Sunday, August 29, 2010

makanan pertama seorang baby kecit bernama syaura

si cepet

akhirnya kitorang decide nak bagi caurara makan sebelum umur 6 bulan
iaitu minggu lepas, 18 August 2010 masa umur 5 bulan berapa minggu ehh, eh rupanya 5 bulan seminggu la..
sebab macam dah kelaparan sangat la saye nengok
malam2 bangun berapa kali ntah nak minum susu
lepastu opkos mak abah saya dah bising2 apsal tak bagi syaura makan lagi, kesiannnn cucu kesayangan dey ols huhuhu
kemudian sekali masuk tangan dalam mulut adalah 2-2 belah, siap bunyi "chup chap chap", macam sedap je tangan tu
babysitter saya pun cakap bahawa syaura sekali minum 5 oz dah
hoh terkejut saya dengar

dengan symptom2 di atas, memang confirm la dah kelaparan
jadi terus pergi kedai membeli blender bahagian atas je
mesin dia boleh guna mesin blender bawang saya je
almaklumla kedekut nak beli philips baby blender

jadi sebelum berumur 6 bulan, kena bagi makanan satu rasa sahaja ye
samada bubur kosong blend saja, atau puri buah saja
puri buah pun kena buat sendiri sebab yang kat kedai tu ada bahan pengawet
organ baby tak cukup develop lagi untuk proses bahan pengawet, gula dan garam itu
not until 2 years old..

dan boleh bagi 2-3 sudu sahaja setiap hari
kan baru nak try2, tak bolehla bagi semangkuk terus
terkejut perut dia karang, sakit pulak

menu ialah bubur kosong blender~
nanti bercadang nak bagi puri carrot dan buah-buahan jugak

next month baru ada lauk ok miau kecit

saya start bagi hari rabu, sebab baru beli blender hari selasa.
petang rabu gigih balik kerja awal sebab nak masak bubur
sebab saya nak rasmikan bagi makanan pertama syaura
takmau babysitter rasmikan hehehe
saya nak tengok expression muka dia, mesti lawak punya
sebab dulu masa dia umur 30 hari gitu2, abah saya pernah lalukan buah anggur kat bibir dia
so dia buat muka berkerut yang sangat lawak ok, sambil mulut "chap chap chap" rasa anggur tu, masam ke pelik, saya pun tak tahu

saspennyaaa nak bagi mamam
masa mula2 nak suap, tak sempat sampai mulut, dia dah tepis sudu
hampeh habis comot dah

kali kedua suap, lan2 pegang 2-2 tangan dia
berjaya masuk mulut
lalu "chap chap chap" buat muka berkerut pelik yang sangat lawak hahahaha

kemudiannn terus nganga2 mulut nak lagi T_T
rupanya kuat makan, genetik omak jugak
sedang bizi mamam plis

esoknya bawakkan sebekas bubur blender ke babysitter
kak nisa cerita kat saya yang syaura tersedak
sebab kak nisa baru habis suap, dia dah nganga nak lagi
rupanya cik syaura adalah tak telan bubur tu, dia simpan kat pipi T_T
saye memang saspek selama ni dia simpan susu dalam pipi sebab tu bambammmmm
penat kak nisa ajar; lepas suap, telan dulu syaura, baru mintak lagi
hahaha
misteri pipi bam2

dia memang jenis yang tak sabar bila bab makan nih
weekend lepas saya suap dia jugak
habis je satu suap, dia nangis sambil nganga2
setiap kali lepas suap dia akan nangis sambil nganga2
ai macam 'syaauraaa telan dulu makanan..'
tapi pedulikk, nangis jugak nakk mintak suap lagi, sampai mangkuk tu pun dia gigit
padahal lan2 dah pegang dia kuat2 dah hohohoho

pening ai

akhirnya bila kartun DIBO the gift dragon muncul kat tv baru dia terlupa tentang makanan

sudu tommee tippee ini akan berubah kaler kalau makanan panas

Friday, August 27, 2010

baju kurung syaura disponsor oleh katak

yeah..setelah memekak sana sini bahawa takde baju kurung untuk syaura
akhirnya isnin tengahari kakak ai telah talipon dari jusco bahawa dia tengah nak belikan baju kurung~
sebab tetiba kat jusco ada jual baju untuk 4-8 bulan ok..

