Saturday, February 27, 2010
i need to focus on her
one of his advices to me was:
'you shouldn't think about work anymore now. you should've start to think of your baby and you yourself being a mother soon'
lan2 pun menyampuk 'yeah..she needs to focus'
and dr roland says: 'that's the word - focus. Why would you want to think of work now? you're on leave already bla3.'
i was like, quite surprised..
like, macam mana dr tau saye tengah serabut fikir pasal kerja yeh?
lan2 memanglah tau kan
tetiba rasa bersalah kat baby huk2
baiklah..saye akan siapkan PPA dan slides to HSE itu by this weekend jugak!!
then ada masa seminggu lebih, saye takmo fikir benda2 lain dah..
tapi something came up to my mind - macam mane pulak dengan orang yang still kerja, up until their due date?
adekah mereka tak rasa tertekan/serabut, kena fikir kerja, kena fikir pasal nak deliver etc2?
Friday, February 26, 2010
baby serindit dah muncul ^_^
sampai rumah dalam pukul 11 pagi macam tu la
saye terus duduk dapur, masak bubur kacang
sebab petang ni, cze, kiki, noya, zahirah, lut and wife - nira nak datang rumah
pukul 3 ptg, bila saya naik bilik
tengok ada 2 misscall
ohh from serindit!!! [cheah konon risau, tapi tinggal je hp kat atas]
misscall pukul 2 and 2.30 ptg
so saye call dia balik
za2: hello
endit: kacet!!! ai dah beranak!!!
za2: hoih, biar betul, apsal suara sangat bersemangat nih?
endit: betulla, pukul 12.40 tadi. sangat penat ni tau.
za2: cepatla mms gambar baby..
endit: baby kat nursery..ai sangat menat tau..nak rehat ni
it's a boy =)
bla3 gosip2 lama jugakla pasal experience dia bersalin
siap suruh saya amik je epidural sebab sakit sangat2 katanye [padehal pagi tadi dia berlagak takmo amik epidural keh3]
sempat lagi bergaduh pasal nama baby, sebab nama yang kitorang pilih adalah sama hahha [kalau saye dapat anak lelaki laa]
wahhh saye rase sangatttt nak menangissss
terharuuu sangattttttttttttt
sob3
so happy for her
alhamdulillah, proses bersalin dia sangat senang
semalam dah start induce..pastu malam tadi dia tidur
pagi tadi 2nd dose
then pukul 10 pagi dah sakit
pukul 11 pagi masuk bilik bersalin
and pukul 12.40 samting..wallaaaa baby dah keluar!!
ok..my turn pulak insyaAllah next week..
^_^ si kuceng yang sweet
ape la yang endit tengah buat sekarang agaknya
tengok, saye pulak tak senang duduk
macam masa dia nikah dulu, saye yang beriya2 nanges lepas dia selamat nikah
pastuh bila saye nanges, endit pun nanges, mak dia pun nanges sama gak =p
today tak buat apa pun, kat rumah je
tadi tengok kartun tom & jerry
ada satu scene ni, tom datang dari belakang lepas tu tutup mata tuan dia
sebab jerry tengah nak tunjuk gambar tom yang tengah curik ayam
tom taknak tuan dia nampak gambar tu
so masa tom tutup mata tuan dia dari belakang, tuan dia ingat, wife dia yang buat
so dia pun cakap 'awww..honeyy~~'
sambil berpaling and nak kiss
lepas tu of course la ter'kiss' tom
tuan dia punya la marah
habes tom kena tendang luar rumah, tidor luar malam tu hahaha
so tadi masa saye tengah maen laptop
tiba2 saye rasa ada tangan tutup mata dari belakang
bila saye toleh belakang je
saye dengan lan2 punye la gelak gile tak hingat
sebab saye tiba2 saspen, macam mana kalau kucing yang main2 tutup mate saya
teringat cerita tom tadik =p
hadui punyela takde keje
selamat menyambut maulidur rasul ^_^
baby serindit on da way~
semoga selamat laaa semuanya
ciss..ko kawin seminggu awal dari aku, bersalin pun nak seminggu awal dari aku??
lepas tuh ai pulak disaspek meniru yu dari segala segi..
kui3
tengah malam tadi dia mms gambar dia kat prince court [nak berlagak la tu dok hospital mahal]
saye pun reply 'bagi la gambar berdiri!!'
so pagi tadi saye call dia, dia kata 'kalau orang lain, mesti sweet,wish good luck ke, terkejut ke ai dah masuk hospital. rupanya u sound ai, suruh amik gambar berdiri hahaha tak gune ko'
yelaa supaya saye boleh nampak kegemukan ketara dia tu
hiks
walaubagaimanapun, mesti hidup saye tak aman hari ni
sikit2 call nak hapdet saket, doktor buat itu la ini la
cisssssssss
bagi gue saiko je..dahla lagi seminggu lebih turn aiiiii
mesti dia happy gila kan
of course la, dia pun kata dah nervous2 nak jumpa baby
tak sabar nak tengok muka baby serindit
mesti cumelllll
ikot muke zulie ke muka endit?
