Tuesday, July 6, 2010

zaza's breastfeeding journey

eh macam best pulak sekarang macam dah jadi trend untuk mama2 untuk breastfeed baby
ok, breastmilk is the best milk for our baby [eh asal aku dah cakap style mak2 orang nih]

anyway, kalau tak dapat fully breastfeed, takpe.. takde jatuh hukum haram ke apa..
lagi haram kot kalau mengutuk orang yang tak dapat breastfeed anak

tetibe

ok2

semalam saya baca entry blog kak farah www.sarakids.com/blog
tiba2 ada entry bahawa dia dan kak lunatots datang bintulu last week untuk bagi ceramah penyusuan pada staf2 MLNG.. [oh..kenapa tak jemput orang ABF datang sekali..]
rupanya MLNG baru je wujudkan satu breastfeed room kat main building diorang..
sangat cantik..
oo siap ada upacara perasmian..

copyright: www.sarakids.com/blog
oh saye kenal mereka semua ni =) bintulu is like sooo small?


ini pulak SKO mother's room. sila compare =p
hehe memang sangat selesa, ada sofa ada peti ais
cuma takde papan tanda je


ini dah jadi workstation kedua saye. itu adalah beg pump. tak muat dah beg medela citystyle.
saye sorang je tau guna mother's room ni selama ni.
saye la towkey.


masa saya pregnant dulu, sangat saspen nak breastfeed baby
and memang tak confident langsung nak breastfeed sambil bekerja, lagi2 bila lepas research kat internet, banyak betul procedure, peraturan, pantang larang la
nak simpan susu pun ada kekdahnye ye..
rupanya bila dah setiap hari buat, dah jadi rutin, sangatlah senang saja..

setiap malam akan turunkan satu plastik EBM 6 oz beku dari freezer untuk di thawkan di refrigerator supaya boleh hantar ke babysitter esoknya. kalau tak guna karang expired pulak..
EBM ni wajib digunakan dalam masa 24 jam lepas diturunkan dari freezer. kalau tak habis, kena buang..
biasanya saya akan dapat 18-20 oz sehari pam

so setiap pagi saya akan hantar fresh EBM yang pam semalam sebanyak 2 botol 6 oz, dan satu lagi EBM beku tadi.
lebih EBM yang saya pam semalam tu, saya simpan dalam freezer untuk keperluan akan datang..kot2 saya kena pergi meeting ke, pergi offsore 2-3 hari ke..

setiap pagi mangun je tido akan pam terus susu
biasa la pagi2 ni memang susu melimpah ruah sebab apentah
pukul 6.30 pagi direct breastfeed syaura

kemudian pergi ke tempat kerja tercinta..
setiap hari akan bawak beg yang berisi pam spectra 3, cooler bag yang dalamnya ada 4 botol kosong dan icepack, serta breast shield yang diletak dalam tupperware

oh susah2 esplen, di bawah ialah gambar
saya kan visual type of person, so sangatla leceh kalau takde gambar
ada orang tanya 'wow ko memang suka ambik gambar kan? kamera sentiasa ada dalam handbag'.
iye, time makan pun saya ambik gambar, ape lagi anak sendiri =p
semuanya untuk kenangan masa depan
double pump set spectra 3

ini yang disebutkan tadi. iaitu berupa cooler bag with icepack

ini ialah tupperware yang saya isi 2 bijik breastshield itu. sampai2 office terus masukkan tupperware ini dan cooler bag dan botol2 dalam peti ais kat mother's room

sebelum pergi kerja saya akan sterilize semua bahan2 di atas dulu iaitu botol dan breast shield. memang saye letak sterilizer kat tepi katil sebab pemalas yang hamat nak turun ke dapur tengah2 malam dan waktu2 lain juga..

kemudian, bila dah selamat menyimpan semua barang di mother's room, saya pun bekerja macam biasa..

pukul 9 pagi, akan turun ke mother's room untuk sesi pam yang pertama. tak kira la saya ada meeting ke, workshop ke, discussion ke, saya tetap akan cabut lari sekejap untuk sesi pam.
sebab saya tahu dan paham, kalau setakat saya takde 10 minit, platform takkan meletup, company pun takkan bangkrap. ala2 macam pergi tandas je 10 minit tu.

pernah saya ada meeting yang sangat penting, tiba2 dah pukul 9 pagi. tapi turn saya nak present belum sampai lagi. so saya jalan cepat2 ke mother's room tu, cepat gila keluarkan botol semua, pam2, lari balik ke meeting room, memang tepat 10 minit. wahaha

sebab kalau kita miss even satu sesi mengepam, badan kita akan terima signal yang takde demand untuk susu. so encik badan pun tak perlulah keluarkan susu.

so lama2 susu pun kurang lalu habis..