eh along tak keje ke, hehe tetiba
ok2 dia pergi check-up terus dapat MC, almaklumlah syaura nak dapat sepupu dah yay2

tapi dia pun tak sure syaura muat ke tak baju tu
as in, tak muat sebab macam kecik je baju tu sebab dia tengok gambar syaura, dia kata macam da gemok je
snanye along tak paham ke, syaura memang fotogenik gemok dalam gambar
padehal cuma pipi je tembam di alam nyata
huh
jadi sehelai thai silk oren itu berharga less than RM50 yayyy lagi
disponsor oleh katak tercinta
hoho itu bukan typo, ai memang panggil dia katak
for being the mongok-est kakak in the world

this is the evident
bila nengok balik, rasa macam nak sepak sampai berjoget
masa ni syaura baru umur 30 hari lebih kot.
ini lah akibat kalau tak pernah ada anak sedara.
sepanjang hari dia mengacau syaura ok. cuma berhenti time nak makan or tido or benda2 wajib lain je. sebab tu syaura dah terlalu biasa dan terlalu ngantuk sampai time tidur pun dia tak kisah kena cubit pipi, kena cium2, kena kejut2 'syauraaaa..mangun2~~~ asyik tidooo je~~' PADAHALL DARI TADI TAK DAPAT TIDUR SEBAB KENA KACAU
geramnya rasa hati ai

mak bapak sedara yang sangat first time ada anak sedara

boboy yang extra penyayang tapi sangat penakut nak angkat syaura dari tilam
terus tak berani bergerak kalau dukung syaura
masa tu kan syaura kecit sangat lagi dan sangat rasa fragile

Saturday, August 21, 2010

sabtu yang hujan dan lengang

oh ai berasa agak bosan harini
ada 2 orang yang sedang nyenyak tido meninggalkan ai terkontang kanting seorang diri main internet
harini keluar sekejap untuk mencucuk syaura sempena 5 bulan
kemudian membeli kamera untuk hadiah harijadi mak 4 bulan lepas. hoho lama gila menabung.
kemudian memandangkan laptop sudah tak betul kerana sudah tua, lan2 membeli laptop baru bergambar buah epal
snanye ada cerita tak best semasa pergi mencucuk syaura di miri city medical centre tadi. tapi sekarang malas nak tulis karangan.

ini gambar takde kena mengena dengan tajuk.
masa bukak puasa di pizza hut. weols merasmikan pizza hut yang dah berpindah ke outlet baru kat bintang. syaura bam2 sedang membaca buku


sangat kusyuk membaca sambil takmau tengok kamera. sedapnyaaa pizza pepperoni cheesy lava extra cheese pulak tu. siti situ sana cheese.
menci tauu menci gigi ai dah jadi yebit semula. apa gunaa pakai braces dulu. cisss

ini pun situasi lain. hoho. budak kecit yang menyemak nakkkk jugak main intenet. bisingnyaa. memang diva kecit.
ini laptop yang sudah jatuh ditimpa tangga tu.

oh malunya tengok video diri sendiri sedang belajar bergolek. sudah2 nanti mata rabun tgk lama2

Thursday, August 19, 2010

zaza berpuasa sebagai seorang mommy

eh harini dah hari ke 8 berpuasa eh, cepat gila tak sempat ai nak update blog pasal puasa ish2

jadi ai telah berjaya puasa selama 7 hari hohoho
satu hari tak berjaya iaitu hari kedua puasa
masa tu dah pukul 5.30 petang
baru balik kerja
syaura nak minum susu
tapi ai rasa macam nak pensan dah masa tu
pening kepala, gelap mata, tak larat, semua ada
jadi terus capai susu dutchlady coklat kegemaran ai lalu berbuka
walaupun waktu berbuka di miri ialah pukul 6.40 petang iaitu tinggal sejam je lagi
rasa macam kalau tak berbuka tu, mungkin ai pensan time tu jugak

rupanya penat berpuasa masa breastfeed baby adalah lapan kali penat puasa time pregnant ok

tapi kak laila baru je pesan kat ai
Allah dah bagi kelonggaran untuk ibu2 menyusukan bayi untuk berbuka jika perlu
jadi tak perlu nak memudaratkan diri
jangan pulak semata2 malas nak ganti puasa karang, paksa jugak diri untuk berpuasa walaupun tak larat sangat2
ai pun takut kalau ada side effect yang lain =)

saya pun cuak juga before puasa, takut2 kalau bekalan susu merudum
takut letih sangat2 ke

