Monday, June 28, 2010

syaura learns to squeal

syaura belajar squeal okay hari sabtu lepas
sangat high pitch suara dia [uuu tatau la ikut perangai sapa =p]
maybe dia baru discover peti suara boleh buat macam2 function kot =p
so seharian dia squeal sekuat2 hati dia
memang bising gila lah satu rumah

lepastu dah asyik squeal dengan bercakap, jadi asyik hausss je la mintak susu
lepastu sambung jerit lagi

saye call nak borak2 dgn along and mak saya pun, suara dia sangat bising sebagai background

sekarang dia sudah bangun tengah malam ok, mintak susu
ohh..zaman tidur nyenyak sampai pagi dia dah berakhir
sekarang akan bangun malam 2 kali
tapi instead of nangis mintak susu, dia akan squeal squeal squeal aaaaa aaaaa eiiikkkkk mintak susu
punyala memekak memang tak tahan la dengar kang jiran sebelah ingat kitorang dera anak pulak =p

akhirnya petang semalam saya dengar lan2 nasihat dia
"syaura, budak perempuan tak boleh jerit kuat sangat tau, kena behave"
wahahaha saya terus gelak kui3 kat syaura sebab kena sound dengan papa =p

syaura diam
lepastu sambung squeal balik

T_T

waaa lepas ni apa pulak perangai dia ehh

disamping itu dah berjaya discover bahawa tangan itu boleh dibawa ke mulut. asyik suka mengunyah tangan lalu pacifier dilupakan. macam habis madu sepah dibuang

Sunday, June 27, 2010

cerita tentang 6 jun 2010 lagi


cerita ini dah lama, lebih kurang 2 minggu lepas
tapi saye tetap nak tulis dalam blog
supaya bila dah tua nanti boleh ketawa2 bila ingat balik

tentulah peristiwa pada 6 jun 2010 - our wedding anniversary
flight ke miri pukul 3 petang, tapi pukul 12 kitorang masih berparti2 lagi di rembau
so sampai LCCT adalah sempat2 je, pukul 2 petang ok
berlari2 saya dukung syaura pergi kaunter check in, walaupun dia tengah tidur dalam kereta masa tu
sangat cuakk ok terlepas flight, sebab harga tiket kali ni RM2500 ok!! kalau terlepas memang saya nanges forever

bila dah lega2 selamat check in, intan pun datang..yeahhhhh
masa tu lagi seminggu je dia nak bertunang dengan certain someone dia tu
padahal kitorang dah lama saspek adelah padel..keh3

congrates tan2 and del2...

intan, masih huha2 seperti dulu
sama macam masa saya first jumpa dia waktu hari pertama di UTP
jiran depan bilik
oh kenangan sungguh

dunia ni sangat kecik kan tan2
dulu kita jiran depan bilik
sekarang ko tunang dengan roomate lan2 kat utp dulu

oh baru perasan, apsal ko tak datang wedding aku haaa

and auntie intan bagi syaura hadiah ini~

saye pulak rasa nak melompat2 tengok paperbag PONEY tu
sebab selama ni masuk kedai cuma mampu tengok2 je, MAHAL OK
BEST GILAAA DAPAT SWEATER DENGAN KNITTED HAT!!! [perlu ke capital letter]
sebab saya memang sangat2 suka knitted2 things, kalau pergi Yik Fong kat ipoh nun, ada satu kedai jual barang knitted yang saye sangat suka
and memang saye tengah mencari2 sweater untuk syaura ok, selama ni tak jumpa size kecik untuk rebit kecik tu
fuh nasib baik ai tak beli yang besar tuh haritu
tq auntie intan, sob2, maknye pulak yang over excited

then, setelah gediks2 amik2 gambar, muah2 kat mak, amai, ina, mimi, abah [sedihhhhhh..dah seminggu duduk ipoh jalan2, akhirnye berpisah..sob2 rindu dah..] weols pun masuk balai berlepas
tiba2!!! syaura yak2!! padahal masa tu dah keluar announcement kena naik plane dah
saya pun berlari2 pergi toilet setelkan syaura
nasib baik ramai orang queue
punya la banyak dia yak2 sampai kena kat seluar
anddddddddd saya lupa bawak seluar spareeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!!!!!!!!!!