tak kiralah walaupun susu sikit je yang keluar, asalkan kita stimulate dengan terus istiqomah mengepam, insyaAllah, susu akan sentiasa ada and bertambah..
motipnya, by hook or by crook, time office hour, kena pam, AT LEAST 3 kali sehari.
macam saya, pukul 9 pagi, pukul 1 tengahari and pukul 4 petang..

sekali pam, 20 minit. kecuali kalau tengah meeting, akan jadi 10 minit je campur masa berlari dari ofis

lagipun botol2 susu dan breast shield tu tak perlu basuh atau de-sterilize balik sebab kita boleh simpan je dalam peti ais lepas guna..
sama macam kita simpan EBM, 3 hari pun boleh tahan kan dalam peti ais..

ok, so bila dah tiba masa untuk pulang, saya akan masukkan semua EBM ke dalam cooler bag yang ada icepack beku sekali tu
lalu pulang ke rumah
memang EBM boleh tahan kat suhu bilik selama 4 jam
tapi saya takut in case saya tersinggah soping mana2 ke hehehe lebih 4 jam ke, tu yang saya ready2 bawak ice pack
EBM dalam cooler bag with ice pack boleh tahan until 12 hours

macam masa saya hari pertama kerja, saya terus kena pergi ACE workshop seminggu..
ok, memang takde lah mother's room kan kat hotel tu, ape lagi nak ada peti ais
so saya mengepam kat surau,and simpan EBM and breast shield tu dalam cooler bag with ice pack tu aje
workshop tu dari pukul 7.30 pagi sampai 5 petang, so tak sampai 12 jam
so EBM saya sejuk dan selamat sampai ke rumah..

terbukti memang senang je nak fully breastfeed ni..

walaubagaimanapun, seminggu lepas,saya mendapati bahawa susu dah makin kurang
biasa la kan, langit tu tak selalunya cerah
pernah tu sekali pam dapat 3 oz lebih je untuk 2-2 belah, saspen ok
tiba2 baca blog kunaz n faizah, diorang consume Shaklee trial pack untuk breastfeeding, lepas tu susu diorang menjadi hebat bertambah2 ok..
saya pun terus tengok blog kak cery tu dan beli terus
kebetulan ada kawan kak cery iaitu kak laila kerja kat SKO jugak..so saya ambik stok dari kak laila je tak payah pos2..
esoknya terus dapat dan saya terus makan
dalam masa sehari je, diulangi sehari, semua kembali ke normal
susu makin banyak, lepas tu kaler pun macam kuning2 kolostrum, pekat lagi
memang best gila laaa..syukur sangat2 saya diketemukan dengan produk ni
saya dah risau sangat takut tak dapat breastfeed syaura 2 tahun..
dah berura2 nak beli longan cina la apa la nak tambah susu konon..hehe
saya excited cerita2 pasal supplement shaklee ni kat ofis,sampai ada sorang ofismate sangat interested and terus order kat kak laila jugak heheh. tapi adalah encik lelaki and of course tak ambik brestfeed trial pack

eh asal macam bagi testimonial macam saya menang motorrr

jadi marilah kita sama2 breastfeed baby2

last week, kitorang mendapati keadaan freezer dah sangat la sendat
setiap kali bukak freezer je, mesti ada seseorang kena standby kat bawah nak menyambut ketam, udang ikan yang duduk kat pintu peti ais dan asyik2 jatuh kalau bukak peti ais..
ye encik ayam, itik dan udang terpaksa beralah duduk kat pintu peti ais untuk memberi laluan kepada susu budak kecik
ada satu hari tu, ketam runtuh dari freezer, saya cuak gila nak sambut T_T
untuk mengelakkan bukak peti ais semua runtuh lagi, terpaksa sumbat je dalam plastik jusco.
oh, liner untuk susu tu saya beli brand youhaveababy. sangat murah. 100 keping rm26.90 saja. tahanla 2 bulan lebih. sebulan average simpan susu dalam 35 keping liner 6 oz. so sekarang dah ada EBM stok dekat 90 liner jugaklah dalam freezer. alhamdulillah..

tapi susahla kan, tiap kali shopping, terpaksa beli bahan beku sikit2 je
beli ayam kena separuh, ikan 3 ekor, udang 5 ekor. fuh penat kot nak soping banyak kali
ni baru 2 bulan punya stok EBM, tapi dah tak muat
akhirnya last week kitorang telah pun beli deep freezer dekat SENQ. Cap ELBA. RM689. Ini paling murah. boleh sumbat semua EBM. kalau tak muat jugak, memang aku jual EBM online la wakakaka

itulah kisah susu syaura..eh macam tak percaya je, dulu saya takde susu ok. sekarang jadi towkey susu. semoga berjaya sampai 2 tahun. amin..