jadi saya pun membeli performance drink dari kak laila..
saya start minum masa hari kedua yang saya tak puasa tu la
sebab saya rasa masa tu saya dehydrate kot tu yang pening2
mane taknye, lepas berbuka pukul 8 malam terus tidur sampai sahur,memang tak sempat nak minum air banyak2
alhamdulillah sejak tu saya rasa ok, dah tak berapa letih
yang penting bertenaga sepanjang hari, boleh meeting sana sini, jalan sana sini
tak macam first day puasa, pucat lesi, pening, nak tumbang la. hoh lembik macam sotong

cuma now waktu malam je saya tidur awal, sebab bila lepas buka terus rasa letih yang sangat2
sebab saya minum performance drink tu masa sahur je
sepatutnya masa berbuka pun kena minum jugak la kan

jadi untuk berbuka terpaksa menapau lauk
untuk sahur je ai masak

tapi susu memang agak merudum pun
sekarang sehari dapat 16 oz gitu untuk 3 kali pam, compare dengan 18-20 oz dulu
sebab saya stop makan supplement itu sejak saya diserang gastrik haritu kerana makan pedas sangat, jadi sangat takut perut tak boleh terima benda2 aneh yang lain
tapi terima kasih to encik gastrik teruk yang datang selama 2 hari dan membuatkan ai makan bubur kosong je, ai berjaya mengurangkan lagi berat badan wuhuu
ok2 esok start makan supplement semula
jadi untuk topup susu syaura, saya menggali deep freezer lebih sedikit
lagipun kena habiskan EBM stok bulan 5 yang tak habis2 itu huhu

sekarang pulak tengah mencari2 baju kurung raya kaler pink2 merah untuk syaura
tapi malangnyaaa semua size setahun ke atas..sob3

ok, selamat berpuasa untuk semua, lap yu muah2
harini ai berbuka GCB yang sangat2 sedap itu
sanggup balik tepat pukul 4 petang nak pergi McD punya pasal

Wednesday, August 18, 2010

ai trauma berpantang tau

masa cuti sekolah bulan 6 haritu mak saya datang
sebab rindu ya hamat kat cucu sulung seorang, sanggup tinggalkan abah ai 2 minggu sebab nak datang miri =p

so mak duduk kat bilik tingkat bawah rumah saya
satu hari, saya tumpang guna toilet bilik bawah

bila guna toilet tu, tiba2 perasaan trauma itu datang balik
trauma ok, bukan trauma sebab bersalin, tapi trauma sebab berpantang ish2
sebab masa saya bersalin, saya guna full epidural, so 6 jam after bersalin baru hilang kesan epidural tu
bila hilang je epidural, nurse suruh bangun dan jalan pergi toilet untuk tukar pad
so adalah rasa pedih2 sikit ok
waa ngerinya bila ingat balik

so bila balik rumah, of course saya berpantang and duduk kat bilik tingkat bawah tu
setiap hari pun ketakutan nak pergi toilet
sebab still akan rasa pedih2 tu, up until hari ke 15 kot
bila fikir balik, pedih sikit2 je, bukan sakit pun, tapi saye kan saiko, tak tahan sakit, ciss
so sehari saya pergi toilet 3 kali je ok, sanggup tahan ok
masa tu doa banyak2 supaya tak kena batu karang =p
hadoilaa..

lagi satu sebab kenapa saya trauma berpantang adalah sebab saya ambik makcik tukang urut yang supertraditional
makcik ni part urut best la
tapi dia punya pantang ialah saya hanya boleh mandi sekali sehari selama 15 hari
itu pun dia yang mandikan
yang tak tahan, lepas mandi dan berurut, dia akan sapu perut saya dengan ramuan kunyit campur ape tah
lepastu balut dengan daun mengkudu yang dilayurkan kat api
lepas tu pakai bengkung tradisional yang sangat ketat kat dunia supaya perut jadi kempis dan ramuan2 tu tak terkeluar
bau daun mengkudu and kunyit tu..fuhh sampai sekarang teringat2 betapa kuatnya. sangat tengik, hangit, hampeh dan yang sewaktu dengannya