akhirnya syaura naik plane pakai baju dengan pampers saja, tak pakai seluar T_T

ai dengan lan2 buat2 muke professional harap2 orang ingat syaura pakai romper

then, bila plane start engine, syaura tiba2 merengek
bila stewardess buat announcement je, dia terus meraung
meraung, bukan setakat menangis
dari volume 1 ke volume 10

tapi saye try rilek2, tenangkan diri, sebab kalau saya panik, lagi lah baby panik kan
kan ada 6th sense gitu
tapi syaura tak henti2 nanges
nanges macam baru lahir
mulut nganga besar gila
air mata meleleh2
ai rasa satu kapal terbang tengok ai

puasla pujuk, bagi cucu, pacifier, dukung2, baring, semua dia tak mau

tiba2 announcement habis, and tiba2 syaura burp
then dia berhenti nangis dan diam

kemudian tanya, 'aaaa...aaaa..aaaaaa?' sambil angkat2 kening

serius, saya dengan lan2 macam nak tergolek
wakakakkaka kitorang sangat gelak gila2 punya gelak
hampehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

so what's with the tantrum just now????

lepastu dia buat macam biasa je 'aaa..aaa..aaa gugugugugu aooo oooo'

fuhh..legaaa..
ok tak kisahla

then ada announcement lagi
and dia meraung lagi T_T

saya jeling lan2 dan kata 'lepas ni takmau pergi jalan2 lagi!'
of course lan2 akan tersenyum2 dan kata 'ok~~~'
[sebab dia memang suka duduk rumah je, ai yang asyik gedik nak melancong]

sepanjang kakak stewardess tu buat announcement, sepanjang tu la syaura meraung

bilaa nak habis announceee
syaura berhenti nangis lagi bila habis announcement and bila saye hampir2 je bersumpah takmau naik kapal terbang lagi

and.. bila saya angkat kepala tengok depan, ada someone depan seat lan2 sedang jeling saya dengan mata yang tajam
then dia toleh depan balik dan sambung tidur, as in baby saya mengacau dia tidur lah kan
rasa nak sepak je orang itu
adekah dia tak pernah ada anak?
ingat saya biar je ke anak saya menangis?
kalau rasa nak aman damai naik kapal terbang, sila naik MAS business class
tak pun naik jet sendiri
nak lagi senyap, sila tidur dalam keranda

huh, habis dah marah

after 2 hours, kitorang pun sampai di miri..
bila kapal landing, syaura meraung lagi..

sangat sedih dan kesian tengok dia nangis macam tu
macam kena dera

puas saya peluk2, tapi dia taknak berhenti nangis
berdebar2 sangat dada saya
bila dah turun kapal baru dia senyap..alhamdulillah..
and bila naik teksi nak balik rumah, dia tidur dengan nyenyaknya
saya pun tak tahu, apa yang dia takut sangat
sebab walaupun umur dia baru 3 bulan, dia dah naik flight 6 kali dah
selama ni ok je, ni first time saya tengok dia menangis macam ni sekali..

mak saya kata, syaura dah besar, dia dah faham..
so dia ketakutan kot dengar bunyi enjin bising or suara pramugari kat speaker tu..
wallahua'alam

yang penting, baru saya sedar yang syaura ni sangat kecik untuk dibawa melancong sana sini
serius, umur dia baru 3 bulan kot

and as a consequence, kitorang telah batalkan segala plan pelancongan. konon2 nak bawak syaura gi disneyland la kan haha hampeh
balik raya je sudah!
the end

Sunday, June 20, 2010

selamat hari papa 2010

happy papa's day, papa
i love you

hadiah sama besar dengan diri sendiri

gapo nengok2

gift revealed!!~~
papa sangat terharu tau syaura, sikitt lagi nak nanges, wahaha. syaura very sweet buat surprise

ternganga tengok ai gelak2 amik gambar

syaura sangat terpegun bila dengar suara saya bising2 gelak2 after lan2 usik 'ooooo mama beli hadiah senyap2 yeee. ni hadiah dari syaura ke dari mama'
za2: mana adaaaaaaaaaaaa~~~ alaaaaa abang niiiiiiiiiiiii~~syaura yang beli sendiriiiiii~~~~ hadiah syaura laaaa~~~ hahahahahhaha [high pitch]

so syaura sangat excited terus melonjak2 ketawa2 jugak
adekah ai dah jadi idol dia?
ehem, kena behave sikit lepas ni

yesterday syaura got her 3 month's jab so we've to monitor her temperature
sangat concentrate mengepit thermometer celah ketiak
sudah, mama kata sudah syaura. dah lebih 1 minit!

and today is her first day with her bib
kena pakai bib after belajar menyembur2 air liur harini
bukan salah ai~~ ai cuma puff2 kat perut gemok dia. tak sangka dia tiru ai tau abanggg

