Friday, July 23, 2010

bilakah syaura patut makan?

hmm memang tak boleh kena tegur kot budak kecit syaura nih
walaupun tegur dalam blog =p

baru je tulis dalam blog,
siang hari minum 18 oz
dan2 last week jugak tiba2 dia cuma minum 9-12 oz sahaje
fuhh cuak2..babysitter dia kata maybe sebab syaura dah 4 bulan lebih, so dia nak start makan dah
tapi nasib baik this week dah meningkat jadi 15 oz siang hari..alhamdulillah..okla tu

macam haritu jugak, saye tulis dalam blog bahawa syaura tak bangun malam langsung kalau tidur sampai saya kena kejut dia untuk minum susu
esoknya terus dia bangun2 malam, 2-3 kali pulak tu satu malam ciss2
dan baru hari ini jadual tido dia dah kembali normal.
fuh2 legaaa..

tapi saya macam cadang2 nak bagi syaura makan masa umur dia 6 bulan, sebab haritu saya tanya kak naza, dia kata baby dia makan masa umur 6 bulan atas nasihat doktor
saya pun macam pernah baca bahawa perut baby belum betul2 develop lagi and belum sedia nak terima apa2 benda selain susu, unless umur dia dah 6 bulan
so bulan depan masa syaura kena inject, saye nak mintak recommendation doktor la

and saya takmau bagi segala jenis nestum ape benda tu semua
kononnya nak buat sendiri puri buah la, bubur nasikla..cehh beranganla.. masak untuk diri sendiri pun dah penat macam lumba marathon
tak tak, untuk syaura ai sanggup apa je tau abang [skrip untuk lan2, padehal dia tak kata apa pun]

haritu ade berdiskas2 dengan kunaz [rakan ngepam, rakan tapau dan rakan gosip] pasal baby food ni
dia suggest beli philips baby blender + steamer tu
sangatlah teknologi terbaru, cuma philips je ada benda tu
sekaligus je, lepas steam terus boleh blend
harga dia RM499 la naz..huk2..aku tak beli kot =p
guna je blender lebih hadiah kawen tu hihi

yela2. makan tangan.

6 comments:

Hannah Johary said...

I pun mula2 berangan nak beli Philips tu!

But ended pakai blender biasa sahaja. Malam balik kerja masakkan Mett, time itu juga masakkan porridge Myiesh.

Sudah menjadi double marathon. Memang terkangkang la kat dapur. Haha.

Mrs Li - Faeeza Yusoff said...

xyah la kak. blender je.dh fine glee dh bubur tu ha :D adam stat mamam ms die 5bln stgh ats nasihat doc gak.nnt sy share sy msk ape utk die ye ;)!

[Zaza Azlan] said...

hannah: hebatnya you, hari2 masak untuk hubby lepas kerja! i kadang2 je larat tau. kalau tak larat tu, goreng je ayam 5 Start BBQ tu dengan sayur salad hehehe..

myiesha start makan umur berapa bulan?

[Zaza Azlan] said...

faeeza: snanye tertarik nak beli philips blender tu sebab nak bagi fruit puree kat syaura start umur 4 bulan..tapi memandangkan macam nak bagi makan bubur je terus masa 6 bulan, kensel la =p fruit pun tak payah jadi puree kot,blend hancur je kan if dah 6 bulan?

tapi syaura nampak macam kebuluran la sekarang. every 2 hour nak susu dah..more than 4 oz pulak tu..mak abah babysitter sume kata dia lapar, suruh bagi makan..tapi umur dia baru nak masuk 5 bulan. camne dong?

ok, nanti faeeza sharekan resepi ekk..pening dah ni, nak masak apa hehe

kunaz said...

za, br jek dpt advice dr member nye doctor. if berat syaura menten naik dgn ok, bleh menten kasi susu lagi sampai 6 bulan. if dh x naik2, baru leh stat ks solid food. dia 7 bln br kasi anak dia solid food, tu pn br intro jek. btw, semahal tu ke blender philip tu? pergghh.. leh wat byr sbulan kete. haha!

[Zaza Azlan] said...

Naz, hmm tu la nanti syaura umur 5 bulan jumpa doktor, nak mintak advice dia. tapi sekarang tahan je la telinga sebab mak abah babysitter kata baby patutnya dah start makan =p

tapi bila refer balik Polisi Penyusuan Ibu, issued by Kementerian Kesihatan Malaysia, baby sepatutnya dibagi makan pada umur 6 bulan. Before that cuma bagi susu ibu, and jangan bagi makan ke, air masak ke, gitu la..