so 24 jam ye saya pakai set bengkung bersama ramuan tu selama 6 hari
sepatutnya 8 hari
tapi masuk je hari keenam, saya pecat makcik tu hoho hover gila ko ingat ko bos?
tak2, saya cakap elok2 saya takmau berurut dah =p
sebab saya dah tak tahan
gatal sangat2 kat tempat yang dia sapu ramuan tu [kat sekeliling perut]
rasa macam kerengga merayap2 kat perut and belakang lepastu kerengga tu gigit2
of course la kan, kunyit memang tujuannya untuk mengecutkan
so bila perut muncit mula mengecut disebabkan nyunyit, adalah giler gatal
gatal sangat sangat sangat sangat [taktau dah nak describe macam mana]
sampai menangis2 saya tahan, nak garu tak boleh
tu yang tak sampai 8 hari je dah pecat makcik =p

lepastu disebabkan effect epidural tu jugak kot
badan sangat la lenguh2, mengeliat sana sini pun still lenguh
lenguh yang sangat sangat sangat sangat rasa macam nak smackdown supaya hilang lenguh
setengah2 orang takkan dapat simptom ni, tapi saya dapat..huhu

lepastu sebab ape saya sangat tertekan masa pantang ialah sebab kebetulan, platform yang lan2 jaga tu tengah major shutdown masa saya baru lepas deliver syaura
so lan2 kena pergi offshore setiap hari, sejak hari kelima saya bersalin
diulangi setiap hari termasuk sabtu ahad
sepatutnya tidur kat platform, tapi sebab saya baru deliver, lan2 tak sanggup nak tinggalkan saya, so lan2 akan ulang alik setiap hari ke platform
setiap pagi bangun pukul 4.30 pagi bersiap sebab bot bertolak pukul 6 pagi dari wharf
naik bot sejam setengah baru sampai platform
then sampai rumah selalunya pukul 10 malam dan sangat2 penat
so saya dapat jumpa lan2 sekejap sangat2 sebelum dia tidur, penat ok, esok nak bangun awal lagi
sangat tertekan
sampai satu hari ahad tu, dia mintak untuk tak pergi platform, so tpot terpaksa ganti dia sebab masa tu saya dah tengah depress sangat2
walaupun masa tu family mertua saya ada kat miri jaga saya, tapi saya still sangat perlukan husband saya ok

eh abah mertua ai baca tak blog ni hehehe ina jangan bagitau abah ok malu ai

so itu saja la cerita berpantang ai yang tak besh
lepastu rasa pelik, asal orang lain berpantang rilek je gembira2 tulis blog siap lumur minyak gamat satu badan?
lepastu macam faeeza boleh pulak terus bercita2 nak anak kedua wahahaha

hmm nanti bila saya pergi lagi toilet tu dan tak teringat dah kisah2 time pantang tu, mungkin itulah masanya untuk saya berfikir untuk dapatkan anak kedua kot =p
ini..13 march. ohh hari ketiga lepas deliver. eh asal hepi ngat. oo sebab member2 dari bintulu datang melawat ai~

hoho masa lahir sebijik muka papa

ini dah hari ke 25 rasanya. si sepet. kalau mata sepet ke atas ialah tanda tido nyenyak.

syaura sangat banyak gambar kelakar dan dia memang kelakar pun, sangat banyak expression muka. no wonder tok induk kata dia ni penggelak orangnya karang

sangat manja dengan tok mama time pantang. dengan ai tak begitu pun tau masa tu. jelesssss..
ini sedang mengadu ape tah. bukan nangis pun. tunjuk muka cebik je. lepas kena pujuk olololo terus ok. cis.

just before bercukur iaitu hari ke 30

after cukur. mungkin sangat mengang rambut dah tade

jadi terpaksa pakai headband supaya ai tak menyampah bila orang tanya ni baby laki ke pempuan. macam HELOO DAH TENTU PAKAI PINK BUNGA SEGALA OPKOS LA BABY GIRL. Hoho ibu berpantang yang emo.
ini ialah on the way nak cucuk2 umur sebulan

Sunday, August 8, 2010

hari jumaat yang taknak diingati

oo akhirnya berakhirlah hari yang tidak dinanti-nantikan lagi mengerikan
ini berkaitan dengan entry sebelum ini
snanye saya kena organize sebuah workshop bersama seorang lagi kawan office
workshop itu bukan workshop biasa
dia punya aktiviti, saya dengan kawan saya ni brainstorm sendiri, dengan pertolongan tambahan dari kawan2 office yang lain
saya dengan dia kena jadi lead facilitator
participants pula dari engineer hinggalah ke manager
dan tajuk workshop pula lebih kurang macam ni lah
'sila datang ke workshop ini kerana saya akan menolong anda menyelesaikan masalah anda'
ok2 tipu, snanye tajuk mestilah formal, tapi maksudnya lebih kurang gitu lah

ibarat macam, saya seorang budak tingkatan 1
organize satu workshop di mana participant adalah guru2 dan pengetua2
saya kena mengajar diorang bagaimana mahu debottleneck dan improve markah2 ujian budak2 sekolah tu
gilo...