Saturday, June 19, 2010

lan2 yang suka bola

a'ah sekarang tengah world cup kan
sebagai isteri kepada seorang peminat bolabolabola
saya mengucapkan "ok abang, see u after world cup" kepada lan2
tau dah for sure sebulan nih dia bizi gilaaaa tengok bola, cisss
abah mertua saya pun dah cakap siap2 "nanti zaza masak je sup bola kat lanlan" [erk abah pun panggil lanlan??]
of course husband saya hanya akan tersengih2 seperti buat2 tak faham dengan perbualan2 di atas

dengan sweetnya jugak saya telah bagi hadiah ini untuk our 1st anniversary
sweet tau sweet. sila cakap ai swit

bukan senang tau saya nak beli
dah la tak tau hapa pun pasal game
saya cuma tau game pac-man je, itu pun yang paling basic dalam dunia, pac-man makan kacang lepastu kalau langgar hantu dia mati
haritu saya mintak lan2 upload game pacman dalam nintendo dia, tapi dia upload pacman yang lukis2 lepastu lawan2 pedang. down...mana saya reti main
akhirnya saya cuma main kucing lumba basikal dengan arnab
mesti lan2 gembira sebab saya tak berjaya konker nintendo dia

ok berbalik kepada beli game fifa world cup tadi
kebetulan pada suatu sabtu, lan2 kena pergi offshore
so inila peluang saya nak keluar beli hadiah dia, kan saya suka buat surprise kan hehehe
tapi ada rebit kecik ni
lari rebit lari~~~
hoho adekah tengah mimpi lumba lari dengan kura-kura?


ok2 get serious. hihi. bukan rebit, tapi cik syaura
puff main air liur

macam tak konfiden je nak keluar 2 orang je dengan dia, kang dia menangis dalam kereta kang habisla saye
so saya ajak tpot sekali keluar, dengan baby adri sekali
sebab kebetulan husband dia, jagung, pergi main badminton kat borneo game kat labuan
hoho best jugak bila girls2 je keluar ni. tapi akhirnya 2-2 berpecah sebab adri main lari2, syaura cing2, adri nak main bola kat marrybrown, syaura nak minum cucu bla3 last2 omak eh tepaksa shopping lain2

masa saya nak beli game ni, sangat nerbes tau. 2-3 hari dah research kat internet berapa market price, macam mana nak tanya tauke game pasal game, bukan main beli je bla2
last2 disebabkan dah research dah tau banyak pasal game nih, saya melepak lama gila kat kedai tu siap beramah mesra dengan tauke kedai, dengan bini and cucu dia yang baru umur 4 bulan pun keluar dari dapur kedai borak2. huh

bagus syaura teman mama beli game yeh. nanti besar boleh lawan bola dengan papa

syaura sangat behave haritu, kat rumah tadi punyalah menjerit bosan 'aaaahhhh!!!'
sekali dapat keluar, senyappp je, 5 jam ai dengan tpot shopping, dia rilek je tengok lampu sana sini sambil mulut 'aaa aaa aaa aooooo ooo aooooo' bila dah penat, tidur je dalam stroller
gitu..
rupanya ikut genetik omak suka jalan2

ehem, lan2 of course la suka dapat hadiah game kan
game PS3 pulak tu, bapak mahal
ada tak sesapa yang berjaya nak crack game ps3 [wow pandainya saye tau game ps3 takde yang pirate lagi]

akhirnya jadual bola lan2 bertambah disebabkan saye
balik kerja tengok bola pukul 7.30 malam
sementara nak tunggu bola pukul 10.30 malam, dia main game bola yang saya bagi tu T_T
lepastu pukul 2.30 pagi ada lawan bola lagi

apasal waktu siang afrika selatan bersamaan waktu malam malaysia?
bila world cup nak buat kat indon ke, singapore ke??
supaya bola LIVE time orang semua kerja ngahahahaha cadangan keji

so memang betullah kan, see u after world cup
sebab malam2 saya and syaura tidur pukul 8, memanglah tak sempat nak borak2 dengan lan2
pagi2 terkejut2 'eh, abang rupanya. long time no si'

begitulah cerita bola

Saturday, June 12, 2010

parti anniversary

hoho gila ah saya ni pun unromantik juge, dah seminggu baru nak wish
HEPPIII ENIBERSERIII ABANGGGG~~~ [high pitch]

on the 5th June 2010, petang tu ambik adik lan2, amai dekat kolej lagenda, mantin, then terus balik ke rembau sebab esoknya adalah flight kitorang balik ke miri..sob3

pak amai yang sangat happy2 dapat jumpa syaura..
oh..amai rambut baru. and then dia kata ada orang mistakenly ingat dia adalah ariel peterpan =p