Thursday, February 25, 2010
ok2 tak bosan dah
bosan bukan sebab takde kerja
bosan sebab saya duduk sorang2 je kat rumah lepas tu baru buat kerja sikit dah penat
tapi bila baca this latest article at saifulislam.com
terus insap
ciss
Dalam merenung pesan Hasan al-Banna bahawa kewajipan kita jauh lebih banyak berbanding masa, tidakkah pernah kita rasa berdosa, andai terkeluh bicara, “bosan, tak tahu nak buat apa!”
To realize the value of ONE YEAR,
Ask a student who failed his or her final exam.
To realize the value of ONE MONTH,
Ask a mother who gave birth to a premature baby.
To realize the value of ONE WEEK,
Ask an editor of a weekly magazine.
To realize the value of ONE DAY,
Ask a daily wage laborer who has six kids to feed.
To realize the value of ONE HOUR,
Ask the lovers who are waiting to meet.
To realize the value of ONE MINUTE,
Ask a person who missed his or her train.
To realize the value of ONE SECOND,
Ask the person who survived an accident.
To realize the value of ONE MILLISECOND,
Ask the person who won a silver medal in the Olympics.
AND
To realize the value of this precious LIFE,
Ask the person who is now six feet under!
- Quoted from The 7 Habits of Highly Effective Teens by Sean Covey, page 127 [the last two sentences are from my addition]
So when you have finished (from your occupation), then stand up for the next duty. And to your Lord (Alone) turn (all your intentions and hopes and) your invocations. [Al-Sharh 94: 7-8]
-ustaz hasrizal abd jamil [abusaif]-
baiklah..
Tuesday, February 23, 2010
sweet escape
kalau tengok pun only dalam few minutes dah akan tertidur
kecuali kalau cerita tu super duper best
tapi last week kot, ke last 2 weeks
layan american idol sekejap
ada grouping task yang diorang kena buat
and salah satu lagu yang diorang kena nyanyi - lagu gwen stefani the sweet escape
baru saye tau sebenarnya dalam dunia ni cuma gwen stefani je yang layak nyanyi lagu tu
susahhh gilaaaaaaaaaaa
Woohoo, Yeehoomemang sumbang gila sekor2 nyanyi
Woohoo, Yeehoo (If I could escape)
Woohoo, yeehoo (If I could escape)
Woohoo, Yeehoo
Cause I've been acting like sour milk all on the floor
It's your fault you didn't shut the refrigerator
Maybe that's the reason I've been acting so cold?
kalau terer trylah
boscannn T_T
lagi bosan bila kena siapkan kerja2 office
takde member nak borak2
nak jalan2 kena tunggu lan2 balik
esok lan2 kena gi offshore pulak
aaaaaaaaaaaaaaa
of stroller and carseat
itu pun after few months deliberation with lan2 on this carseat and stroller thingy
[of course, sorang ke kiri sorang ke kanan, so kena dapatkan mutual agreement]
criteria - senang je:
1) harga - less than 1K
2) 3-wheeled
3) multi-function - buleh jadi rocker, carrier
4) carseat can be adapted into the stroller
5) ringan
6) chic [perlu ke? haha]
mula2 dah tentulah saye nak yang ini - Quinny Zapp stroller & Maxi Cosi Cabrio carseat
smart kan
got bonus there - red colour ^_^
and boleh lipat2 sampai jadi kecik macam ini
sangat convenient untuk travel
ringan gila - 6 kg
tapi harga dia mak aihh macam boleh beli lappy satu lah kan
paling murah after discount time CNY haritu pun dah RM1600
kalau tak diskaun, almost RM2K
so, reject
sebab kitorang at the same time sekarang beli barang2 rumah perabot segala
so it's considered not affordable
tettt REJECT
then masa jalan2 kat Bintang last November, kitorang terjumpa satu kedai baby ni jual stroller ini: Sweetcherry SCR 7 carseat and SCR 5 stroller
harga - RM 950 for both stroller and carseat
we were like, 'okey..ini sangat best!'
walaupun dia 4 wheeled, tapi design dia ala2 3 wheeled
susah okey untuk kami berdua sama2 berkenan kat satu benda tu
when i googled, rupanya this is Malaysian company and they all have this online shop as well
and..the price: RM239 for SCR 7 carseat & RM 439 for the SCR 5 car stroller
total: RM 678
Postage fee: rm 70, so grand total: RM 748
way cheaper kalau beli online daripada beli kat Bintang!
bila balik johor, i make survey jugaklah
time CNY tu ada sale so jadi sangat2 murah [grand total RM 600 saja]
tapi malas la pulak nak mengangkut berat2 naik plane
kalau ada baby takpe jugak, boleh bawak the stroller set with the baby direct to the plane and jadi special carriage
ni nak mengangkut kosong, kena letak kat luggage, have to pay extra pulak nanti
and kitorang kalau balik dari johor, 40 kilo luggage itu adalah tak cukup okey!