kenapa ai masuk department ini..wai...waiiiiiii

saya nak duduk rumah diam2 je boleh tak, jaga syauraaaa

ingat senang ke jadi facilitator
adalah lain dari membentangkan paper
kalau present paper, ko dok bercakap sorang2 je kat depan baca slide
kalau jadi facilitator, slide adalah sangat minimum, ko kena interact dengan participant dan bersedia untuk ditembak dengan soalan bertalu2 dimana kalau tak reti jawab pun, kena buat2 pandai jawab
jika tidak, akan ada orang2 kerek sound begini 'hoh what's the use of attending this workshop, even the facilitator cannot answer our questions, then how can she assist us?'

jadi workshop ini dah membuatkan saya balik kerja pukul 11 malam hari khamis lepas hanya untuk preparation
lan2 jaga syaura, tidurkan syaura
saya balik sangat rinduuuuu..terus kejut dia, dukung2 muah2 tanya rindu mama tak bla3 walaupun dia muka sangat mamai, lagi bertanya, 'ta?'
oo 'dia' itu adalah syaura ye, bukan lan2 muahahha
tido version senget. bila ntah belajar berpusing?

esoknya pukul 7 pagi saya dah terpacak kat training room tu nak sediakan props semua
sungguh tak cukup tido

oh takmau ingat lagi lah kejadian workshop ini
sangat memalukan
pagi je saya jadi lead facilitator kejap, bila petang menjelma, saya dah amat stuck, saya merayu2 kat bos yang baru sampai dan tak tahu hujung pangkal, 'bos, please help me to lead the session, pleaseeeeee.....' sambil buat muka shrek mintak simpati
kalau dia tak datang, memang saya nangis kat situ jugak

tekanan sungguh, lagipun ini adalah first time saya jadi facilitator..

petang tu lepas workshop, ada dry run untuk staff townhall hari isnin depan
saya kena jadi emcee
terus saya rasa senang gila jadi emcee ni, confident gila naik atas pentas setelah mengalami bahawa jadi facilitator adalah sangat dasyat susahnya

ceh exaggerate sungguh
ok2 tengok topik dan participant jugak =p
kalau bukan manager2 yang dalam workhop ini, tentulah saya tak tekanan sangat kot =p

baiklah saya memang tabik2 sungguh pada semua manusia yang bergelar facilitator di muka bumi ini
jadi jangan kutuk2 workshop orang ok, bukan senang nak conduct workshop sendiri

nasib baik kawan2 sedepartment sangat2 supportive dan membantu T_T tq~~~ i lappp yu guysss

ini bos kedua ai. sangat mongok. sedang berusaha mengeluarkan angin dari bola selepas habis workshop.
oh ye kitorang guna bola exercise ni sebagai tempat duduk so sume orang boleh have fun, tak perlu skema2 duduk kat kerusi.
tapiiii kitorang lupa nak keluarkan kerusi dari bilik. sudahnya separuh2 je yang duduk atas bola..

bos sedang buat lawak bola. tak guna punya bos.
oo bola tu kalau baling kat kepala tak sakit sangat pun. mereng saje. kalau ada bos macam ni, memang rasa nak baling dengan bola.

Thursday, August 5, 2010

ihetyu, orang

suatu masa dulu
elok2 kerja dengan equipment
tapi taknak

nakkkk jugak kerja dengan orang

sekarang dah kerja deal dengan orang
baru paham

equipment rosak boleh ganti
equipment rosak boleh repair
kalau rosak rosak rosak lagi, boleh sepak sambil marah2

tapi, tidak dengan orang
cuma boleh sepak dalam hati

lagi2 apabila skop utama kerja ialah 'change management' iaitu kena ubah mindset orang

kalau, selama ni kita biasa pakai jam tangan kiri, tapi sekarang kena ubah pakai jam kat tangan kanan sahaja
susah kan, ambik masa kan untuk biasa dengan perubahan tu
lagi2 kalau orang lain yang suruh kita berubah