sampai rembau dah pukul 8 malam
penat sangat2 ok sebab seminggu ni asyik berjalannn je
miri - kl - ipoh - cameron - kl - rembau

ok bila sampai rembau malam tu, of course semua orang tak tidur terus
sebab kampung lan2 ni amatlah meriah
walaupun cuma ada induk, pak andak dan acu
tapi diorang sangat happening bila jumpa adik beradik
tambah pulak tengah malam tu, along and the family pun balik kampung..lagilah meriah ramai2 macam raya pulak

oh ye disebabkan syaura anak orang kaya, ai dengan lan2 dapat tidur dalam bilik yang ada aircond huh

masa tu ai dah ngantuk, tapi nak jugak tunggu 12 tengah malam hehe nak sambut anniversary tau

tiba2 jam dah 12 tengah malam
cik syaura pun dah tido
so ai dengan lan2 berdating2 dalam bilik, sweet2 wish hepi eniversari sayang, hepi eniverseri abang, bla3 iloveyou bla3 bla bla blaaa ucapan anniversary sweet2 konon

tiba tibaaaa
TOKK TOKK TOKKKKKKK [pintu kena ketuk dengan kuat]
kitorang terperanjat beruk tau, sampai melompat bangun terus
macam kena serbu dengan pegawai pencegah maksiat okay

rupa-rupanya bila bukak pintu, ohhh ina & amai, adiks2 ipar ai hohoho
kitorang terus buat muka professional ala2 takde benda berlaku, hohoho lagi
diorang nak bagitau dah tengah malam, so adalah besday abah harini, so mane hadiahnye?

oh ye, harini adalah besday abah juga T_T

kitorang nak buat surprise kat abah la, bagi hadiah GARMIN

abah tersipu2 malu ok masa bukak hadiah ni, siap pura2 tanya "what's this? what's this? how to use it?"
sambil muka sebenarnya sangat happy la kan

yo lah abah ni asyik sesattt je tau
lepastu asyik print out google map siap2 before pegi jalan2 =p

ooo kitorang adik beradik je yang buat2 malu2 bagi hadiah surprise kat abah
mak metua saya dah tido siap2 "ha? besday abah kan sekarang? you all bagi lah hadiah mak nak tido"
gitu..tak romantik tau mak

habis bukak hadiah dah pukul 1 kot
dah, takde masa nak sambung sweet dahhh..tidur aje lah esok nak balik dah

eh, motip cerita berjela2?

so esoknya, tengahari kitorang buat birthday party untuk abah, sekali birthday party induk jugak, sekali dengan anniversary kitorang jugak. nakk jugak tumpang sekaki
birthday boy. kantoi umur atas kek

happy birthday to you abah and induk..

happy anniversary to papa n mama syaura.
syaura tutup mata masa ambik gambar, genetik siapa haaaaaaa
ai sempat berlari masuk bilik grab selendang lalu berlari keluar balik supaya boleh ambik2 gambar. yay

masa ni kena paksa suap-suap kek tauuuu maluuuuuu siap kena sorak lagi suruh pandang2 mata lan2

abah dengan mak pun kena suap-suap gak
notice muka abah yang dipaksarela tu. awww

romantik dari awal kahwin lagi tau. i adore them

love them sooo much. seminggu bercuti dengan my in laws. bila balik miri sangat rindu kat setiap seorang T_T

ehem parti habis pukul 12.30 tengahari. flight pukul 3 petang. pukul 1 petang baru nak bertolak ke LCCT nasib baik tak kena tinggal flight..

Friday, June 4, 2010

tentang bunga di cameron T_T

suatu tengahari di kea farm, cameron highlands

za2: abang, banyaknya mungeee, bestnyaaa
lan2: a'ah banyak bunga kat cameron..

then,

za2: cantiknya bungaaaa..bunga ros ni cantik~~
lan2: cantik..

kemudian:

lan2: sayang, nah [menghulurkan jagung rebus 2 cawan]

T_T

akhirnya sampai ke sudah ai tak dapat munge
veri unromantik tau..menci menci menci ihetyu ihetyu sambil pukul2 dada =p

nampaknya memang sangat innocent tak paham2 hint ai tau
bagi ai jagung je supaya boleh makan
memang seorang yang praktikal dari dulu lagi

yela2..munge tak boleh makan..

tapi walau macam mana pun saye takkan mintak secara direct =p
macam tak best je kalau dapat bunga or apa2 barang kalau saya yang mintak, heee

tapi akibatnya, mungkin takkan dapat munge forever la T_T
[sambil makan jagung]

but these are the little imperfections that makes him perfect for me
=)