ada banyak lagi hadiah2 kawin yang tak terbawak..plus lauk pauk yang ditapau dari rumah
haha berapa gram je lauk2 tu kan
anyway last week time melawat rumah kunaz
she showed me the stroller and carseat yang dia baru beli
brand halford: cosmo DX travel system - RM799 je
lagi ringan dari sweetcherry - 6 kg saje
and..it's red colour!! cantikk
so kitorang pun survey2 kat Toys World shop, tempat dia beli tu
test2 drive
tapi hati dah berat to sweetcherry
lagipun yang halford ini ada kaki 4 =p
[motip kitorang nak roda tiga?? aerodynamic? nak racing dengan sapa??]
finally last week, we place the order for the SCR 7 carseat at the website
hmm stroller, rasanya beli lambat sikit pun takpe
nanti nak beli time baby dah ada - masa balik johor bulan 4
for newborns, jarang kot guna stroller
especially kat miri ni, bukan saye nak pegi jalan2 shopping pun time pantang =p
the spec for the carseat:Net weight: 3.4 kg
Features:
- Suitable from birth to 10kg
- Light weight and portable infant car seat/ carrier/ rocker
- 3-point, 1-pull padded safety harness
- Traveling system: Compatible wit S300A and S301 strollers with additional adapter
SCR 5 [ohh lan2 sangat berkenan yang ini]
Price: RM439
spec:
Net weight: 8kg
Features:
1) Suitable from birth till 3 years (less than 17kg)
2) Innovative design and portable lifestyle stroller
3) Lightweight aluminum frame
4) Adjustable backrest and footrest
5) Can be in forward or rearward facing
6) Traveling system: Compatible with C100 with additional adapter
while saye pulak sangat suka dengan SCR 6 sbb this is the real 3 wheeled =p
Price: rm429
spec:
Net weight: 8kg
Features: same as SCR 5 above
takpe, ada masa few months lagi untuk berperang
ape2 pun, beli carseat dulu!
nanti senang nak bawak baby travel balik dari hospital and also this thing boleh jadi rocker kat rumah
and boleh jadi carrier basket kalau jalan pegi mana2
hmm maybe agak berat - 8kg tapi since kalau naik plane, it will be special carriage [means that ianya tak jadi luggage lah - that's our main concern], so ini bukannya problem to us
kalau nak masuk dalam carboot, i got my superhero to do it haha
bila lipat2 pun jadi not that bulky as per photo above
settle barang2 baby!!! yeahhhhh
Monday, February 22, 2010
20 days more..
saye tak tau macam mana nak cakap perasaan
masa mula2 tau saye pregnant
saye rasa saspen
sebab duduk sorang2 di bintulu without hubby
saye takut saye tak survive
sebab first 3 months tu sangatlah meletihkan dan tak sihat sangat
alhamdulillah dipermudahkan..walaupun tak sihat, tapi tak seteruk orang lain yang sampai kena admit hospital..
baby knows that her daddy is not around
setiap kali berpisah dengan lan2 hari ahad petang, lan2 akan pesan kat baby 'jaga mama baik2 ye baby~'
haha
so dia ikut cakap papa dia =p
after 3 months
saye dah rasa ok and sangat bertenaga
so sangat2 excited especially during every check-up
tak puas rasa tengok baby kat ultrasound screen tu
kadang2 tengok dia tengah melonjak2, kadang2 hisap jari
so comel ^_^
sekarang bila dah dekat
saya rasa sangat takut
orang2 lain yang kat keliling saye, bila makin dekat, makin excited
tapi saya makin takut
hari2 doa semoga baby tak keluar awal
harap2 keluar time due date nanti
saye belum bersedia mentally sekarang
bila dengar experience kawan2
lagi lah seram
memang sakit yang tak dapat dibayangkan
sekarang dah rasa contraction sikit2 - ini adalah normal, it is called braxton hicks
sakit macam sakit period
sakit wooo..tak boleh pegang perut and perut kerass sangat
tapi kadang2 tengah fikir2 pasal sakit delivery tu
baby akan start menendang2
macam nak comfort me, and informing, it's just me mama =)
so saye tak fikir dah benda2 scary tu
kadang2 nampak obvious kaki dia tertonjol kat perut
saye dengan lan2 selalu main tangkap2 kaki or tangan dia
hehehe sangat best2
okey time ni rasa tak sabar pulak nak baby keluar =p
seriusly ciptaan Allah ni sangat2 hebat
saye boleh leka tengok perut saye berombak
baby macam tengah mengeliat
macam tengah lompat2
dia pusing kanan kiri ikut suka hati dia je
last check-up, kitorang nampak clear dia tengah menguap =)
walaupun berat dia dah 2.8 kg sekarang [imagine letak laptop berat kat perut]
kadang2 je saye rasa berat
tu yang saye boleh melompat2 lagi tu hehe
semoga saye boleh berasa rilex
dan dipermudahkan semua..
Amin...
