Monday, July 26, 2010

tips menguruskan badan

eh asal tajuk tak boleh blah?
ok2, snanye tajuk sepatutnya 'cara2 ai menguruskan badan, tapi taksure lagi dah kurus ke belum'

bila tengok weight status kat sebelah ni, macam, apsal tak gerak2 56 kg je
iye memang berat ai sudah statik 56 kg T_T
down..
tak dapat dah berat sebelum pregnant iaitu 50 kg

BMI pula 22.7. ini ialah normal weight
kalau BMI 23, adalah dikira overweight ok! wahaha sila percaya
haritu saya pergi HSE untuk check BMI , fat percentage, body age semua
semua ok, alhamdulillah, cuma body age adalah 32 tahun hahaha umur ai baru 26. nampaknya dah tua 6 tahun

snanye saya memang berusaha gigih2 nak menguruskan badan
almaklumlah masa pregnant naik 20 kg akibat makan2 makan
tapi sekarang 56 kg kira ok lah kot [sedapkan hati sendiri]
sebab dulu masa saye 50 kg ramai je yang ngutuk muka cengkung la badan macam papan lapis la hampeh betullll

kadang2 mulut saya terlepas jugak, kalau2 ofismate tanya napa makan sikit, napa tak minum air manis
saya jawab 'sebab nak kuruskan badan'
cehh confirm dipandang serong seserong serongnya, lepastu kata 'kau nak kurus apa lagi???? nak jadi papan lapiss???' sambil memandang body saya dari atas sampai bawah, mencari part mana yang saya katakan gemuk. kalau perempuan takpe, ni lelaki. terus tobat dah tak buat statement tu lagi
ohh saya ikhlas ok, dan bukan sebab tak bersyukur ke apa ke
saye paham, sebab macam saya dulu, muka horror gila blemishes, acne segala
bulan pun segan nengok
tiba2 ada member ni, sket2 komplen 'wehh jerawat aku tumbuh sebijik!!! macam mane niii'
rasa macam nak lempang sambil berkata 'sebijik pun kecoh? aku ada sejuta?'
eh ganas gila. tak2 tak lempang, pandang serong je

ok, sebab utama nak kurus lagi, tentulah untuk husband saya, bukannye saye mengada2 dah kurus nak kurus lagi

pengkritik terbaik haruslah husband ai ok
macam contohnya masa lepas pantang saya PERASANN dah kurus
tapi bila saya tanya 'abang, za kurus ke gemuk?'

lan2: hmm......kurus je sayang...
za2: napa abang cakap hmm..napa abang fikir sebelum cakap za kuyus?
lan2: betul~~~
za2: kalau za kuyus, mesti abang terus je cakap kurus kan, tak cakap hmm2?
lan2: hehehe..****dotdot dengan ***dotdotdott [censored] mmm berisi sikit kot. tapi sayang cantik je..
za2: aaaaa za gemokkkkkkk [sendiri buat kesimpulan]

so perbualan di atas dah beberapa kali berlaku di mana lan2 adalah hesitate2
maksudnya saya tak kurus lagi laa

tiba2 minggu lepas, masa saya bersiap2 pakai baju nak pergi kerja
lan2 cakap 'wahhh..mama dah slimlaaaa syaura'
wahaha kali ni saya percaya

jadi baru berani buat entry tips kurus =p

baiklah, 4 bulan ai berhempas pulas menurunkan berat badan
berikut adalah cara2 nya:

1) sila makan banyak kali tapi sikit2. sehari 4-5 kali.
- bab ni ai memang expert sejak zaman dulu lagi. sebab perut memang kecit kot.
- pagi2 minum susu. kemudian makan nasik goreng. tengahari kalau rajin, tapau nasik bersama kunaz, ataupun makan di luar bersama hubby. petang makan roti. malam makan nasik. lepastu minum susu sebelum tido.

2) sila kunyah banyak kali dan makan secara slow2
- ini adalah amat susahhh sekali. ambik masa lama jugaklah baru berjaya. akhirnya sekarang dah biasa... akhirnya setiap kali pun order nasik separuh sebab belum apa2 dah kenyang. lain kali order nasik suku

3) sila jangan minum air manis
hmm ini sangat2 berjaya, saye kurang minum air manis selama 4 bulan. akhirnya masa pergi medical check-up masa nak pergi BOSET last month, sugar level saya adalah sangat low. kurang dari average. time pregnant pun tak macam ni. patutlah rasa nak pitam sahaja. tapi cara ini adalah paling berkesan untuk menguruskan berat badan. tapi sebab nak naikkan sugar level supaya tak pensan, hari2 saya makan coklat sekarang dengan minum mocha.

