Thursday, April 29, 2010

pengalaman sedih hari ni

ah, sejak balik miri last week, telah menjadi superwoman
masa kat johor punyala pemalas mengharapkan mak buat semua benda
dah balik miri, pandaila pulak buat kerja2 rumah & jaga baby sendiri kan =p

tapi hari ini adelah hari paling frust dalam dunie

lan2 akan balik lunch setiap hari [snanye balik tido]
so saye akan masak2 lah kan, kot2 dia lapar bolehlah makan

disebabkan ada cik syaura, saye akan masak sambil berlari
means, setiap 2 minit akan berlari ke living room nak tengok syaura ok ke tak [padehal most of the time dia akan rilek je, either tengah tidur or maen sorang2 kat playgym]
tak habis lagi keobsessan saya rupanya

hari ini saya masak ayam berempah dan ayam paprik kelantan yang sangat sedap
kali ni sambil masak sambil google resepi kat internet

lan2 balik pukul 12 tengahari lalu tido dengan syaura
pukul 1.20 petang lan2 muncul kat dapur sambil dukung syaura, syaura merengek sebab baru mangun
bagus ye cik syaura, kejut papa mangun
1.20 pm tu dah lambat nak masuk kerja ye, terlebih tido nampak
tapi disebabkan saye dah beriya2 masak, lan2 pun bersetuju nak makan lunch walaupun dia dah brekfast tadi

ambik pinggan dari saya
bukak periuk nasik
tutup balik periuk nasik dengan cepat sambil senyap

dengan pantasnya saya dapat mengesan puncanya

'papaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..mama lupa tekan suis nasik yeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! aaaaaaaaaaaaaaaa soriiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!'
dengan suara very high pitch

sendiri lupa, sendiri mengamuk
orang yang tak dapat makan tu cool je
lalu husband saye pegi keje tanpa makan lunch

T_T veri bad housewife

3 comments:

f a i z a h 's said...

ahaha :D zaza, sy pn penah berhadapan dgn kejadian sedemikian... mmg mcm frust sgt...diri sndiri lak sdeh...xpa, pasneh beringat2.. :P

Unknown said...

jamie malas log out lagi..cam biasa:

haha...comeynya! takper...aku pun selalu cam tuh...tp sempat la sedar selepas setengah jam gitu.

aku pun bad wife gak..rini guling2 malas sambil berdialog "tghari ni lunch sardin ngan telur je la kay".

sendiri suggest sendiri setuju..haha

[Zaza Azlan] said...

faizah: hehe frust gile2 kan...nak tunggu masak dah 20minit ish ish

jme: guling2 malas sambil berdialog "tghari ni lunch sardin ngan telur je la kay" sambil mencekak lengan nasir. kan2?? nacer pun dengan pucat lesi kata okay. karang kene masak sendiri pulak kalo kata tak okay.

heee..pandainya ai buat skrip keluarga jme