Sunday, February 21, 2010
supermom actually
36 weeks 5 days to be exact
pagi2 saye dah tolong lan2 angkat baby cot bawak turun bilik bawah
pastuh vacuum bilik2 atas
pastu mop2 bilik atas
pastu basuh toilet
pastu basuh balkoni atas
pastu tolong lan2 drill dinding sambil panjat2 almari segala
hangin je pakcik tu, semua kerja berat saye nak buat
wahh terasa superwoman
disclaimer: snanye baby yang nak makan okey
malam tadi saye tak larat masak
so ajak lan2 makan kat luar
kedai favourite kitorang kat senadin - cahaya taufik restaurant
bunyi macam kedai mamak
tapi kedai ni multi-purpose wooo
sangat sedap makanan dia
mostly makanan johor/jawa
[saye kan kacukan jawa-banjar cehwahh]
nanti anak saye kacukan cina-jawa-banjar-minang keh3
ada jugak makanan mamak
makanan sarawak
makanan order2 thai
semua sedappp
hamek nasik - lauk ikan asam pedas, sambal tempe, paru berlada, bendi goreng [tamak giler]
see, veri the jawa
tengah2 makan, teringat sate
'papa, mama nak makan sate' <-- sambil buat suara kesian
'okey, esok kita pergi beli ye' kata lan2 sambil tengok jam
ciss..ingat nak belikan malam ni
oh rupanya ada lawan bola
MU lawan something
yang penting lan2 mau tengok MU kalah itu saja
cisss
saye pun jawab 'okey....' dengan nada kucing shrek terkebil2 sedih
seperti biasa lan2 pun mesti terpedaya 'okey, kita pergi kejap lagi yeh cari sate'
keh3
tiba2 ade pakcik kedai tu lalu depan saya bawak megi goreng
saye pun 'taknak sate, nak megi goreng!!'
akhirnya kisah sedih nak sate dilupakan begitu saja
macam ni rupanya perasaan mengidam ye
lepas tu dah terfikir2 nak durian pulak
so hari ni mesti carik..
ngaaa
ape ni asyik ambik gambar kite
fineee!!! nyam2 nyam
bersedia mamam lagi time family mertua ai datang
ciss tak guna suara sumbang sapa tu di kenduri kawen along
alaa bukannya naik banyak pun
cuma 19 kilo je
baru 68.8 kg sekarang T_T
Thursday, February 18, 2010
bawak bertenang zaza
i think i'm not a good mum
misi saya sekarang masa unpaid leave ini ialah untuk belajar banyak2 pasal baby, parenting etc..
i've set my mind that i shall exclusively breastfeed and use modern cloth diaper to my baby
bila saya bloghopping to few articles on above items
rasa makin banyak saya tak tau
tapi rasa macam makin suntuk
sempat ke nak belajar semua2 tu
T_T
tapi kenapa orang dulu2 relax je buat 2-2 benda ini
kenapa, makin lama makin banyak procedure aneh2 untuk 2-2 benda ini?
haihh..
nak guna letrik breastfeed pump tu pun saya tak sure sangat lagi
nak simpan EBM pun ada different2 technique rupanya
nak basuh cloth diaper pun ada teknik gak ke
oklah nak pergi basuh baju
mungkin boleh menggembirakan hati
malam ni sambung belajar
sedikit tentang kerja
takde motip langsung
[konsep: blog ai sukehati ai la]
ye..ai memang malas nak tulis benda2 yang bermanfaat sangat
lagipun ini adalah seperti diari
i wrote anything that happens around me, what i feel etc2
hari ni pun ai pagi2 buat kerja office sikit
ada few projects yang tengah ongoing and some needs technical review
walaubagaimanapun
sempena saya cuti panjang ni, cze yang sangat2 baik hati telah cover saya
so dia adalah E & I Engineer sekarang hehe
bila lut dengar macam tu, dia pun nak cuti jugak lah kata dia
so biar cze jadi M & E & I Engineer
sekarang mulan pulak tengah cuti kawen sebulan
nasib baik mulan tak suruh cze cover dia
kalau tak, cze adelah C, M, E & I Engineer la kan
pastu dia pun masuk hospital bahagia kerana tekanan melampau hehe
haha ape khabar section ai sekarang
tak rindu punn dengan kerja2 yang melambak tu
=p
dalam section tu, ade 2 orang Electrical, 2 Civil, 3 Mechanical and 2 Instrument
sebab kitorang section project engineering kan
haruslah satu jaga setiap field
each of the field consist of seorang senior, sorang junior
macam saye, saye la junior tu
atas saye adelah seorang senior - expatriate from Phillipines
huh berterabur nak cakap dengan dia
saye kena tengok citer filipina la nak paham accent dia tuh
ok saye memang berharap sangat2 dapat tukar to non technical
dah apply pun
saye memang tak interested pun doing electrical nih
memang sakit kepala
of course la kan if you do things that u don't like, u won't go anywhere
people ask, so buat apa ambik electrical engineering kat U dulu?
membazir duit je
i was like 'it's no harm untuk belajar ilmu apa2 pun. bukannya apa yang kita belajar tu, itu yang kita kerja kan. if i go for something else, i would gain different knowledge. kan lagi bagus daripada tahu satu ilmu saja?'