4) sila minum air masak bergelen2
ini untuk ape tah. ai ikut je tips The Biggest Loser tuu. Malas nak google justification. adakah menggalakkan pembakaran kalori? apa motipnya bakar guna air.

5) pakai bengkung/korset selama 8 jam sehari
- inilah penyumbang utama kepada kekempisan peyut ai dan punggung dan peha juga =p masa pantang, ai adalah benchmark Hannah Johary. sebab dia masa hari ke 21 hari berpantang dah takde perut okay, siap boleh diva2 lagi tengok wayang pakai baju time before pregnant. dan lagi satu sebab, masa lepas bersalin, perut ai macam 5 months pregnant tau. sampai friends yang melawat tanya, ada lagi sorang ke. uwaaaaa maluuuu.
- saya pakai bengkung tradisional tu selama 24 jam sampai hari ke 30 je kot. lepas tu hampeh pemalas nak pakai malam. siang je pakai. ketat gila. dah la leceh nak ikat2 lilit2 bagai. saya ada 4 bengkung so that boleh tukar2 dan basuh2. ada bengkung lilit2, ada bengkung moden, ada bengkung tali, ada bengkung roda. sampai ke peha ai pakai sebab nak kuruskan peha sekali.
- lepas habis pantang saya pakai korset avon. mahal sikit. girdle and korset je dah rm300++ sebab teknologi bamboo ape tah dia guna. tapi untuk ai, berkesan la. konfiden gila pakai kebaya lepas pantang walaupun hakikatnyaaa wahahaha hanya lan2 yang tau =p sampai ke hari ini saya still pakai girdle n korset ini, sebab nak maintain perut kempis.

disamping itu, adalah memakan supplement2 dan juga set bersalin nona rogai.

breastfeeding pun boleh menguruskan badan. tapi ambik masa lama sikit la. sebab breastmilk tu dia guna sikit lemak kita. tapi sikittt je la. sikit2 lama2 jadi bukit. sebab tu ada galakan untuk jarakkan anak at least 2 tahun. supaya bentuk badan ibu dapat kembali ke asal dan supaya organ dalaman pulih dahulu.

eh macam promoter jamu mak dara pulak.

walaubagaimanapunnn... disebabkan ada 6 kg lebih tu, baju2 kerja singkat seksi vouge saya masa zaman2 anak dara dulu semua tak boleh pakai lagi kot

oh sekarang biasanya saya akan pakai baju labuh bawah punggung
tiba2 satu hari, perasan kurus, pakai baju kemeja singkat pergi kerja
tiba2 masa saya berborak2 dengan seorang kawan lelaki, saya perasan kadang2 mata dia pandang punggung saya
ehh bukan dia pervert ke apa
macam saya pun, kalau ada orang pempuan seksi gila dedah sana sini pun saya akan tertengok. TERRR
kalau orang tu pakai tudung labuh, tiba2 esoknya dia pakai baju seksi
confirmm akan tertengok jugak hehehe of course, nampak aneh kot
so samalah, elok2 je saya pakai baju labuh setiap hari, tiba2 pakai baju singkat, haruslah nampak aneh dan ada pulak part2 tak kurus lagi yang masyukkk

jadi ada hikmahnya saya tak kurus macam dulu
sekarang shopping baju semua labuh2

SEBELUM
ini ialah di kaunter check-in hospital columbia asia, miri. just before saya admit hospital. gambar terakhir begitu gemuk.

SELEPAS
Ini adalah hari ke 50 pantang. berat adalah maintain 56 kg

5 comments:

Dinda Boutique said...

another tips kak.bile mamam, dun selang seli wif air(unles tcekik la!).mamam bia hbs dlu den gap dlm stgh jam br minum air.sy nye berat kurang sket dr akak since after pantang lg (sj nk kasi akak jeles!).hak2 :P

Anonymous said...

airpport miri dah advance....perghh

Anonymous said...

airpport miri dah advance....perghh

[Zaza Azlan] said...

faeeza: aa tips tu langsung akak tak boleh pakai wahaha sebab tu tak tulis dalam pengalaman ai ini. tak boleh wooo nak delay2 minum air ni heheh

ecehhh dia lagi kurus la. tapi akak bukan target kurus sangat pun. target ialah supaya hubby suka. keh3. tapi tak sangka dia suka ai kurus. cess. sebab ada kawan akak nih, hubby dia lagi suka kalau badan berisi skit =p ok2 ikut orang gak laa

kak cery: camne pulak rupa airport miri dulu?

Anonymous said...

Naked celebrities [url=http://www.srubookcenter.com/webboard/index.php?topic=46374.new#new] naked[/url] freenaked