ai adalah umpama 'orang lain' itu

haihh tak sangka akan ada entry berbaur tekanan sekarang

Wednesday, August 4, 2010

coklat paling sedap dalam dunia

kenapa saya baru tau bahawa coklat daim adelah coklat paling sedap kat dunia

down..
peff memang sedap gila, sekali makan adalah 5 bijik non stop

saya kenal coklat daim ni sejak utp lagi
sebab pada satu hari, ada seseorang bagi saya coklat daim
tapi saya ni loyal orangnya, kalau makan cadbury, cadbury saja lah saya makan, takde maknanya nak makan coklat lain
lagipun packaging daim tu sangatlah tak menarik, nama pun macam buatan malaysia cap ayam punya
so saya simpan seketul daim tu beberapa minggu jugaklah

tiba2 satu hari saya test nak makan daim itu
bila saya makan
uwekkk terus luahkan balik sebab rasa sabun fab

sejak itu, bagi saya, daim = rasa sabun

then, kebetulan sejak masuk utp, bilik saya dekat dengan bilik chica
sebab dia orang langkawi, so dia macam sentiasa ada stok daim ni

tiba2 ada equation baru, daim = chica
tapi, daim = sabun tetap tersemat di hati

setiap kali masuk bilik chica, mesti akan ada seketul dua daim atas meja
takpun sampul coklat daim
setiap kali dia offer, saya akan menolak
and orang2 lain pun akan hairan sambil kata, haaaa?? ko tak suka daim?? daim sangat sedap??

ceh apa yang sedapnya coklat perasa sabun

so benda ini berlaku beberapa tahun, sejak 2002 sampailah sekarang

tiba2 masa bulan 5 baru ni, officemate saya yang ramai2 balik dari labuan sempena Borneo Game bawak balik daim banyak2 dan letak dalam ofis

saya test satu
ehhh sedap gilaaa
ambik lagi dan lagi dan lagi sampai hampir habis satu plastik
dan baru tau coklat daim ini adalah imported dan mahal gila
oo selama ni ai berlagak dengan coklat mahal

sejak hari tu, saya akan makan daim bila ada orang bawak
tapi kat miri takde jual
so masa pergi kl baru2 ni
saya telah beli 2 PLASTIK DAIM OK lalu makan sorang2 dalam masa seminggu
lan2 dapat rasa seketul je
pergi ikea pun makan kek daim~

kesimpulannya dah tau seketul daim tu rasa sabun, cubalah lah carik penyebabnya
tak mungkin coklat rasa sabun
mungkin daim tu terkena sabun sebab saya dok bawak kehulu kehilir berminggu2 tak berani makan

saye telah membazir 8 tahun ok, tak makan daim

oh
ai memang macam tu
bila terkena sekali, ambik masa untuk lupakan

jadi jangan kenakan ai ok
including encik coklat juga

Tuesday, August 3, 2010

you are my only exception

bila masuk blog Ummiku Sayang
akan nampak quote ini

'Anak-anak mudah dididik jika ibu bapanya berkasih sayang'

saya selalu teringat2 quote tu

rasa sangat perlu diingat
rasa sangat betul

syaura selalu akan tersenyum2 ketawa2 kalau lan2 usik2 saya sampai saya menjerit
kalau saya berborak2 gaya romantik2 dengan lan2, syaura akan pandang saya, pandang lan2, pandang saya [ikut turn sapa bercakap] sambil senyum2
maybe baby sekecik itu boleh merasa aura berkasih sayang
atau maybe dia gembira dengan keadaan rumah yang riuh rendah
atau tencen, kenapala mamapapa asyik dating cakap 2 orang jeee =p

ok2 divert back

perkara macam ni, apatah lagi budak2 yang dah besar yang dah faham
kalau makbapak bergaduh depan mereka, ape perasaan mereka
nak ke mereka mendengar kata kalau makbapak pun tak tentu hala

semoga syaura akan menjadi anak yang mendengar kata, amin..
semoga saya dan lan2 kekal sebagai suami isteri yang bahagia, amin..

sebab, tiba2 pagi tadi dengar lagu ini lalu berasa tersentuh

ini la contoh2 yang akan berlaku jika ibubapa tidak berkasih sayang

Paramore - The Only Exception

When I was younger
I saw my daddy cry
And curse at the wind
He broke his own heart
And I watched
As he tried to reassemble it

