Thursday, August 19, 2010

zaza berpuasa sebagai seorang mommy

eh harini dah hari ke 8 berpuasa eh, cepat gila tak sempat ai nak update blog pasal puasa ish2

jadi ai telah berjaya puasa selama 7 hari hohoho
satu hari tak berjaya iaitu hari kedua puasa
masa tu dah pukul 5.30 petang
baru balik kerja
syaura nak minum susu
tapi ai rasa macam nak pensan dah masa tu
pening kepala, gelap mata, tak larat, semua ada
jadi terus capai susu dutchlady coklat kegemaran ai lalu berbuka
walaupun waktu berbuka di miri ialah pukul 6.40 petang iaitu tinggal sejam je lagi
rasa macam kalau tak berbuka tu, mungkin ai pensan time tu jugak

rupanya penat berpuasa masa breastfeed baby adalah lapan kali penat puasa time pregnant ok

tapi kak laila baru je pesan kat ai
Allah dah bagi kelonggaran untuk ibu2 menyusukan bayi untuk berbuka jika perlu
jadi tak perlu nak memudaratkan diri
jangan pulak semata2 malas nak ganti puasa karang, paksa jugak diri untuk berpuasa walaupun tak larat sangat2
ai pun takut kalau ada side effect yang lain =)

saya pun cuak juga before puasa, takut2 kalau bekalan susu merudum
takut letih sangat2 ke

jadi saya pun membeli performance drink dari kak laila..
saya start minum masa hari kedua yang saya tak puasa tu la
sebab saya rasa masa tu saya dehydrate kot tu yang pening2
mane taknye, lepas berbuka pukul 8 malam terus tidur sampai sahur,memang tak sempat nak minum air banyak2
alhamdulillah sejak tu saya rasa ok, dah tak berapa letih
yang penting bertenaga sepanjang hari, boleh meeting sana sini, jalan sana sini
tak macam first day puasa, pucat lesi, pening, nak tumbang la. hoh lembik macam sotong

cuma now waktu malam je saya tidur awal, sebab bila lepas buka terus rasa letih yang sangat2
sebab saya minum performance drink tu masa sahur je
sepatutnya masa berbuka pun kena minum jugak la kan

jadi untuk berbuka terpaksa menapau lauk
untuk sahur je ai masak

tapi susu memang agak merudum pun
sekarang sehari dapat 16 oz gitu untuk 3 kali pam, compare dengan 18-20 oz dulu
sebab saya stop makan supplement itu sejak saya diserang gastrik haritu kerana makan pedas sangat, jadi sangat takut perut tak boleh terima benda2 aneh yang lain
tapi terima kasih to encik gastrik teruk yang datang selama 2 hari dan membuatkan ai makan bubur kosong je, ai berjaya mengurangkan lagi berat badan wuhuu
ok2 esok start makan supplement semula
jadi untuk topup susu syaura, saya menggali deep freezer lebih sedikit
lagipun kena habiskan EBM stok bulan 5 yang tak habis2 itu huhu

sekarang pulak tengah mencari2 baju kurung raya kaler pink2 merah untuk syaura
tapi malangnyaaa semua size setahun ke atas..sob3

ok, selamat berpuasa untuk semua, lap yu muah2
harini ai berbuka GCB yang sangat2 sedap itu
sanggup balik tepat pukul 4 petang nak pergi McD punya pasal

3 comments:

Hannah Johary said...

Kurung memang size setahun adalah yang paling kecik. Yang I cari lah.

But muat kot. Ada try kat fitting room? Hihi.

f a i z a h 's said...

eh ada sy terjmpa utk bb 3-6bln...Japanese cotton....tp mahal giler...spsg rm105... uhuhu....mcm xsanggup nk bli je sbb kejap je nk pakai...silap2 masa ari raya nti je...pastu da malas nk pakaikan...hu

[Zaza Azlan] said...

hannah, syaura sangat petite. pipi je kembung. jadi mesti tak muat baju kurung setahun tu..if myiesha muat kot? and lagipun kat miri ni sangatlah takde choice. i suruh my sis tolong belikan kat jb tapi tak dapat try lah..=)

faizah, mahalnya baju kurung kecit je pun. aaaaa. baik beli rompers comel2 kat mothercare at least rm100 dapat 2 huhu. aisya pakai baju raya apa this year?