[anyway saye ambik engineering pun just to fulfill my dad's wish. at least dapat pahala kan, menggembirakan parents ^_^]
if i go to different field, i would still serve this company, hopefully better? - so there's no waste of scholar there
ape2 pun result untuk semua ini akan release bulan April nanti..
doakan lah..
seperti biasa letak gambar yang takde kaitan dengan entry
nesting insticnt..macam mummy birdie~
eh sejak bila entah moody ku hilang?
harap2 tak muncul lagi
tapi kadang2 emo jugak tengok rumah bersepah2
time tu jugak nak kemas, tak kira la tengah malam
yang kelakarnya symptom kemas-mengemas ni pun adalah salah satu symptom during 3rd trimester of pregnancy
saye baca kat buku what to expect when you're expecting
bila dah dekat nak bersalin tu, the mothers will have uncontrollable urge to scrub floors and clean out closets.
this is what they call the "nesting instinct". it is more or less the same as mummy kitten/birdie before they deliver their babies ^_^
u can notice how restless they are before delivery - frantically running here n forth, furiously shredding papers in corners to make nest, and finally when she feels all is in order, she will settle to the place where she will give birth.
oh..macam tu ehhh hehe
patutla saya bangun2 pukul 5 pagi pun mesti nak mengemas/basuh baju/mop lantai je
huhu
minggu bersosial sedunia
last friday, nana and adik2nya - anis and ira datang overnight di rumah ku ^_^
yeahh bestnya ada tetamu
sampai2 je nana kata i look sooo happy, mentang2 la dah duduk dengan hubby. heee
hari sabtu pagi2 kitorang buat sandwich ramai2..bekpas and borak2
last2 pukul 9 baru diorang bertolak ke gua niah
haha tengahari buta ko menjelajah gua
friday afternoon tu kitorang jalan2 di Bintang
terserempak Jagung and baby adri [teapot outstation to JB, mlm tu baru balik]
dia kata esok pagi nak serbu rumah kitorang
wahh bagus2 saye baru plan nak masak mi bandung yeahhh
so malam tu operasi mencari mi kuning and tauge
sangatla mongok, pegi shopping time CNY mana laa ada kedai bukak
pegi emart, kedai tutup
pastu pegi boulevard, habes dah mi kuning and tauge
pegi pasar malam, da tutup dahhhh
mengangnyeeee rasa nak bakar aje kedai2 itu dengan mercun
last2 beli bahan2 spageti je la T_T
nasib baik tak terlebih emotional sampai membuat spageti bandung, huh
tapi tu la kan orang peknen ni
kalu boleh nakk jugak cari sampai dapat
kitorang keluar pukul 8 mlm, sampai pukul 10 lebih baru balik
tapi hasil tangkapan tersasar
ok fine, spageti pun spageti laa
so pagi ahad tu, weols jemput tpot and jagung, kunaz and zak sekali, breakfast spageti
habis keluar semua pinggan mangkuk hadiah kawen
nasib baik la rumah saya dah dikira okey untuk terima tetamu
cuma frame2 gambar je yang belum dipasang
petang ahad pulak, dani and roy datang memvisit
diorang dah kenyang, so kitorang makan2 buah apple saja
roy sempat main game sepam dengan lan2
saye ngan dani borak2 pasal rumah baru dia yang tak siap2 tu hahaha
tapi bestnya semua orang beli rumah sendiri dah..
saye ngan lan2 rase, nanti dulu la kan
kena pk betul2 nak beli rumah ni, lagi2 kat miri yang harga rumah sama ngan harga rumah kat kl
saye actually ajak dani and roy brekpas sekali pagi tadi
tp diorang kata awal sangatla
saye pon paham, ye laa dani kan ulang alik bintulu-miri [macam saye dulu la]
so mesti nak spend masa dengan hubby kan
hari isnin petang, saye n lan2, tpot, jagung and baby adri visit rumah kunaz and zak
cantik gila rumah baru diorang + the interior design
ala2 rumah yang di face-lift by designer gitu
ada wet & dry kitchen huhu memang canggih gila la
kalau saye, memang tak sampai hati nak masak la [haha alasan]
rumah diorang ada tangga pusing2 tu
bila saya naik je, semua orang standby kat bawah, 'baik2 za, ok ke tuh'
cisss ready nak sambut kalau saye tergolek dog
yang paling ciss bila zak kata 'ok, sorang2 naik ye'
hahaha adakah buleh runtuh kalo naik ramai2
[mentang2 la saya peknen, pastu kunaz pun peknen 7 bulan hahaha]
rumah tu setingkat setengah
3 bilik kat bawah, while kat atas adelah ruang kosong yang sangat besar and cantik
kalau saye la kan, saya tambah pintu, buat master bedroom
memang heaven la kan
dapat the whole 1st floor to yourself
siap ada balkoni
tapi memandangkan kunaz nak buat studio mekap kat situ, diorang guna master bedroom kat bawah aje..
tak ambik gambar pun..seganla pulak nak snap2 interior rumah orang kan
pukul 7 ptg baru sampai rumah
haihh ingatkan CNY ni tak tau nak buat apa
rupanya sangatla bizi bersosial and mengemas
tengok2 tinggal sehari je nak berehat..