And my momma swore that
She would never let herself forget
And that was the day that I promised
I’d never sing of love
If it does not exist

But darling,
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception

Maybe I know, somewhere
Deep in my soul
That love never lasts
And we’ve got to find other ways
To make it alone
Keep a straight face

And I’ve always lived like this
Keeping a comfortable, distance
And up until now
I had sworn to myself that I’m
Content with loneliness

Because none of it was ever worth the risk

trauma
sampai ke besar panjang
kesian kan

Sunday, August 1, 2010

kenapa nama syaura

bila panas kena pakai topi ok. thanks auntie intan bagi topi pada syaura =)

sejak sebelum kawin lagi ai dah dapat instinct bahawa anak first adalah anak perempuan
so dah sedia nama siap2
iaitu insyirah - kelapangan hati

tiba2 setelah pregnant, saye mendapat tahu bahawa kereta myvi oren cze adalah bernama insyirah
cess..terus kensel nama itu
karang teringat kereta cze pulak kalau nama anak saya insyirah

iye, criteria utama saye untuk menamakan anak ialah saya takmau bila saya panggil nama dia, saya terbayangkan orang lain atau kereta lain wahaha
jadi saya nak cari nama yang takde kaitan dengan family saya, atau sedara mara saya, kawan2 saya atau kereta kawan2 saya

lagi satu, saya nak nama yang ringkas, so that boleh panggil nama penuh sekaligus, supaya maksudnya kekal di situ

bila tanya lan2, dia suka nama Aishah
baiklah, memang nama itu sedap, tapi ada 1 trillion umat manusia yang saya kenal bernama aishah T_T

bila ai tanya kakak ai pulak iaitu along
dia punya suggestion sangatlah bombastik
irdina sofea la, ape la
macam nama artis ok
tettt REJECT

so nak menyetelkan keadaan, supaya 2-2 sependapat kes untuk menamakan anak, seperti biasa, saya la buat research, beli beberapa buku nama2 anak
lalu saya buat satu list nama yang saya berkenan
lalu lan2 kena pilih salah satu
biasala, saya kan planner orangnya
masa ni, dah 5 bulan pregnant, so dah tau dah bakal dapat anak perempuan

berikut adalah list itu

hasya - kesempurnaan [tapi macam nama kakak ai pulak, iaitu fasha]
humairaa - kemerah-merahan [panjang sangat, karang orang shortkan jadi aira or maira pulak]
nuha - cerdik [macam nama anak Anwar Ibrahim. Karang terbayang muka dia pulak =p]
nufa - yang sempurna tinggi dan kecantikannya [karang orang panggil nupa?]
zalfa - kulit mutiara [saya sangat suka nama ni. tapi maksudnya agak biasa je]
raisya - pemimpin raja [ok yang ni pun macam fasha]
raiqa - murni [lan2 tak berapa berkenan]
qisya - kehidupan yang baik [yang ini pun saya suka. takpelah, anak akan datang =p]
syaura - cantik

jadi lan2 adalah paling berkenan dengan nama syaura
so pemenangnya, sudah tentulah syaura azlan =p
macam smart kan, nama seketul macam tu je hehe

lagipun mak saya sebagai seorang cikgu sekolah rendah pernah cerita bahawa murid2 kat kelas dia sekarang semua nama panjang2 susah gila nak tulis dalam buku kedatangan
hehe
ada sorang tu, budak darjah satu
nama dia muhamad aiman samting samting samting samting bin samting
panjang gila
dia tak ingat nama penuh dia pun, last2 time ujian dia letak nama aiman je wahaha
jadi pengajarannya jangan letak nama anak panjang2 nanti cikgu pening
kad pengenalan pun tak muat =p

sebelum kitorang betul2 decide nak ambik nama syaura tu, kitorang tanya dulu ustaz, betul ke maksudnya cantik
so ustaz tu pun confirmkan..maksud syaura ialah cantik dan lawa
tapi saya tak letak word lawa tu sebab lawa dalam bahasa sarawak ialah sombong hihi

jadi sejak itu kitorang panggil baby dengan nama syaura, walaupun dia dalam perut lagi
beli pun baju2 pink semua
confident sungguh baby perempuan
bila syaura keluar je, kelam kabut saya tanya doktor, boy or girl
nasib baik keluar perempuan, kalau keluar lelaki, lan2 terpaksa pergi shopping baju biru on the spot hehe

budak pompuan berwajah ai bermata papa