11 comments:

Dinda Boutique said...

alhamdulillaahhh :D! wahh, bgelen2 susu syaura ha.hehe.br je nk ckp kt akak xelok cmpur bhn mknn skali ngan susu.tgk2 akak dh bli freezer lain.hehe.kalo nk cmpur ble, at lez split da section la.

syaura minum 18oz je kak kt umah babysitr?adam kalo siang hr kat taska die ble hbskn 24 - 28oz ha!so imagine la brp byk sy kne wat stock dlm shari.ngeh2.yet u r rite.insyaALLAH,kalo kite yakin dgn rezeki ALLAH, ble fully bfed til 2yrs:D gambattenee!!!

Aishah Rahim said...

Haaaa. Entry awak buat saya bersemangat sangat-sangat. Sekarang ni, tiap-tiap malam saya tertidur dengan Buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu Bekerjaya. Melampau tak?

Mami Hadeef said...

haha.. thanks akak.. daripada pening camne nak wat EBM n segala bagai mak nenek yg berkaitan dgn breastfeeding ni, akhirnya terjawab jugak.. baru nampak flow dia camne nak pam dekat office.. dulu, asek fikir je, ape gune ice pack tu.. huhu.. mekasih byk2 kak.. akak kongsi kat sini, orang yg bc dapat ilmu, akak dapat pahala tau.. mengajak org berbuat kebaikan.. apsal ceramah cam ustazah lak ni =D

ayat sebelum gambar last tu macam besh je.. haha.. oh~~ belum ada lagi EBM yg dijual secara online.. kuikuikui..

p/s: akak, jangan delete tau entri ni.. nanti nak jadikan panduan bile anim dh deliver nanti n nak wat stock EBM.. simpan dalam kepala, sah2 esok dh lupe.. kah kah kah

f a i z a h 's said...

waw...post yg sgtss menarek~!! skrg mmg da ramai mommies kat luar ada kesedaran ttg kepentingan bf neh...alhamdulillah...anyway journey breastfeeding zaza sgt m'ujakan...tang part EBM yg melimpah ruah n skali dgn deep freezer...mmg ada simpan nk bli deep freezer since masa pregnant dulu lg...tp xkesampaian..xdak bajet...nti da ada bajet insya allah nk bli gak ;)all the best zaza~!!

Kunaz said...

wahh asal x amik gamba aku tgh pam taruk kt blog ko? hahaha! uiks, 5 ekor je udang ko bli? 5 ekor tu lkat kt gigi aku jek skali mkn. haha! weh peti ko sgt best. if peti aku x muat, aku tumpang peti ko la. make sure ko wat divider khas utk aku. kang ttuka susu xley kawen plak syaura n irfan. hahaha

[Zaza Azlan] said...

faeeza: tak campur pun susu n makanan, letak makanan2 kat pintu icebox tu ha..tapi yang susu2 tu tak boleh susun tegak2 dah, memang sumbat je dalam freezer tu selagi boleh. wahaha. itu yang ambik keputusan drastik beli deep freezer terus =p

a'ah syaura minum range 15-18 oz sehari. tapi before akak pergi kerja, dia dah minum susu dah..maybe sebab dia baby girl so dia tak minum banyak kot? 3 oz je sekali minum. sebab ada kawan akak tu kan, baby boy dia sehari up to 30 oz..wahaha..pensan buat stock

[Zaza Azlan] said...

aishah: awak memang sangat2 bersemangat kan, nak breastfeed baby. saya dulu pun tak bersemangat macam awak. dulu plan2 nak beli jugak buku tu tapi asyik lupa je..last2 research je sendiri kat internet and compare2 mana info yang paling ok. hehe..

nanti share la content dalam buku tu =p

[Zaza Azlan] said...

aniemz: hihi ye ke. haritu main tulis2 je sebab bosan malam2 =p bagusla kalau informative, benda baik kan..

tak2 tak delete hehehe

[Zaza Azlan] said...

faizah: sila menabung dari sekarang sebab nanti 1 day susu awak pun akan melimpah ruah gak so terpaksa beli deep freezer =p

all the best to you too dear..

[Zaza Azlan] said...

kunaz: naz, aku buat entry ni masa ko belum masuk kerja la..hihi. nanti kite amik gambar sedang gigih mengepam berdua k =p

bongok la lawak ibu susuan tu kan haha. kena kongsi fridge kat mother's room so terpaksa buat divider guna tupperware aku supaya tak tertukar susu. haha sangat bongok. syaura dengan irfan tak boleh kawin kang. haha

Anonymous said...

salam.nak mencelah gak...wah..bagus tgk ibu2 skerg ...chayok2...teruskan bfeed..ingat ye ganjarannye besar di sisi Allah..jadi ujiannye pun besaq gak.hehe... dan supplemen hanyalah satu dari pada checklist yg perlu ada(utk menambah kualiti susu ibu..tu yg penting..bukan tgk kat kuantiti)..dan yg pasti..ada banyak lagi checklist yg perlu untuk menjayakan penyusuan sepanjang 2thn..(leh refer kat blog saya)..yg penting...ok positif dan banyakkan berdoa dan bersyukur..(best lah sko ada bilik khas)..dulu kat store2,kat surau..main redah je mana2.huhu