Tuesday, February 16, 2010
boyfrenku lan2
saye masih tak biasa lagi duduk dengan lan2
walaupun dah 8 bulan lebih kawen
tapi sebab baru seminggu duduk sama2 kan
macam sekarang
dia maen game dari tadi
saye maen internet dari tadi
ala2 macam sorang kat bintulu, sorang kat miri
bezanya, pagi tadi saye buatkan brekfast untuk dia
pastu masing2 buat hal single masing2 haha
tengahari nanti dah set nak jalan2 kat bintang [bintang laa mall paling happening kat sini T_T]
macam mase bercinta la pulak set nak jumpa dating2 nih
well after dah ada baby nanti, takde masa dah kot buat hal2 single dah
today baby is 36 weeks..
another 4 weeks to go~
sangat takut okay
Monday, February 15, 2010
1st raya cina @ miri
apa nak buat ai sudah tidak buleh naik itu kapal terbang T_T
sudah almost 3 years duduk sarawak nih, 1st time la raya cina kat sini..
dam dam dum mercun kat sini je lah..
kat miri ni memang meriah gila dengan mercun/bunga api
bukan setakat bunga api cap kucing tu okeh
nih bunga api tahap macam kalau kat kl tu, sempena new year celebration kat klcc..
baring kat katil pun boleh nampak langit meriah dengan munge2 api besar2 cantekkk
kaya betul orang2 miri nih
tengok2 yang shoot tu bukan dari pantai ke mall ke, tapi dari rumah2 orang je..
kalau kat semenanjung dah kena tangkap polis dah diorang2 nih
walaubagaimanapun nasib baik la sekarang takde baby kecik lagik
kitorang tengah2 tidur pun terkejut2 bunyi letup sana sini
ape lagi baby2, for sure meraung satu malam
si bam2 @ si cantek @ si kecit ni pun asyik terkejut2 jugak =p
Thursday, February 11, 2010
tetamu yang kurang diundang
saya tak tutup gate
sebab ada orang nak datang betulkan paip kan
bila lan2 balik kerja
dia cerita
'mama, tadi tengahari ada nyanyau datang rumah. dia pakai loceng. comel sangat. duduk je depan pintu rumah kita'.
tapi lan2 jahat ohh..bukan nak bagitahu saye on the spot
dah balik kerja baru cakap..
dia takot saye main dengan kuceng tu laaa
maklumla kan pregnant mommies mana buleh maen kucing..
ini disebabkan virus jahat toxoplasma yang boleh menyebabkan kecacatan baby..
so hari ni saya pun tak tutup gate, dengan harapan nyanyau tu datang singgah
bukan nak main kucing pun..nak tegur2 je dari jauh..
dah ready2 nak bagi biskut oatmeal
sekali ko tau apa yang datang???
JIJING OKEHHHHHHH
terkejutnya gue
T_T
p/s: jangan melawan cakap laki, nanti dapat balasan di tempat kejadian
nukilan buat intan..
gue rasa terkejut baca entry bahawa yu telah dipinang orang
[walaupun dalam blog ko tulis ayat canggih2, tapi pada pemahaman aku, itu macam dipinang je?]
congrates in advance..jangan lupa jemput, dahla lama ai tak gi kedah..
tapi ai nak cakap kat sini la
ada alasan yu memang tak canggih dan tak logik langsung
hahahaha gelak guling2
meh ai bagi reason kenapa
1) Reason #1: I have ample time for u, but infinity time for games
kalau yu tak tau or tak berapa ingat dah, ai adelah berkahwin dengan seorang game freak.
segala mak nenek game dia ada. PS3, PSP, Nintendo. Cuma wii je takde, itu pun dah usya2 dah..
Bila Nintendo lama dia hilang, dia beli yang baru tu yang ada intenet, camera, skrin besar [betul ke ni, ai hentam je].
walopon dia dah ada PSP, dia bercadang nak beli PSP yang bleh slide2 tu buat collection ke [ada eh benda tu?].
Semalam ai kemas2 barang dia, terjumpa resit2 beli game PS3 yang bila ditotalkan balik, mungkin buleh buat downpayment kereta[seketul cd bulat tu bukan ke rm1 je patutnya? kenapa harga dia rm 3 angka??].
kesimpulannya dia adalah game freak, dulu, kini and forever.
sebagai seorang isteri yang SOLEHAHHH [hahaha] ai memang dah ada mindset untuk our marriage.
we're giving each other's their own space
so i let him continue with his hobby and me with mine
i love shopping, i love to travel sooooooooo much
i'm not expecting him to say 'tak payahla buat benda2 tu, membazirr jek'
tapi gue sebenarnye tak paham ape la yang best sangat ngadap game berjam2
tapi masa dia maen game, ai pegilah masak ke, baca buku ke, main intenet ke
cuma ada 3 syarat ketat yang dia kena patuhi:
a) kalau ai tengah masak pastuh baby nanges, lan2 kena stop game immediately and tend the baby
b) kalau ai dah siap hidang makanan, lan2 kena stop game and makan
c) ai nak game kuceng dalam setiap gadget dia [motip: lagi senang dari game tembak2]
so it's the concept of give and take
if that somebody can accept you of who you are [as in - game freakkk]
go for him
we need support in every aspect of our live, especially at the things we love
kalu tamau, sudahh *buatla gaya bongkak ko tuh hahaha
go go go tan2..
