari jumaat last week, saya kena pengerusikan satu meeting
dan saya sangat serius masa tu sebab stress kerja multitasking sangat gitu..
tiba2 salah seorang ahli meeting kata "zaza..zaza janganlah stress, rasa lain tengok zaza stress macam ni.."
terus dalam hati saya macam "oh, this is sooo me in previous company"

di abf, saya = stress, sebab masa tu sedang single, jadi kononnya sangat dedicated la kerja sampai termimpi2 buat design projek ok
bila datang miri, adalah sangat tidak stress
asyik bergembira
saya tak perasan pun yang saya gembira
not until kawan saya bagitau
"macam mana ye, tak nak stress. tengok zaza happy je tak pernah stress"
dan lagi sorang: "ko macam tak pernah stress je, because you always smile"

thank you thank you, pandai ai berlakon
tapi sekarang tidak lagi
stress sudah terlukis di mukaku

it is not good, i know, being too dependant to him like this
but it's partly his fault, for pampering me too much =p
so for this period of time, i'm practising myself, slowly, hopefully, to be less dependant

dan hari ini hari ke 12, saya dah biasa dan tak takut sangat
walaupun rindu dalam hati taktau nak cakap macammana
and every single night, i never missed dreaming of him..

nasib baik ada budak kelakar ini pengubat lara hati
yeahhh dah boleh tocang rambut~

pagi sabtu lepas, lepas solat subuh dalam pukul 6 pagi gitu, saya tak tidur dah.
jenguk syaura kat babycot, dia tengah nyenyak tidur, pagi pun gelap lagi.
saya terus browse2 internet
tiba2 terdengar suara budak kecik ketawa
KUSSS SEMANGATTT KOOOO
terperanjat gilaaa saya, berderau darah.
bila toleh, rasa nak gugur jantung bila nampak:

sedang tersengih tunjuk muka celah2 tiang.
syaura..bila masa mangun T_T tadi bukan tidur ke..
rupa-rupanya excited sebab bila berjaya selak bumper cot, terus nampak mama. itu yang ketawa tu.
lain kali jangan buat mama terperanjat gini okay. bangun pagi sila bagi salam dulu