2) Reason #2 : Commitment and Baby
reason ini memang lawak. once u got married with the right person, u'll fall in love like there's nothing else to care in this world. even your own hobby. hehe
and a lot of people claims that they're not ready for babies.
but
almost all that i've met, when the baby arrives, they will forget EVERYTHING, and can't stop wondering 'how do i ever live without this adorable precious all this while???'
sampai baby tu pun asyik rimas 'apsal laa mommy ni asyik gomol2 ai jee??'
haha cepatla jadi mommy, intan!
3) Reason #3 : Super Junior concert
err..so it depends la hehe [ok. concert ape nih]
4) Reason #4 : Celest's blog post
yep..sometimes i met people like that, especially guys. i was like, hellooo bukan ke kite diharamkan untuk bercerita benda2 macam tu? or. helloooo ko takde benda lain ke nak pikirr?? seriously annoying. dah wife/hubby ko BEST, diam2 sudahla..especially orang yang tau aku dah kawen kan, diorang ingat aku tak kesah laa nak diskas hal2 dalaman ini..
5) Reason #5 : Married people like to boast in Facebook
dah bahagia sangatla kot padahal boleh je borak2 kat rumah hahaha
conclusion: sekadar pandangan. go for the right person. how to know? solat istikharah ^_^
miri memang panas or is it me?
ataupun makan durian 5 bijik sorang diri tanpa minum air?
[ok exaggerate gile hehe]
tapi itulah yang ai rasa sekarang
kalau panas kena matahari tu okey lagi la kan
at least berpeluh2 lepas tu sejuk
tapi yang ini..hanya Allah yang tahu betapa seksanya panas dari dalam
macam nak nangis rasa
kalau ada tomography camera tu, mungkin imej saya adelah merah menyala ala2 dragonball time jadi supersaiya..
insaf sikit..dulu pernah la terbaca ada orang2 yang diberi ujian kepanasan yang melampau time sakaratul maut
macam ni ke rasanya
i dread for the night to come
sebab saya tau saya takkan boleh tido
hanya boleh tido pukul 5 pagi dalam sejam macam tu
selebihnya saye golek2 kiri kanan baca buku bla3
nak kejut lan2 tak berani
karang dia ngantukk pegi kerja pulak karang esok
saye pegi toilet basahkan kaki
tak sampai berapa saat dah kering kaki
basahkan tuala pulak letak kat kaki
tuala tu pulak jadi warm T_T
other pregnant mommies diduga dengan kaki yang bengkak, tak larat jalan, sakit pinggang sakit belakang
saya pulak diduga dengan badan yang sangat panas dan kaki yang gatal2..
oleh itu kitorang telah buat keputusan yang sangat2 drastik dan tak logik
jom beli aircond hahahahha
dahla aircond kereta rosakkkkkkkkkkkkkkkk
geramnyaa..nak betulkan tak boleh sebab mostly kedai aircond kat miri dah tutup sempena raya cina
takde keeee orang jawa yang bukak kedai aircond kat sinii
huh
so semalam, lepas lan2 balik keje kitorang terus la aircond hunting
mula2 kitorang pegi ke SENQ and then Courts
Tapi at both shops, either the Samsung Air-Cond is not available or wireman cuti raya cina
so kitorang pun pergilah ke kedai SAMSUNG terus
memang nak brand Samsung pun sebab the spec is the best among all 1 H.P air-cond
masuk je kedai, 'tauke, saya nak air-cond samsung 1 H.P je, berapa btu/h dia ehh, power consumption bla3' <-- haha guna skill letrikal engineer saye =p
pungpangpungpang tauke tu bagi la saya harga RMdotdotdot after diskaun plus installation
So it's a 1 H.P, 9000 btu/h, got ionizationer, utilises 840W, that's all I need..
installation rm60 saja compare to courts - rm150
as usual, mestila mintak free gift kan
tapi dah warning dia, 'tauke, saya tamau mangkuk okeh, dah banyak kat rumah'
so dia bagila saya set sudu garfu yang cantekkk
senanglah ai nak throw party nanti hehe
deal di atas berlaku masa lan2 drop saya kat kedai tu sementara dia cari parking
dia masuk je kedai, saye dah finish deal keh3 tak sampai 10 minit gitu
dah sangat penat dahh..malas nak lama2..pukul 8.30 malam kot time tu..
hmm out of budget la pulak..ish2 pasni duduk rumah diam2!
tapi..yeahhh encik air-cond datang~so buleh makan durian esok~~
**malam tadi ai tido kat bilik bawah..kurang sikit panas..
itu pun bukak pintu, bukak kipas ruang tamu semua
Wednesday, February 10, 2010
Unpaid leave: Day 3 [Spring-cleaning]
Apela guna jadi surirumah kalau tak boleh buat kerja rumah kan hahaha
Masuk hari ketiga saya dah bosan
Geramm je nengok keadaan rumah yang tak berapa terurus nih
Lan2 dah haramkan saye buat kerja2 berat
Nasib baik dia bagi jugak saya masak [tapi lama gak la ai menggoda dia huhuh]
Sebenarnya after saya buat kerja berat sikit, perut rasa tak selesa..
Baby pun tendang2 dengan hebatnya..macam nak keluar je dah =p
So hari ketiga ni kitorang panggil daily maid untuk kemas-kemas rumah apa yang patut
Hee..tengokla ni rajin dia buat kerja –maid indon nih
Satu rumah dia basuh kemas mop vacuum lap bla3..RM40..
The cheapest rate here in Miri..
kesian nengok akak ni, dahla kurus..tapi dia non stop buat kerja woo dari pukul 9 sampai 12 tghari..dengan rumput sekali dia potong. saye offer mamam pun dia namau..
Hari ini encik plumber pun datang betulkan bilik air bawah..
Shower rosak sikit, and nak tambah satu paip lagi
Yang bestnya, tuan rumah yang bayar =p
Actually minggu ni my ex-housemate at Bintulu – Nana dan adik2 - mau datang overnight sempena cuti raya cina [ceahh sudah ex nampaknye]
Diorang nak gi menjelajah gua niah katanye la
So rumah kenalah elok2 sikit ye
So takdela saya geram sangat tengok rumah yang bersepah ni tapi saye tak bleh buat ape kan
Jadi supervisor la gue hari ini
Petang ini pulak mahu betulkan air-cond keretaku yang rosak..
Unpaid leave: Day 2 [Presenting si tembam]
Cuba teka sapa si tembam ini hihi
Wahh hidung bulat2 [macam ai..obviously]
Pipi tembammm rasa macam nak gigitt je
Anak sapaa la ni =p
Haaa sangat besh dapat jumpa si tembam ni semalam
Tapi dia tidooo je time doktor scan [ikut pangai papa la,sapa lagi]
Pastu mulut terbukak pulak tu
Pastu nyonyot2 macam tengah hisap susu..mimpi minum cucu ke..
Soooooo comelllllllllllllllllllll..kitorang siap record guna video..[tapi sangatt panjang malas nak potong and upload]
Sangat rindu kat baby..tapi jangan keluar sekarang ok? Bulan march nanti tauuu
Semalam kitorang pegi Columbia Asia, routine check-up
Kali ni appointment dengan dr aida..since our gynaecologist, dr roland takde..
Best jugak dr aida ni, dia bagi nasihat macam2 la..
Contohnya saya tanya la dia, napa kaki saya gatal2 eh
Adekah sebab air kotor? Sebab lan2 pun rasa macam tu jugak
Pastuh asyik rasa panassss je
Especially time malam la..
Seriously sangat panas, rasa panas dari dalam pulak tu
Lan2 memang tak bleh dekat ai langsung la, kalu boleh nak suruh dia tidur dalam baby cot je =p
So dr aida pun terangkan dengan panjang lebar bahawa ini semua adalah sebab hormone..hormon progesterone yang sangat high..it’s the normal symptoms for pregnant mummy especially in the 3rd trimester..
Tapi kalu daddy pun rasa macam tu, ai tak dapat la nak komen ape2 hehe
[lan2 memang mengade, ai rasa loya, dia pon loya2 jugakk]
So, baby dah pun seberat 2.45 kg
Patutlaa rasa berat semacam je..nak bangun pun kena kira ‘one, two, three’ sambil lan2 tarik
Macam bawak laptop kat perut okeh..
Takpe mama sakit.. asalkan baby sihat dan kuat okay baby =)
Sampai sekarang yang saya pelik la kan napa la check up saya semuanye simple2 saja
Bila baca kat blog kawan2 yang pegi hospital, semua ada buku merah la, kena minum air gula la, dapat nasihat yang berjela2 dari nurse, kena inject segala macam injection tok nenek..
macam lagi best, dapat banyak info kan?
Tapi saye? Hampeh
Satu benda kat atas pon takde buat
Cuma masa month ke-4 dulu ada la buat blood test, urine test [Alhamdulillah result ok, sugar pun 4.1 je]
Itupun cucuk kat jari, ala2 buat ujian HIV je
Sekarang bila routine check up, doktor akan scan, check BP and berat badan saja..
So kitorang assume, maybe I got normal pregnancy.. [every time jumpa dr mesti lupa nak tanya pasal benda nih]
Next check up is this Saturday..wahh dah weekly check up lah..maksudnya dah dekat..
cuak2..